August 24, 2010

Hari ni hari ke 14.
Minggu ni masuk minggu ke 22.
Alhamdulillah.Semuanya dalam keadaan terkawal dan sederhana.

Sekarang, dah boleh tau sejauh mana 'kuat' atau 'lemah'nya diri dalam 'melawan' dan/atau 'melayan' nafsu.Setan dah takde.tapi dalam setiap saat, minit dan jam tak jugak diisikan penuh dengan perkara-perkara berfaedah.Rupanya tak mudah nak jinakkan nafsu ni..mungkin dah terbiasa mengikut kata setan sebelum ni.nauzubillah.Ada 16 hari lagi untuk latih tubi melawan nafsu nih!

J baru sampaikan khabar cerah dari Tabung Haji.InsyaAllah-mudah2 ada rezki untuk mereka kali ni. Itu antara doa dan impian aku untuk jangkamasa terdekat ni, semoga Allah makbulkan doa mereka untuk ke sana.

L pun dah sarat sgt.biasa pakai kasut saiz 4-5 skrg ni kena pakai saiz 7.Maak aih nampak sgt gedabaknya kau L.Mudah2 an selamat lah melahirkan anak sedara ke 7 untuk Mak Uda sikit hari lagi.

Banyak betul event2 yang akan berlangsung tak lama lagi.

esok, B.C berangkat ke India sebelum jadik M.O.tercapai gak hasrat dia.
Adik2 tersayang, N akan menikah pada raya ke 9. tak lama lagi bakal dapat adik ipar ler akak ni hihi..
S pulak akan berangkat ke Mesir 24-9. Walaupun mulanya berat akak relakan jugak.Mudah2an tercapai impian yang awak cita-citakan selama ni.


Alhamdulillah...kita kan cuma merancang-selebihnya Dia tentukan.

Bulan Ramadhan bulan untuk melipat gandakan doa dan harapan.
Terlalu banyak harapan, impian dan permohonan yang ada dalam hati ini.


Mudah2an terangkat segala doa-doa kita dan sampai masanya akan di makbulkan oleh Allah s.w.t. Kalau bukan sekarang, mungkin satu masa nanti.

August 16, 2010

Woh, walaupun ada kesempatan untuk melayari intenet kat opis or kat gumah, peliknya ummi tak tau nak melayari apa selalunya. selalu just bukak email,fb pun xde-adelah sikit2 visit2 blog yg mana teringin nak baca, baca berita online ke, or google resepi ke, google la pape keperluan or nak carik ilmu/info ke. .tapi slalunya, tak kemana, kat situ2 gak.

hoho tapi hari ni ummi dah jumpa dah apa ummi nak baca.silap2 tak gerak ummi nnti depan lappy.hope tak la kan..

Semalam dan kelmarin kita pi menyusuri jalan-jalan kenangan. Bandar Sri Damansara.Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pulak tempat ummi dan abi menyulam kenangan bersama Mirah..Ironinya, Mirah suka sgt time buka posa semalam, yelah kat tempat makan terakhir umi dan abi makan sebelum Mirah menjengah dunia! Patut la seronok sgt!
Kelmarinnya tu cuci mata kat bazar ramadhan taman tun, one of my fav bazaar.Bestnya!!Sempat solat di kedua2 masjid yang ummi paling suka kat sini, masjid taman tun & bandar sri damansara. Bezanya dengan masjid lain- kat kedua2 masjid ni, ummi rasa membuak2 perasaan tenang dan selesa dan rasa nak duduk lama2..persekitaran dan ramai orang yang mengimarahkan masjid tu membuatkan masjid tu hidup dan ada jiwa.


Ramadhan kali ni, ummi rasa syukur sangat.Alhamdulillah..Nikmat berpuasa tu terasa lebih lagi dan lain sikit sebab mungkin ummi dah makin 'tua' dan makin hari makin appreciate apa itu Ramadhan. Walaupun menjangkakan kali ni mungkin 'horror' dengan keadaan diri sendiri, tapi rupanya tak Alhamdulillah..Cumanya, sayu bila setiap kali tanya pada Mirah, mana Tok Mak?
"Tok Mak kat hospital lah, Tok Mak sakit".

Sebak rasa mengenangkan dia yang tak tau apa-apa..macamana nak memahamkan dia hakikat kematian. Abi kata, Tok Mak dah tak ada..
"Tok Mak gi mana"?
Tok Mak jumpa Allah..
"Tok Mak jalan kaki ke?Tok Mak pegi dengan Tok Ayah ?"
Taak..Tok Mak pegi sorang, Tok Ayah tak ikut..
"Miah nak cakap ngan Tok Maaak.."

Mudah2an satu masa nanti Mirah akan faham..


Berpuasa di rumah sendiri kali ni pun ada kelainannya.Syukurlah atas rezki yang Allah berikan, tak pernah putus walau kita hambanya yang selalu alpa.
Cuma, kat DC takde bazar ramadhan-so tak best dan tak brapa meriah lah suasana di petang hari. Apapun, tahun ni kami mendidik diri supaya tak membazir. macam dulu2. Cukuplah satu hidangan Abi, satu hidangan umi, dengan pemanis mulut idaman umi setiap hari, tepung pelita paling sedap-tepung pelita paya jaras..kat mana2 bazar umi pegi setakat ni mmg ada jual, taman tun, saujana utama, paya jaras dll.
Makan itu pun dah cukup kenyang tersandar-terbayangkan buffet2 yang kita pi setiap tahun dulu, tak berbaloi rasanya kuantiti yang kita makan.Tapi kalo orang yg nak belanja tak pe rasanya hahah...

Semoga hari ni lebih baik dari semalam.



August 11, 2010

Alhamdulillah.hari ni hari puasa pertama ummi dan semua umat islam di dunia.
kali ni kononnya agak mencabar skit sebab dalam perut ada 'butterfly' hihi..
tapi, stakat lunch hour ni, alhamdulillah, bukan kelaparan yang menghantui- tapi dok terbayang makanan2 itu dan ini.boleh ngencess...aduuuh nafsu makan mmg susahnya nk kontrol!

syukurlah dapat juga buat T sblm subuh tadi walaupun tak sempat W.camnetu?Apa nak buat.harap sgt akan berterusan dan diringankan badan sebab dah takde setan.Takut2 nafsu diri lebih jahat dari setan je aiyoo nauzubillah..

sahur pun sempat masak bilis goreng masak kicap cili api + telur goreng +kangkung goreng belacan.Thanks Abi tlg masak nasik n basuh pinggan.Kalo tak, tak sempat.Appreciate it much!

Tghari ni nekad nak carik serunding kat bawah LHDN tu.Masa sahur td terbayangkan serunding kering yg mmg sentiasa menjadik pembuka selera ummi di subuh hari isyk isyk..mesti carik.(tengok? makanan jugak yg diutamakan?)

.................................

takdelah serunding naak..ummi beli kerepek gunting sira je.tak penah2 nak makan.skang ni bahaya,nafsu makan telah mula bermaharajalela.
hope ptg kang dapat carik serunding (tengok, ceta makan lagi).tak tau la camno ni.belum pape asek ceta makanan.

Bak kata ko Zah, mayb sebab hari ni hari pertama puasa. so jakun la sikit dgn makanan.Harap2 pasni tak lah kemaruk sgt insyaAllah..

August 8, 2010

Walaupun punya mak dan ayah, atok, kakak2, sedara mara dan kawan2,tak semua perkara akan diberitahu oleh mereka- [do's and don't] - bagaimana cara untuk hidup contohnya, bagaimana untuk bahagia? bagaimana cara membesarkan dan mendidik anak kita..[jgn buat itu-sila buat ini, - vice versa]

kebanyakkannya kita belajar dari pengalaman sendiri mahupun dari pengalaman orang lain.

Rupanya, itu aje tak cukup- dalam dunia masa kini, ummi kena banyak mencari menggali ilmu sendiri-bertanya pada yang 'pakar' dan menggunakan segala sumber dan teknologi yang ada supaya apa yang ummi akan buat sekurang-kurangnya tidak tersasar jauh dari landasannya.
takut2, sesalan demi sesalan akan menjelma dengan alasan-'takde sapapun bgtau aku semua ni..'

Kepekaan atau kelalaian yang sedikit pun akan memberi impak yang besar satu masa nanti.
Apatah lagi kalau kejahilan dan kemalasan berterusan bertakhta?

August 5, 2010

Anak cerewet makan patut diberi perhatian

IBU bapa yang mempunyai anak cerewet makan saja yang tahu betapa sukarnya berhadapan masalah ini. Bayangkan masa makan yang boleh mengambil masa hanya setengah jam boleh bertukar menjadi berjam-jam semata-mata menggoda selera si kecil untuk makan.


Kegemukan atau obesiti di kalangan kanak-kanak antara masalah yang gemar diperkatakan, bagaimanapun tanpa disedari isu kanak-kanak yang cerewet makan juga semakin meningkat malah dianggarkan kira-kira 45 peratus ibu bapa membawa anak mereka untuk rujukan dan perkara paling ditakuti ia akan menjejaskan pertumbuhan fizikal dan psikologi kanak-kanak berkenaan.

Pakar Perunding Pediatrik, Dr William C MacLean Jr, berkata antara tanda kanak-kanak cerewet makan ialah keengganan untuk mengambil pelbagai makanan hingga menjurus kepada pengambilan satu jenis makanan saja untuk jangka waktu yang lama, keengganan untuk mencuba makanan baru selain tidak suka sesetengah jenis makanan.

Katanya punca kenapa kanak-kanak cerewet makan adalah pelbagai dan antara yang utama ialah cara hidup moden, apabila ibu bapa lebih gemar membawa anak makan di luar dan kekurangan masa terluang untuk menyediakan anak makanan sesuai dengan usia mereka.

“Apabila kanak-kanak memasuki usia dua tahun, selera makan mereka berkurangan dan pengambilan makanan juga berkurangan. Kalau zaman dulu ketiadaan televisyen umpamanya membolehkan anak memberikan tumpuan sepenuhnya pada masa makan tetapi hari ini sebaliknya, kadang-kala televisyen lebih menggoda dan mengenyangkan!.

“Makan dengan mengambil makanan yang berzat adalah dua perkara yang berbeza. Kanak-kanak yang cerewet makan menyebabkan ibu bapa cenderung membenarkan dia makan apa saja sedangkan kanak-kanak begini perlu mendapatkan sejumlah makanan yang berzat. Selalunya kanak-kanak cerewet makan berusia bawah 10 tahun tetapi paling kerap berlaku pada mereka berusia satu hingga tiga tahun.

“Keadaan ini menyebabkan ibu bapa bimbang kerana tidak pasti sama ada anak mereka makan secukupnya dan mendapat diet seimbang. Dalam banyak kes, keadaan ini menimbulkan konflik dalam keluarga dan pertentangan antara ibu bapa dengan anak. Konflik ini menyebabkan anak semakin kurang makan dan ibu bapa bertambah bimbang. Ini juga boleh menyebabkan ibu bapa menawarkan makanan yang salah sebagai percubaan untuk memujuk anak supaya makan.

“Dalam kes tertentu keadaan ini boleh merencatkan pertumbuhan dan perkembangannya. Kemajuan ekonomi juga menyebabkan ramai ibu bapa yang berkerja kesuntukan masa untuk menyediakan sajian makanan berkhasiat dan sihat untuk anak-anak. Masa untuk bersama keluarga juga semakin berkurangan dan waktu makan selalu mencetuskan kekecohan.

“Di samping itu, ramai ibu bapa mengambil jalan mudah dengan membawa anak-anak makan di luar. Kemunculan begitu banyak restoran makanan segera ditambah pula gaya hidup mewah yang diamalkan oleh kebanyakan ibu bapa menyebabkan perubahan selera dan kecenderungan kanak-kanak.

“Gaya hidup ‘makan luar’ adalah antara punca utama masalah tabiat makan tidak sihat dan diet tidak seimbang di kalangan kanak-kanak zaman kini,” katanya pada taklimat media memahami dan menangani masalah tabiat makan yang tidak sihat dan anak-anak yang cerewet makan anjuran Abbott Nutrition. Turut hadir Pengurus Besar Abbott Nutrition International, Christopher Kirkham dan Pakar Pemakanan, Dr Tee E Siong.

Dr William yang juga Profesor Klinikal di Jabatan Pediatrik, Ohio State University yang juga adalah seorang pakar perunding pemakanan kanak-kanak di Institut Penyelidikan Pemakanan berkata, antara bahaya yang boleh timbul daripada kekurangan zat makanan di kalangan kanak-kanak ialah tidak mengambil kombinasi makanan yang betul dan seimbang.

Antara lain, kekurangan zat makanan di kalangan kanak-kanak boleh merencatkan tumbesaran, perkembangan mental dan melemahkan sistem imun. “Tidak ada makanan yang dapat membekalkan semua nutrien yang diperlukan untuk tumbesaran dan kesihatan. Diet yang seimbang dapat membekalkan nutrien untuk menyokong tumbesaran dan kesihatan dan memberi tenaga untuk belajar dan bermain.

“Selain memberi makanan yang betul, pemberian makanan tambahan seperti susu yang lengkap, boleh dijadikan sebahagian penting daripada program untuk menangani anak-anak cerewet makan, lebih-lebih lagi jika kadar tumbesaran mereka di bawah tahap optimum dan membimbangkan ibu bapa.

“Walaupun kebanyakan ibu tahu tahu piramid makanan tetapi mereka tidak mengamalkannya. Jadikan Piramid itu sebagai garis panduan dalam pemahaman anda terhadap pemakanan yang sihat dan mula melatih anak anda untuk makan dengan betul dengan menawarkan pelbagai jenis makanan yang seimbang.

“Baru-baru ini kajian yang dijalankan menunjukkan walaupun 1 dalam 3 ibu bimbang anak mereka tidak mendapat khasiat pemakanan yang mencukupi, lebih 70 peratus daripada mereka tidak mengawasi apa yang anak mereka makan. Ini boleh menyebabkan malnutrisi, yang mana akan menyebabkan anak menghadapi kesukaran untuk menumpukan perhatian, mengalami masalah tumbesaran dan perkembangan serta kerap jatuh sakit,” katanya.

Sementara itu Kirkham berkata, menangani kebimbangan ibu bapa ini, Abbot Nutrition menawarkan penyelesaian kepada masalah yang semakin meruncing ini sebagai sebahagian daripada tanggungjawab berterusan syarikat terhadap Pemakanan Kanak-kanak Yang Sihat.

Semasa taklimat berkenaan, Abbott Nutrition turut melancarkan buku kecil PediaTips2 yang disesuaikan dengan produk PediaSure Complete. Edisi terbaru dalam dalam siri buku kecil popular Abbot ini memberikan petua yang menarik dan berguna untuk ibu bapa yang terdesak untuk mengatasi masalah anak yang cerewet makan.

FAKTA

Tip memberi makan

  • Sekali-sekala, biarkan anak pilih makanannya sendiri. Elakkan soalan terbuka seperti ‘Apa yang kamu hendak makan malam ini?’ Sebaliknya senaraikan dua jenis untuk pilihannya.
  • Jika anak anda suka suatu sajian tertentu, cuba memasak makanan lain dengan cara yang sama.
  • Apabila memberi makanan yang baru, cincang halus dan tambahkan kepada sajian kesukaan anak anda.
  • Masak daging atau sayur-sayuran kegemaran anak anda dengan cara yang baru.
  • Beri makanan dalam jumlah yang sedikit dalam jarak waktu yang lebih kerap. Ruang perut anak kecil. Oleh itu mereka akan berasa lapar dengan lebih cepat.
  • Jauhi makanan ringan seperti kentang goreng dari rumah anda. Makanan ini mempunyai kandungan nutrisi yang rendah dan akan merosakkan selera makan anak anda terhadap makanan yang lebih berkhasiat.
  • Temani anak anda sepanjang dia makan, dan jadikan waktu itu pengalaman santai yang menyeronokkan.

    Kurangkan rasa tertekan

  • Bahagikan tanggungjawab masa makan dengan pasangan anda atau jemput saudara-mara, keluarga angkat, dan rakan-rakan untuk makan bersama-sama. Kanak-kanak biasanya berkelakuan lebih baik di depan tetamu.
  • Bertenang. Dunia tidak akan berhenti jika anak anda masih enggan makan lobak atau hati.
  • Luangkan masa untuk diri sendiri selepas anak anda makan. Minta pertolongan pasangan anda untuk mengemas dan menjaga anak-anak anda, sementara anda berendam di dalam tab mandi, membuat rawatan muka atau mendengar muzik yang menenangkan.
  • Apabila masalah pemakanan timbul, anda mudah hilang pertimbangan dan kebahagiaan menjadi ibu bapa. Jika anda bekerja di luar rumah, anda perlu melonggarkan keperluan pemakanan anak anda agar memudahkan pengasuh anak anda menyediakan makanan, sehala dengan matlamat anda – diet yang seimbang berpandukan Piramid Makanan; Menikmati makanan dan masa makan yang menyeronokkan.

  • Oleh Nor Afzan Mohamad Yusof

    August 3, 2010

    Lately hidup di selimuti dengan pelbagai emosi dan perasaan.
    Drive pagi2, sambil melayan Mirah bcakap dan menyanyi, fikiran ummi menerawang jauh memikirkan pelbagai isu dan persoalan yang banyaknya belum bertemu jawapan.

    Rasanya bukan ummi sorang, seawal bangun tido di pagi hari, apatah lagi bila drive bersendirian dalam km yang jauh pastinya kita tak lari dari ambil kesempatan memikir2 yang pelbagai.


    Antara jalan terpenting dalam penyelesaian sebarang masalah pada ummi adalah, 'komunikasi yang berkesan'.

    Ini terbukti bila dalam banyak perkara, perbualan dan perbincangan antara pihak-pihak yang berlangsung dalam keadaan aman, saling give and take-memberi peluang mendengar seseorang itu menyampaikan dan meluahkan perasaan, dah cukup membantu mengurangkan beban dan penderitaan, dan merungkai sebarang salah faham jika ada.

    Banyaknya kita, suka memendam rasa dalam banyak perkara-khuatir jika diluah akan menyinggung hati dan perasaan atau takut lebih mengeruhkan keadaan-sedangkan apabila ia dipendam, mungkin lebih lama hati akan terluka dan terdendam.Sebarang salah faham tidak dapat dibetulkan.

    Masalahnya, kita hidup dalam ego yang terlalu tinggi untuk diruntuhkan.Atau malas dan cuba lari dari masalah yang melanda dengan mengambil jalan diam dengan harapan semua masalah akan terselesai dengan sendirinya.:)
    Namun diakui, adakalanya, berdiam adalah jalan terbaik, bergantung kepada sesetengah keadaan.


    Semoga hari ni lebih baik dari semalam.