January 7, 2010

dari S aku dapat tau I kehilangan anaknya yang kedua.Tak diketahui puncanya setakat ni, tapi sebagai ibu aku boleh fahami apa perasaan dan keadaannya kini.Berat mata memandang-berat lagi dia yang menanggungnya.InsyaAllah, arwahnya dijamin syurga..kasihankan keluarganya yang ditinggalkan didunia bersama kenangan2 yang ada.

Hari ni dapat siapkan breakfast untuk anakanda.walaupun cuma roti keju dengan telur cincang, harap anakanda makan dengan gembira.
Bagusnya kalau hari2 dapat beri dia makan air tangan kita supaya mengeratkan hubungan di samping mengawal jenis makanan yang dia ambik sehari2.

Patut jadikan amalan macam semalam dan hari ni, kita masing2 contribute bawak bekal dari rumah utk sarapan.selain berjimat, bosan dgn makanan kat kafe, kita jugak dapat memperluaskan resepi yang mmg tak banyak dalam kepala, bertukar idea dan yang paling penting, masak sendiri lebih bersih dan terjamin.

SETIAP HARI kena belajar walaupun satu ILMU baru,dan hari ini apa yang aku dapat ialah ......
belum ada lagi.

GTG

No comments:

Post a Comment

Birdie say?