February 25, 2010


“Sebaik baik sahabat disisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap temannya dan sebaik baik jiran disisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap jirannya” (H.R al-Hakim)


'Teman yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu teringat akan Allah, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama, melihat gerak-gerinya teringat mati..'


ALLAH SWT mencipta makhluk di atas muka bumi ini berpasang-pasangan. Begitu juga manusia, tidak akan hidup bersendirian. Kita tidak boleh lari dari berkawan dan menjadi kawan kepada seseorang. Jika ada manusia yang tidak suka berkawan atau melarang orang lain daripada berkawan, dia dianggap ganjil dan tidak memenuhi ciri-ciri sebagai seorang manusia yang normal.

Inilah antara hikmah, kenapa Allah SWT mencipta manusia daripada berbagai bangsa, warna kulit dan bahasa. Firman Allah SWT dalam surah al-Hujurat ayat 13, yang bermaksud:


“Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan berpuak-puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu sama lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang lebih bertakwa. Sesungguhnya Allah maha mengetahui, lagi maha mendalam pengetahuanNya.’



DALAM Islam faktor memilih kawan amat dititikberatkan. Hubungan persahabatan adalah hubungan yang sangat mulia, kerana kawan atau sahabat berperanan dalam membentuk personality individu. Ada kawan yang sanggup bersusah-payah dan berkongsi duka bersama kita, dan tidak kurang juga kawan yang nampak muka semasa senang dan hanya sanggup berkongsi kegembiraan sahaja.


Pendek kata sahabat boleh menentukan corak hidup kita. Justeru, jika salah pilih sahabat kita akan merana dan menerima padahnya. Selari dengan hadith Rasululah saw yang bermaksud: “ Seseorang itu adalah mengikut agama temannya, oleh itu hendaklah seseorang itu meneliti siapa yang menjadi temannya” (H.R Abu Daud). Bak kata pepatah Arab,


“ Bersahabat dengan penjual minyak wangi, kita akan menerima percikan wangiannya, manakala bersahabat dengan tukang besi, percikan apinya akan mencarikkan baju kita.”


Apakah ciri-ciri seorang sahabat yang baik? Seorang bijak pandai berpesan kepada anak lelakinya: “Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut:

  • Jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu;
  • Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan kamu;
  • Jika engkau memerlu pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu;
  • Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik;
  • Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu, dia akan menghargai atau menyebut kebaikan kamu;
  • Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya;
  • Jika engkau meminta bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya;
  • Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), dia akan menayakan kesusahan kamu;
  • Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahan kamu;
  • Jika engkau berkata kepadanya, nescaya dia akan membenarkan kamu;
  • Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu;
  • Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan.
  • Dia membantumu menunaikan tanggungjawab serta melarang melakukan perkara buruk dan maksiat
  • Dia mendorongmu mencapai kejayaan didunia dan akhirat.

Sebagai remaja yang terlepas daripada pandangan ayah ibu berhati-hatilah jika memilih kawan. Kerana kawan, kita bahagia tetapi kawan juga boleh menjahanamkan kita.

Hati-hatilah atau tinggalkan sahaja sahabat seperti dibawah:

sahabat yang tamak: ia sangat tamak, ia hanya memberi sedikit dan meminta yang banyak, dan ia hanya mementingkan diri sendiri.


sahabat hipokrit: ia menyatakan bersahabat berkenaan dengan hal-hal lampau, atau hal-hal mendatang; ia berusaha mendapatkan simpati dengan kata-kata kosong; dan jika ada kesempatan membantu, ia menyatakan tidak sanggup.


sahabat pengampu: Dia setuju dengan semua yang kamu lakukan tidak kira betul atau salah, yang parahnya dia setuju dengan hal yang tidak berani untuk menjelaskan kebenaran, di hadapanmu ia memuji dirimu, dan di belakangmu ia merendahkan dirimu.


sahabat pemboros dan suka hiburan: ia menjadi kawanmu jika engkau suka pesta , suka berkeliaran dan ‘melepak’ pada waktu yang tidak sepatutnya, suka ke tempat-tempat hiburan dan pertunjukan.

Hati-hatilah memilih kawan, kerana kawan boleh menjadi cermin peribadi seseorang. Apa pun berkawanlah kerana Allah untuk mencari redha-NYA.

/dipetik

February 24, 2010

"Orang yang bercita-cita tinggi, selalu bertemu halangan dan rintangan yang besar. Halangan dan rintangan yang besar itu adalah ukuran kecil atau besar sesuatu cita-cita"

February 23, 2010

Relief.

Alhamdulillah.

Yesterday was a big Day.

not soo relief actually.

I wish i can do something else.(such as????)

Must be moree thankful- must do moree prayers.

must strongLY BELIEVE that ALLAH is the CREATOR

:)

February 17, 2010

Balik kg kali ni nikmatnya.Alhamdulillah. dapat tido kat umah 2 malam dan rehat dan tido siang yang mana rasa dah lama sgt tak tido siang kat kg. selalunya balik kg tak sampai 24jam pun dah balik KL semula.thanks hubby.

Macam biasa, few things happened and ada antaranya dijangka dan tak dijangka.
bila kesabaran dah memuncak manusia boleh jadik apa saja.mcm pesan bibik semalam, kita ni namanya manusia-mmg tak lpas dari buat silap-yg penting kesedaran dan pihak2 saling faham.selagi boleh bertahan cuba utk bertahan.

Z & L datang DC smlm mengisi petang2 yg terluang.Makan bubur pulut itam from her nanny and its yummy. potong daun2 pokok kacang panjang yang dah menghutan kat pagar belakang dan pagi ni terus nampak dia dah berbunga. yippie tak lama lagi boleh makan hasilnya.

Thanks H, K.I and B, pagi ni sampaikan satu berita baik lagi buat kita.Jangan lupa Nad nazar yg dibuat bila hajat tercapai dan terlaksana.insyaAllah. Yang wajib ni pun nak kena jaga.

Sejak balik dari L, hidup tak terurus rasanya.serabut.penat sgt2 rasanya.org pi bercuti nak rehat. ni balik dari bcuti lagi penat.
Nak dapat tune n normal mode semula kali ni mcm lmbat skit.

Tengok muka Mierah dan merenung tika dia ketawa nikmat yang paling bermakna dan bahagia.


: Solat itu punca kepada segala-galanya :
Di jaga-punca bahagia.
Di abai-punca derita.

February 12, 2010

ANTARA KAEDAH MERAIH KEBAHAGIAAN -
Sumber Buku : Jgn lah Bersedih, Jadilah wanita yang paling Bahagia -Dr.Aidh bin Abdullah Ar Qarni

1. Melakukan pekerjaan yang kita sukai. Bila pekerjaan yang kita sukai itu sukar diperolehi maka isikanlah hobi kita pada saat-saat waktu terluang;

2. Perhatikanlah kesihatan fizikal, kerana sesungguhnya kesihatan fizikal adalah jiwa kebahagiaan iaitu dengan mengatur rutin makan dan minum tanpa berlebihan, membiasakan olahraga dan menjauhi kebiasaan buruk yang merugikan;

3. Harus memiliki tujuan dalam hidup kerana itu yang akan membuat kita bersemangat;

4. Menjalani kehidupan apa adanya dan menerimanya baik yang manis mahupun pahit dengan hati yang lapang;

5.Hayati hidup yang sedang dijalani, jangan menyesali hal yang sudah berlalu dan jangan pula memusingkan hari esok yang belum tiba;

6.Hendaklah selalu berfikir dalam kerja dan mengambil keputusan. Jangan menyalahkan orang lain atas keputusan-keputusan anda dan atas sesuatu yang kadangkala menimpa anda;

7. Sentiasalah memandang orang yang berada di bawah anda;

8. Biasakanlah diri kita untuk murah dengan senyuman, berjiwa periang dan berteman dengan orang-orang yang optimis;

9. Membantu orang lain dalam kebahagiaan agar mendapatkan harumnya kebahagiaan darinya;

10.Pergunakanlah berbagai kesempatan yang cerah lagi indah dan anggaplah itu sebagai terminal yang sangat penting untuk kebahagiaan;

February 11, 2010

tak smpat lagi upload kenangan bercuti Day 2. Day 3, Day 4..
sekarang broadband dah tukar kpd prepaid memandangkan kitorang bukan pelayar tegar internet stp hari.kalo stakat nak baca berita and emails boleh akses intenet kat opis. maka Abi kata kita tukar lah kepada prepaid, bila nak pakai je guna so boleh cut bajet kat situ heheh..tapi leceh skit la time nak topup tu pasal lah dah jarang blogging.balik keja dah ponat.lepas masak makan tido.tngok tv pun tak lalu. drama hapa pun aku tak pernah ikut. paling last Nur Kasih..woh bestnya..tapi Abi, kalau pasal ceta Merlin, Chuck, mmg jangan kacau dia.dia dah boleh standby and bajet masa siap2 nak tengok faveret cerita dia ni..takat ni aku layan 'Biggest' Looser Asia je hihi..Kevin- i like..


Rutin hidup diteruskan stp hari.kadang2 rasa mcm aduuhai..hari2 buat benda sama.pleaseeelah..takde ke org nak bagi aku duit banyak2, aku teringin nak buat bisnes dan memberanakkan duit dgn lebih banyak. Duit ni lagi laju dari air aku rasa. beli bawang bilis berapa kerat dgn lauk skit pun dah berapa.duit keluar ada, duit masyuuk takde.

harap2 ada belen boleh la beli tupperware banyak2 bulan ni punya macam best skit je campaign dia hakhak..sejak T ada aku plak dah terjebak dgn cosway. kalo ada kuiz "sapa boleh menghabisi duit" aku rasa aku ni boleh jadik juara.

Kesihatan mak alhamdulillah nampak makin baik Ahad hari tu nampak mak ceria and cergas. Mak mmg berhati waja.

Anak ummi Abi? Semakin petah cakapnya. kadang2 tak sangka dia boleh ajuk semula cakap2 and perbuatan kita sebijik2..mmg dia macam sepan.cepat sedut apa yg ada kat sekeliling dia.



Semalam hari yg memenatkan.Hari yg menguji kesabaran.
Aku akan sentiasa pegang kata2 Dato' H 2 tahun dulu. " Stp persoalan undang2 memang ada jawapannya.tinggal lagi kita rajin atau tak rajin nak mencarik di mana sumber2 jawapan bagi persoalan tu."
Kalau dalam Islam Al-Quran adalah sumber utama kita.Dan sumber perundangan kita yg paling utama adalah semua Akta2, Rules2 etc yang ada kat sekelililing kita ni.

Hanya kerana isu simple dan soalan pendek yang melibatkan satu 'amalan' yang dah dibuat sepanjang zaman-, kita dok bertelagah and pecah kepala nak mikir.
ini baru teknikal.belum isu2 interpretasi yang lebih berat.macam mana ni? Jangan sekali2 bagi jawapan, "Takde, memang sejak dulu lagi time saya masuk kerja mmg kita dah buat macam tu. orang2 dulu pun semua cakap macam tu. dulu si polan cakap macam tu so kita kena ikutlah blablabla:. " Kat mana awak rujuk tu?Org yang dulu2 tu semua refer kat mana? " Err tak pastilah pulak.. "
Arrgghhh..tolonglah. ..

Tapi setakat ni aku akan pakai Section 74 & 76 Evidence Act 1950. Kalo ada org pertikaikan sila bagi jawapan yg bertentangan.

Takpe, aku akan terus mencarik jawapannya sampai berjumpa. bUkan nak tentukan sapa betul sappa salah, cuma nak bg puas hati bahawa kalaupun pandangan kita kurang betul dan tak tepat, kita tau kat mana kita nak refer jawapan sebetulnya. Jadik setiap sesuatu tu mmg kena ada sandarannya.
Amalan org lama tak semestinya betul dan kalau tak dibetulkan akan jadik kebiasaan sampai bila2.Kalau takde org yang pertikaikan takpe, tapi takyahla tunggu org nak pertikaikan baru nak terkial2 carik jawapan- macam apa yg jadik semalam.Sigh.

February 5, 2010

03.02.2010
DAY 1