November 22, 2012

Allah Maha Kuasa




Jika tak mampu merubah dunia,
berubahlah ummi menjadi seorang yang lebih baik...

Dugaan bagaimana lagi yang ummi tunggu?
Allah..

November 14, 2012

Ayuthayya

Bandar ini juga dikenali sebagai Ayodhaya yang diiktiraf oleh UNESCO sebagai Tapak Warisan Dunia / World Heritage Site.

Pada tahun 1767, Kota dan bandar ini telah dimusnahkan oleh tentera Burma ketika perang yang menyaksikan kejatuhan kerajaannya. Sisa peninggalannya boleh di lihat jelas dengan monumen-monumen yang tinggal.

Jaraknya lebih kurang 80km ke utara Bangkok mengambil masa  90 minit atau satu jam setengah sahaja.

Kami menyewa teksi Altis selama sehari dengan kadar sewaan Bhat 1500.00 atau RM150.00 termasuk tol dan jurupandu yang ceria.

Perjalanan seawal 7 pagi dengan membawa bekalan makanan khuatir sukar mendapat makanan halal ternyata berbaloi kerana perjalanan lebih tenang dengan makanan berada bersama2 hihi..

Cuaca lah antara yang menjadi penentu sesebuah percutian dan perjalanan. Ketika ini, cuaca begitu panas terik sekali.


















Hampir semua monumen patung budha tidak berkepala..akibat dipancung agaknya..








November 12, 2012

Perasaan dah tak dapat dibendung lagi.
Kerinduan pada masakan di Malaysia sangat meruntun jiwa huwaaa..ngalahkan mak yong ngidam pun ada muahaha..
Time ok tu ok je.
Time tgh lapo sgt dan time malas masak tu, mula la terbayang macam2.terseksa jiwa.
Dulu boleh main telefon, hello nak order satgi balik keje saya ambik ye. Takpun balik keje drive thru McD Kepsi Pizza ke ..huk huk sadisnya maak..anak mak nak baliik.....

Nak senaraikan lah apa nak makan bio tak lupa nanti. Abi jgn lupa layan anak tekak ummi tau kikiki..
Isyk, bukan keje ingat nak makan jer..sementara mood nak makan ni layankan je lah..

Balik nanti nak makan;

1. Masakan mak kat kampung tak kira lah apa ye mak dgn Sup tulang ayah buat.
   Masakan Atok Mok  pun tak kira lah apa pun.Ni hak wajib ranking no.1
2.Sup kambing satu Malaysia paling kaw.Yang ni untuk Abi sbb Abi suka sgt lg pekat.Ada jual kat Pt.Sulong je.
3. Asam Pedas kat Jalan Joned layan dgn dengan air kelapa.
4.Martabak Singapura & Ayam Golek kat Tanjung Agas.
5.Satey kampung kat depan Petronas Semerah.
6. Mee Bandung dgn nasik goreng Ayam berlada Bentayan.
7. Yong Tau Foo Bentayan.
8.Sarapan di Mc Donald Puncak Alam atau Sri Damansara, hot cakesnya yg bau mengancam dan lembut tu aduuhai....faveret kakak.
9.Makan lamb steak & sizzling paling best kat Tree Steak House Sg.Buloh, paling tak tahan ni.
10. Nasik Ambeng dan mee bandung kat Restoran Periuk Sg.Buloh.
11. KFC ke Pizza pun boleh gak laah..sini haram nak makan....
12.Nasik Beriani Md.Shah kat batu Pahat depan Putra Hospital.
13.Laksa Johor Jalan Duta Medan Selera.
14.ABC< Cendol, dan segala manisan kuih muih tersedap di dunia..
15. Roti canai asli dgn kuah kariii....panas punye!
16.Nasik dagang nasik kerabu nasik tomato nasik goreng kampung nasik ayam nasik lemak soto semua cap malaysia.
17.Teh tarik, milo tarik, asam boi segala lah...
18.makanan Arab esp.kebabbbbb....
19.Nasik lemak dgn kuew teow Malinjaaa..
20.Ayam Penyet AP
21.Ikan Bakar Umbai/Serkam/Jalan Istana Bellamy/Jeramm..hoho x tahan woo
22.All favourite spots with my girls..
23..
24..


Sapa nak blanja cheq makan angkat tgn...hahaha

Waaahh apa lagi ni, dah  banyak sgt gambo makanan dalam kepala ni xbleh nak pikio dah..
nanti sambung lagi termenung dulu pikir..


Sempat ke nak makan mentekedarah semua ni dalam masa 2 minggu je?Ya ampuun......
buruknya lantak kau nak..
hihihi..

November 5, 2012

Belum pernah lagi sebelum ni rumah ni jadik mcm ni.
Tunggang langgang.Lintang pukang.

Sangat serabut dan menyesakkan.

Ummi perlukan  kekuatan yg banyak  nak pulihkan semua kembali ke asal.