November 30, 2010

Hari ni baru 9bulan 1hari.Alhamdulillah, cepat bebenorr masa berjalan.
Sabtu hari tu turun darah.Alhamdulillah Z masih boleh bertahan..banyak misi dan urusan ummi yang masih belum selesai.Tapi kalau dah tiba masanya,tak ada siapa boleh menghalang. Berdoa dan berharap suma selamat dan dipermudahkan.

Ummi mohon ampun maaf kepada sekalian makhluk Allah di muka bumi ini atas segala kesalahan dan kesilapan yang PASTI ada, khususnya sesama manusia.
Jika diizinkan Allah dan punya umur yang panjang, semoga segala kesakitan dan kepayahan yang dilalui akan menjadi kifarah kepada dosa2.

Tahniah adinda Nadzif & Suziana yang telah selamat melangsungkan majlis meraikan raja sehari weekend lepas dikedua2 belah pihak.Syukur semuanya berjalan lancar sepertimana diharapkan.Kekurangan yang ada tu biasalah adat dunia tak pernah ada yg sempurna  tapi hati lega  kerana apa yang dihajati telah tercapai. Lebih gembira, nenek  & atok bakal sambut lagi 2 cucu tahun depan....pengantin baru rupanya dah 'berisi' lepas nikah raya lepas. Mak Ngah pun dijangka deliver pada waktu yang lebih kurang sama bulan Ogos tahun depan.Nampaknya tiap2 tahun nenek  & atok dapat 2 cucu alhamdulillah..

Hope and pray for the best! :)

November 23, 2010

Sepanjang hidup kita bergelar isteri/wanita, 
mana satukah yang lebih kerap kita temui,

sang isteri mengadu perihal suami, atau sang suami mengadu perihal isteri?

itulah sebenarnya rahsia mengapa wanita/isteri menurut kajian, lebih  panjang umur berbanding lelaki/suami yang lebih suka  memendam rasa. (kurang membuat dosa sebenarnya) hehehe..

Wanita atau isteri kebanyakkannya, lebih mudah dan pandai meluahkan perasaannya..dan sentiasa ada tempat berkongsi rasa selain dari suaminya sendiri. 
Kenapa agaknya tak semua perkara boleh diluahkan pada suaminya sendiri?
Pasal selalunya suamilah orang yang telah membuat onar dalam hidup mereka hahaha..

Bagi sebilangan pasangan,  bukan mudah nak berkomunikasi 2 hala dengan baik.Setiap kali ada masalah dapat diselesaikan dengan perbincangan, hohoho dengo macam senang and sooo ideal kan? tapi untuk sesetengah perkara dan keadaan, meluahkan dengan suami/lelaki adalah lebih payah dari bercakap dengan bayi berusia setahun yang belum reti berbuat apa-apa.

Tapi, jangan risau, biasanya wanita/isteri hanya perlu tempat untuk bercerita.Bukan nak sgt mengadu domba.Dan tak semua wanita/isteri macam ni. Masih ramai yang suka memendam rasa sebenarnya dari bercerita.Mungkin itu yang sebaiknya, asalkan tak meletup bila dah parah..

Tak perlu cuba2 menyelesaikan masalah mereka kalau tak dipinta.Sekadar meluah dan mendengar pun dah cukup membuat sang isteri atau wanita berasa lega..
Cumanya, berhati2 dengan siapa kita bercerita, elakkan dari  berkongsi dengan berlainan jantina atau si mulut tempayan yang mengundang bahana.
Tambah pulak, ini antara aktiviti2 membuat dosa yang paling mudah dilakukan oleh sang isteri sebenarnya.

Alangkah baiknya sesekali kita mendengar soalan begini dari sang suami,
'Ayang nampak mcm ade problem je ni.Share la sikit dgn Abang..'
hehe..bestnya. kalo lah suma sang suami buat camni..sure sang isteri suma lembut hati and tak  jadik nak merajuk. Otomatik sang suamilah akan jadik tempat paling ideal untuk mengadu.

Well, mebi wanita/isteri yang kena buat dulu, sebelum berangan sang suami buat yang sama.
kalau dah buat tapi sang suami tak reti bahasa..terpaksalah terima dia seadanya huhuhu...

November 18, 2010

Ada waktu berasa gembira hingga terlupa semua.
Ketawa seolah2 esok kita hidup selamanya.
Bercakap seolah2 takde lapik alasnya,sering buat orang terluka.

Ada waktu bila marah seolah2 kita paling besar dalam dunia.
Orang yang kena marah macam tak ada perasaan untuk di jaga.

Ada waktu rasa sedih dan hiba.
Selalu terjadi bila didatangkan musibah dan susah, melihat kehidupan orang yang lebih susah dan kita merasa tempiasnya.
Masa nilah terasa kerdilnya berdepan Dia.Berjanji sepenuh hati supaya dikabulkan doa dan hajat.

Kalau dikenang2kan, adekah ruang untuk bergelak tawa-sedangkan..
masa depan penuh dengan sesuatu yang tak terjangka.
Selalu melihat kesenangan dan keindahan di taman orang, sedangkan taman sendiri tak cukup berbaja...

Kalau diikutkan rasa jiwa.mau diluahkan dengan segala kata2.Tapi, terlalu banyak 'tapi' yang akhirnya menyorokkan rasa jauh ke dalam jiwa.

Ku yakin Allah mengetahui segalanya dan Dia jua Berkuasa menentukan segala.

November 17, 2010



 Selamat Menyambut AidilAdha.
Pertama kali sambut di DC, anak branak ke surau untuk solat sunat.
Alhamdulillah, ramainya umaat,first time Ummi & Mierah solat kat sini.Ramai rupanya yang tak balik kampung.

 Ada 10 ekor lembu dan 1 ekor kambing jadi qorban kat surau ni tahun ni. Tahun lepas 8 ekor.Murah rezeki masyarakat DC. Siap diorang soh amik kupon untuk bahagian daging qurban untuk setiap yang datang surau, kalau tak ambik nanti depa tak tau nak agihkan ke mana sebab banyak agaknya nak dibandingkan dengan masyarakat yang ada kat sini.
 Qurban2 tengah tunggu turn.
Semua bakal 'syahid' hari ni.
Daripada kajian dibuat, ketika qurban2 ni disembelih mereka tak langsung berasa sakit.
Anak dara ni semangat nak ikut solat.Tapi botol tak lepas dari mulut dia.Maklumla tak sempat brekfast dah kena ikut hehe..

Thanks to jiran kita Nora & Aidi yang jemput sarapan sekali.Merasa lah jugak juadah raya tahun ni hehe..

Abi baru propose lepas ni raya haji sambut kat sini je hohoho...

November 16, 2010

9:05pm

sedih woh rupanya..
bukanlah sedih sgt2..lebih kpd sayu n syahduu..
beraya di perantauan..

kali pertama la sambut raya jauh dari family.terbayang suasana kampung, air tangan mak dan adik beradik dalam juadah raya..
lebih2 lagi time dengo takbir ni..huiyo..sadisss.
tambah pulak tengok video yg Abi upload kat fb ni huhu mau merembes gaklaa
huh sungguh emosi di malam raya.Anakku sudah besar rupanya..

Ptg tadi sempat round satu paso tak dapat pulak tulang yang dingidam.tinggal tulang leher n tulang belulang huhu..tak dapat la nak mengesup pagi esok.sudahnya beli lemang 2 batang..boleh makan ngan serunding.Kalo ade rezeki dapat tulang tumbang sok dapatlah buat sup kan bang.


Abi n Mierah khusyuk main puzzle dah 2 round.
Ada Abi ngan Mierah cukup dah buat ummi hepi n ceria :)      

Kek Marble Mat Gebu

 

Bahan-bahan ( Acuan ( 8 x 8 x 3 ) inci )

  • 300 g mentega, pada suhu bilik
  • 280 g tepung halus (tepung gandum pun ok)*
  • 1 camca teh serbuk penaik*
  • 1 camca besar susu tepung*(*disatukan dan diayak)
  • 5 biji telur Gred A
  • 250 g gula kastor
  • 1 camca besar Ovallate
  • 30 g Gliserin
  • 20 g air
  • 1/2 camca teh esev vanilla
  • 1/2 camca teh strawberi emulco
  • 1 camca teh coklat emulco

Cara-cara

  1. Pukul mentega hingga kembang. Masukkan tepung yg telah diayak tadi. Gaul rata dgn mentega. Ketepikan.
  2. Dalam mangkuk yg kering dan bersih. Satukan telur, gula dan ovallate.
  3. Menggunakan kelajuan yg tinggi, pukul adunan hingga kembang dan gebu. Seperti adunan kuih baulu.
  4. Perlahankan speed, masukkan adunan mentega tadi sedikit demi sedikit hingga habis. Masukkan juga gliserin dan air. Gaul hingga rata.
  5. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian. Satu dicampur dgn coklat emulco, satu lagi dgn strawberi emulco dan satu yg adunan kosong dicampur dgn esev vanila. (Perisa bergantung pada kehendak masing2).
  6. Lenser tin kek berukuran ( 8 x 8 x x3 ) inci dgn mentega dan alas dasarnya dgn kertas minyak. Tuang setiap adunan secara berselang seli hingga habis.
  7. Bila sudah siap. Ambil chopstick atau sudu (gunakan tangkainya). Buat beberapa pusingan pada adunan kek tadi. JGN terlebih pusing, cukup sekadar 3 - 4 kali pusingan.
  8. Bakar dalam oven yg telah dipanaskan pada suhu 175C selama 40 - 45 minit, bergantung pada oven masing2. Jika selepas 45 minit dan apa bila dicucuk dgn lidi satu dibhg tgh2 kek dan hasilnya tidak kering. Tutup permukaan tin kek dgn tudung periuk dan tambah masa membakar 5 - 10 minit lagi. Uji kek selepas 5 minit dibakar. Bila masak keluarkan kek dari tin dan sejukkan. Tujuan meletakkan "tudung periuk" ialah untuk mengelakkan kek hangus pada permukaannya.
** nak try buat sempena raya aji ni.

November 14, 2010

 Amierah Humairah





Antara tempat2 kesukaan Mierah.
Tempat yang boleh buat dia tertawa and senyum gembira.


Air mmg cetek khas untuk budak2.
Yang penting foc hahah..










Pool @ klcc sebelah playground.
open daily @ 10 a.m
06-11-2010

taraaa...first time Mierah korbankan rambutnya yang panjang..





Abi & Mierah kat kedai gunting. 
Bandar Sri Damansara, April 2010.

November 11, 2010

13 to 14 November 2010

Pureen Stock Clearance Promotion 

Products Offered
Baby Diapers, Baby Apparels, Baby Toiletries Baby Accessories,  INCO Adult Diapers
 Adult Toiletries, Sanitary Pads, Maternity Pads

Brands Offered  
Pureen Pride ‘N’ Joy,  Pureen Basic, Tracia Toiletries,  Dr Mist

Time: 10am - 6pm 
Terms VISA & MasterCard accepted for purchases above RM150

Location (Tel 603 7628 8888) Summit Company (M) Sdn Bhd
 Lot 6 Jalan 19/1
 46300 Petaling Jaya
 Selangor Darul Ehsan
 Malaysia

November 3, 2010

Ummi sgt inspired by mommys out there yg betul2 kuat dan berjaya sepenuhnya dalam penyusuan badan secara 'exclusive' sehingga 2 tahun,(no formula milk at all) which Ummi antara yang telah gugur di medan perang.Perang dalam mempertahankan hak Mierah.

I have to admit, that i really2 regret dan Ummi sesungguhnya telah berhutang susu di dunia dan akhirat dengan Amierah.

Mierah cuma sampai ><  7-8 bulan saja melekap then bila dan sedap dapat Formula Milk  (FM) kat nurseri, dengan sendirinya Mierah tak mau BF lagi.Maybe keliru  antara FM dan BM and FM pulak lebih banyak bagi compared to BM that time.Time ni, sangat sedih/unhappy sebab......sendiri lah tau perasaannya.

As a young mother (that time) Ummi memang kurang sgt pengetahuan dek kerana tak mencari dan menyedari  ilmu tersebut sejak dari awal kandungan lg or sepatutnya sebelum kawen lg. 
I really2 thought that every mommy akan sesenang wenangnya dapat BF anaknya secara semulajadi tanpa ada apa2 komplikasi @ cabaran.Tak tau pulak bila dah kerja kena maintain momentum, jaga makan dan simpan susu banyak2 as a stock supaya tak bergantung pada FM. Bila stok habis?thats it!
Kononnya  Milk pulak akan keluar sebanyak2nya bila diperlukan cos itulah yg Ummi perhatikan pada all my sisters, Mak Long dan Mak Ngah Mierah. Depa macam tadek masalah langsung dengan penyusuan dan semua adik beradik  Ummi dulu, alhamdulillah memang dibesarkan nenek dgn susu badan sepenuhnya.(Dulu nenek tak keje okey)

I took it for granted. And i was soooo WRONG.

Setiap orang adalah berbeza dari segi pengalaman hidup, latarbelakang, pengetahuan, pengendalian dan bagaimana dia berfikir.
Yang menyamakan hanyalah ilmu, kepercayaan, semangat dan kekuatan.

Susah nak digambarkan dengan kata2, apa yang Ummi rasakan- sampailah  ke hari ini Ummi  berangan/teringin  nanti time adik Z menyusu Ummi tetap nak bagi Mierah share susu Ummi dengan adik Z kalau ada rezeki and kalau boleh Ummi nak tebus hutang2 Ummi selama ni.

Ummi not a modern type- yang percaya bahawa FM adalah penyelesai segala masalah ibu2 modern dan bekerjaya.. Ummi tetap percaya bahawa BM adalah hak anak2 dan akan dipersoalkan kelak di akhirat kenapa anak ini tidak diberikan hak secukupnya. Kalau Mierah dapat flu or gatal2 kat skolah, Ummi tak salahkan nurseri sepenuhnya, tapi Ummi salahkan diri Ummi sebab tak jaga dan protect Mierah sebaiknya dengan susu ibu yang menjadi sebaik2 perisai kepada kebanyakan penyakit.I believe that.

Untuk kali ni, Ummi cuba persiapkan diri dengan pengetahuan. Belum banyak lagi , belum cukup lagi-tapi Ummi kuatkan diri bahawa takada yang mustahil. Ilmu tak akan habis di gali.Orang nampak macam senang. Ye senang bagi yang dah berjaya melaluinya dan diberikan kemudahan oleh Allah untuk meneruskannya untuk 'exclusive' 2 tahun namun cabaran dalam melaluinya hanya diketahui oleh ibu2 yang mengalaminya.

FM walaupun mahal mana sekalipun tetap keluar dari L**** (kecuali soya) dan sungguh sedih anak Ummi terpaksa melalui hari2 awalnya dengan bekalan susu begini sedangkan Ummi tiada kecacatan dan berupaya memberikan apa  yang sepatutnya.
Alhamdulillah, Ummi percaya wp tak mendapat hak secukupnya, Mierah tetap anak yang cerdas, cergas dan bijak dan bonding antara kita tetap kuat sebagaimana kita pada hari ini, Anugerah Allah yang tidak terperi.

Untuk ibu2 yang mungkin terbaca, jangan ambil mudah perkara ini.
Kalau tak dapat jangka diri sendiri, beranikan diri buat pelaburan.
Kalau breast pump & aksesorinya  kita  letakkan sebagai checklist terakhir yang akan kita beli sebagai bantuan penyusuan lepas bersalin nanti (itupun kalau ada masuk dalam senarai), kita patut jadikan ia antara yang terawal..sebab..
BF & BM  adalah yang menjadi keutamaan bagi bayi /anak kita beberapa minit/jam selepas ia lahir ke dunia ini yang tak boleh dan tak dapat dibeli/dipinjamkan  oleh sesiapapun-  sebagaimana kita  boleh meminjam baju/pampers bayi dari hospital.

Sekurang2nya kita telah berusaha.







November 2, 2010

Terasa lotihnya amat2 lah kali ni.

Apa yg buat ummi terasa letih ni sebab buat 2 routine checkup @ 2 tempat berbeza.
So, akan ada banyak tarikh utk follow up yang selalu nyaris terlupa dan bertindan.Kalau satu tempat satu date je takpe.Ini satu tempat ada 2-3 date dalam masa seminggu.
- Check Urine, blood pressure, weight, Hb  oleh  nurses hari lain
- Scan dgn doctor hari lain
- Check up dgn doctor hari lain

waduuuhh?diorg ni tak tau ke aku ni kena pi opis bekerja.Bukan nya keje melawat klinik seminggu sampai 3-4 kali? awatlaaa diorg ni fixed date banyak2 hari..fahamilah kami ni nurse oii...

ini baru satu tempat.Minggu ni je 3 hari berturut2 kena pi melawat.

Hospital yg lagi satu tu? hari lain pulak.

Apesal sampai 2 tempat? pi satu tempat sudahlah.Apa nak buat.. itulah clinic yg paling dekat ngan opis. kena  check kat tmpat lain, branak kat tempat lain..macam tu lah gayanya.

Tambah malang, ummi kena repeat BSP (Blood Sugar Profile)  mcm masa Mierah dulu.
sehari 4 kali ok kena bertandang ke  clinic sebab nak cucuk kat jari tengok blood reading after/before meal.

Reading takdelah tinggi sgt.kalo below 7 bagi normal person is just ok.tapi bila preggy, dah dikira diebetic hukhuk..sedih.
Itu belum masuk kira time  MGTT lagi?Stakat ni dah 2 kali minum air gula. pekat panas ya ampuuun...MasyaAllah, rela aku posa 2 hari dari minum air gula ni.

Sudahnya, tiap kali pi,  ummi just pesan je kat S/U siap2 'kalau Datuk  cari saya call jelah terus h/p.nanti saya mintak time slip.' Tak larat dah lah nak ngadap setiap masa mintak izin gi clinic..
yelah, bukannya dia tak boleh faham-setakat ni Boss  ok je.tapi kita pun x nak la dia pening kepala  dengo kalo dalam seminggu asik kena gi clinic je sampai 2-3 kali.' eh biar benar awak ni??'Kang kata amik kesempatan pulak..

Benar Datuk, itulah hakikatnya,berat telinga mendengar berat lagi kaki yg drive hari2 ni.
Tak nak la menjadikan preggy sbg alasan untuk meraih kesian,tidak sekali2. tapi buat masa ni mcm tulah gamaknya. Makin nak dekat due makin banyak pulak tarikh lawatan.kalender pun x muat dah lagi.
Ikutkan hati nak je upah diorg ni suma dtg buat checkup kat umah time cuti weekend ke huh..amboi2....golongan2 mcm kita ni tak dapeklah nak oii..

So, terpaksalah demi adik Z, kenalah ummi  lancarkan crash diet.eh tak-diet control..demi masa depan yang selamat dan terjamin,insyaAllah.Biar mkn kerap tapi kuantiti sedikit. Cut more  on carbo and mana2 yg manis woh my faveret...
Ingatkan time preggy la boleh melantak bagai, time ni nak gemok tade sapa nak heran...tapi tidak bagi ummi huhu.. sedih...

Now, dah seminngu lebih sejak balik kota tinggi tu flu and idung sumbat tak hilang lagi. Bila batuk rasa nak gugur perut.
Tak tahan sgt pi clinic and doc bg Corifed DM Syrup. Check kat Mr.Google tak banyak info- tapi satu mommy ni kata ia selamat utk BF mom, so selamat la kot untuk mommy and unborn baby. Ummi tpaksa makan cos dah tak tertanggung rasanya. makan madu dgn limau nipis pun belum berhasil lagi.

Doa2 mudah2an dipermudahkanlah segala urusan lepas ni.Amiin.

November 1, 2010


My Dear Amierah Humairah,



  

Thanks to auntie Kui. We love this pic!

 At Bukit Tinggi
 At Sri Damansara
 At Jitra

 Mierah dalam pantang

At Guoman Hotel. PD

 
Tengah godek2 pc ummi  terjumpa gambar2 lama Mierah time muda2 dulu.Banyak lagi, nnti ade masa ummi upload lagi k.
I really missed the moment that we've spent together before.
Sayang anak ummi.