December 12, 2012



Life is not only about : makan.jalan.shopping.gossip.naik pangkat.dapat baby.anak pandai.rumah besar.kereta besar.duit banyak.gaji besar.siapa cantik.siapa betul. siapa salah.cakap besar.semua aku betul.pendapat aku power. aku ada kuasa.kau apa ada? semua aku tau.semua aku pandai.semua aku ada.


jika kita memiliki semua itu pun, so what-
siapa yang beri?siapa yang beri?
adakah 'sesungguhnya' dari hasil usaha titik peluh kerajinan  kita 'semata2' yg tak 'seberapa' itu?

sampai 'bila' kita akan memiliki semua tu?
boleh ke kita bawak mati?

At the end of the day..kain kapan sahaja yang menemani.
Segala 'amalan' belum tentu membantu kita melepasi titian sirat yg halusnya ibarat sehelai rambut dibelah 7.
Beratnya dosa aku pasti  takkan mampu melepasinya,

Kehidupan adalah segalanya berpaksikan kepada Allah.
Masih jauh..masih jauh lagi..tersangat jauh..
walaupun dihati terasa mahu benar dekat...



Ketika seseorang dari kita ditimpa ujian atau musibah, walau sekecil atau sebesar mana, its not only about him or her or them.
It is actually about me..and us..How we react to that?Atau tiada perasaan..Alangkah kerasnya hati kita.
Kita disekeliling mereka perlu mengambil iktibar ke atasnya...
Takdir dan masa depan kita belum tentu lagi warnanya.


Semoga jauh dari rasa riak takbur dan bangga atas apa yang bukan milik kita walaupun sehelai rambut...rasa angkuh dan bongkak yang akan memakan segala amalan kita...
Segalanya milik Dia jua.


Ya Allah, izinkanlah aku meminjam mereka dariMu untuk lebih lama...untuk sama2 menemaniku melalui hari2 dah hayatku didunia...mencari redhaMu jua...


Buat Alwi semoga syurga tempatmu Alwi..
Buat kak Silawati, perginya suamimu adalah ingatan buatku..


Jika kita tak mampu menjadi teman yang baik yang memimpin ke arah kebaikan, 
tak usah menjadi langau yang membusukkan bangkai..

Lihatlah jauh ke dalam diri..apa sebenarnya yang kita kejar dalam kehidupan sehari2..
Sesungguhnya benar kita tergolong dalam orang2 yang rugi..
Ampunkan aku ya Allah..













December 5, 2012

Dah tak boleh nak post gambar ek kat blogspot skang. Maybe sbb kapasiti dah terlebih muatnaik.Simpanlah gambar2 banyak2 buat tengok sendirik je pasni.

Hari ni Siam cuti. Sempena ulangtahun Raja Thailand ke 85.
Raja yang paling disayangi rakyat Thai dan paling lama memegang takhta setakat ni. Rakyat Thai memuja menyanjung Raja bak Tuhan.

Abi cuti, serupa tak cuti...
Bersemangat Abi carik jersey Harimau Malaya nak sambut diorg main kat Bangkok nanti.
Harap sungguh Malaysia menang..

Buat masa ni ummi kurang berperasaan.
Perasaan 'excited' macam selalu.
Ummi kan  suka girang. Lebih2 lagi kalau bab nak pegi bjalan, shopping, makan, dan macam2...
Pendek kata mmg ummi dah kurang bersemangat lah skrg. 

Menghitung hari nak balik kampung.
Tak pernah berjauhan macam ni lama dengan keluarga..
paling lama tak balik kampung pun tak sampai 2 bulan.
Ummi sedang 'homesick' yg kronik. sangat.
Terima kasih pada jiran2 dan kawan2 yang baik dan memahami.
semoga kalian baik2 saja dimana kalian berada.


Rindu sangat.
Rindu pada semangat yang hilang.














December 2, 2012

mabuk kali ni umi kategorikan sbg teruk.
ummi susah tido siang skrg kalo xdpt tido cepat sakit kepala.
ummi masih muntah hijau kuning merah dan berair mata juga hidung.
ummi cepat lapar tp xlarat masak dan xde warung untuk beli mknn berdekatan.maka?sila bygkan apa yg ummi mkn.
ummi tahap pemalas.lembik.mual.loya.muntah.mabuk.weng.angin.