December 23, 2011

Selamat ulangtahun kelahiranmu yang pertama, anakanda Ahmad Ziyad.



Doa ummi mengiringi perjalanan hidupmu..
Ummi sayang Ziyad.;)

December 16, 2011

Pagi tadi syok menyanyi duet dgn kakak dalam keta lagu jiwang Pasha ungu dgn sapa tah tu.
ummi suara pasha, kakak suara pempuan.
Mmg happening kita dalam keta kan kak?

Next week kita akan coti seminggu Yippiee!!
Abi jgn jeles, Abi kena keje ok sbb Abi dah xde cuti.
Kami nak balik kampung menghabiskan beras Atok ngan Nenek hihihi..

Lepas tu, tinggal seminggu je lagi.
Seminggu je lagi masa yang ada untuk kakak dan Ummi bersama-sama dalam perjalanan pergi dan balik dari kerja/skolah.

Sejak bayi lagi kakak menemani ummi dalam kereta hampir  setiap hari. Setiap hari.
Bila kakak sudah menginjak dewasa,  boleh bercakap dan berbual lancar, berborak, menyanyi, berteka teki, bersoal jawab, merajuk, melompat, berbaring, makan, minum, melukis, dan semua aktiviti kakak dalam kereta adalah penghibur hati Ummi.

Lately, ummi macam sebak2 sendiri bila ngenangkan pasni kakak dah tak  lagi menemani ummi dan adik..
Bila adik meragam, kakak lah tukang buat lawak nak ajak adik ketawa dan diam..
Perjalanan kita jauh..hampir 90km setiap hari pergi dan balik, macam2 kenangan kita ada kan kak?
Kakak akan bukak kunci pintu untuk adik dan ummi..bila kakak berebut barang  dan bgaduh dgn adik, Ummi yg pening sendiri...

Macamana boleh ummi lupa dan tak sedih hati bila peneman dan pembantu setia ummi dah tak lagi ada bersama ummi pasni.

kakak akan bersekolah baru tahun depan dan tggjawab  Ummi beralih bahu kepada Abi.
Kakak akan menjadi teman setia Abi, penglipur lara Abi. 
Mesti Ummi akan rindukan kakak nnti..

Kakak, Ummi sedih ni..

December 13, 2011

Alhamdulillah.

Tahniah Faiz.
Tahniah Imah Omar.
Tahniah Syarifah Muhaimin.


Saban hari diberitakan oleh mereka akan  kelahiran bayi2 baru, Ummi akan tersenyum sendiri.
Serta merta terhidu bau skin @ kulit  baby, bau bedak baby dan aromanya terbayang di fikiran.
Terbayang lagi di fikiran  kenangan bertarung nyawa mempertahankan Amierah dan Ziyad yang Ummi amat nanti2kan..
Terbayang lagi kenangan ummi berstokin dan jalan mendakap perut ketika batuk... 
Terkenang susah hatinya ketika anak disentuh demam berpanjangan.
Masih ghairah ummi memilih dan membelek segala keperluan anak2 walaupun Ummi dan Abi baju barunya cuma ketika raya.
That is the beauty of having a child..Alhamdulillah..

Indahnya...
Tiada yang pahit nak.Asalkan melihat kalian sehat dan tertawa ceria- tiada yg pahit dalam membesarkan mu.semuanya hilang melihatkan wajah suci tiada cela dan tidak berdosa.

Ummi dan Abi akan sentiasa menikmati hari demi hari bersama kalian selagi hayat dikandung badan.
Akan Ummi hidu bau mu yang wangi dan suci setiap hari, melayan ketawa dan ceritamu yang tak berhenti..
Akan kami cuba dan terus berusaha menjaga dan mendidik, memberikan yg mampu dan terbaik kerana kalianlah harta kami di dunia dan di akhirat ya Allah..

Kau peliharalah kami, anak-anak kami, kedua ibu bapa kami,keluarga kami dan seluruh umat Islam dari api neraka Ya Allah..
Kau berilah kami nikmat hidup berkeluarga dan kemanisan hidup yang kami rasai ini kau kekalkan dan tambahkan lah ia Ya Allah.

December 8, 2011

Aktiviti weekend @ Library Shah Alam

adik pun nak baca

siap bleh duduk bawah pokok


kakak yg suka btanya

kakak cerita kat adik

antara buku2 yg ada

4 level



boleh surf jugak dgn mac

adik kacau org tngok movie

tgh layan harry potter

gym pun ada

stage


layan movie



Abi tak menang tgn

mcm2 ada, dan baanyak lagi.Masuk percuma dan enjoy ler!!!



December 6, 2011

December Babies

Ayra Eriesya & Ahmad Ziyad

Ayra's Birthday Party!
@ Bangi

Ziyad, awat buat muka camtuu..


Esok kawan2 k..

plus 4th Anniversary, congrats Mir & Omzy!

In black-


Happy family

awal hingga akhir, sibuk dgn belOOOn...

Mir buat ni??OMG!sedap k red velvet!

So sweet..

My adorable sista, wawa

My Bff since 13 . Thanks Mir!!!




Adam Rayyan turn 1-year old!
3-12-2011

meriah gila @ PV 12, Lake Condo

Mama  Adam vogue in Red-Adira control ayu haha..Ummi yg debab..

Ramai orang tak muat rumah you!

Semoga membesar menjadi anak yg soleh...penyejuk mata dan hati..insyaAllah..






                                                            Kakak and her new friend


see, ice cream in the making!

ini bunga Mi!

taraaa..my kitchen!

play-Doh in d haus...

December 5, 2011

Selamat pagi pinky.

Pagi ni sempat melawat saudara2 di alam maya.
Mata dan hati telah tersentuh dengan penulisan seorang ibu.
Benarlah..sesungguhnya kata2 yang disampaikan ikhlas dari hati, akan menyentuh hati2 kita yang membacanya..

Apabila kita sedar dan tahu bahawa kita sedang/telah diuji oleh Allah, barulah kita akan lebih menghargai akan sesuatu dan mula mengambil tahu hal - hal yang tidak pernah kita hiraukan.
Barulah terbuka mata dan hati kita, betapa setiap manusia akan sentiasa diuji oleh Nya..dan betapa insan lain telah di uji dgn lebih hebat nak dibandingkan dgn kita...
semata2 untuk kita lebih mendekatiNya dan terus bergantung harap padaNya...

Semoga kita akan  tergolong dalam manusia yang mengambil iktibar dari tiap sesuatu dan memperbaiki diri ke arah yang lebih baik, dari masa ke masa.

Insafi diri yang mudah alpa dan nipis imannya...:(

November 22, 2011

Tetiba sejak malam tadi hingga ke pagi ni semua org pandai cakap tentang bola. habis satu satu di komen, di puji, di kutuk,termasuklah aku yg mengutuk  'tuuuut' huhuhu..
apapun, yg pastinya kemenangan KALI NI berpihak pada KITA.Alhamdulillah...kemenangan ni bukan percuma, berkat usaha pemain dan doa rakyat Malaysia yg berdoalah ye...
Tahniah untuk semua, kita layak bergembira hihihi...


Pagi ni, mak ayah dijadualkan sampai di Senai Airport setelah 45 hari meninggalkan kami. Sedih gak tak dapat nak menyambut kepulangan mereka..Abi tak boleh cuti.
Tak pelah, kita jumpa weekend ni insyaAllah....Alhamdulillah semoga selamat pergi dan selamat balik...


November 18, 2011


Untuk kak Bie, kak Rahni & Ikin, insyaAllah akan dimudahkan segala jalan, Amiin.


Tahniah Iena Mak Jah & Cik Taim atas kelahiran baby boy nya.

Tahniah Shaliana Shall atas kelahiran baby girlnya.Sama buzzday dgn i nnti selebret sama.

Tahniah Firdaus atas kelahiran Luqman Al Hakim.

Tahniah Azyana atas kelahiran baby boy nya.

Sapa lagi sapa lagi..
Tahniah Muz bunting kali kedua.

Hari ni besday Huda Yuta!

Semalam besday Im Emlia.

November 16, 2011

Kepercayaan adalah antara tunggak utama membolehkan  berdiri teguhnya sesebuah rumahtangga .

Jgn sekali2 menyalahgunakan kepercayaan yang diberikan oleh pasangan.
Andai sekali kepercayaan itu dikhianati, lukanya dalammmm  menikam, bekasnya lambat nak hilang..

Andai tak mahu pasangan berbuat 'sesuatu' dibelakang kita, jgn kita pula berbuat  'serupa' dibelakangnya.

Antara kedua lelaki dan wanita itu, sesungguhnya syaitan akan menjadi pihak ketiga.






November 14, 2011

Niat untuk hidup kerana Allah.
Niat untuk mati kerana Allah.

Mati bukan kerana kemalangan.
Mati bukan kerana sakit.
Mati bukan kerana tiba2.

Mati kerana ajal.

November 11, 2011


WARNA SEBENAR KITA  DI JALAN RAYA 

“Kenapa orang yang begitu baik tiba-tiba boleh menjadi ganas apabila memegang stereng kereta?” Tanya seorang ahli kariah masjid ketika kami sama-sama berehat selepas menunaikan solat Asar.

“Saya rasa bukan tiba-tiba sahaja mereka jadi ganas tetapi mereka memang ganas sebelum memegang stereng kereta lagi,” jawab saya perlahan.

“ Eh, kenapa awak kata begitu?”

“Jalan raya hanya menjadi sebab untuk mereka mengeluarkan warna mereka yang sebenar.”

“Maksud awak ‘true colour’ mereka hanya keluar di jalan raya yakni ketika mereka memandu?”

“Ya. Sifat-sifat diri yang sebenar tidak terkeluar di tempat-tempat lain… mungkin kerana segan, takut, malu dan sebagainya. Di pejabat, mungkin kerana ada bos atau ada orang lain yang disegani. Di rumah kerana ada isteri. Begitu juga di tempat-tempat lain, ramai yang perlu mengawal diri kerana ada kepentingan tertentu di hadapan orang tertentu.”

“Maksud awak?”

“Di tempat-tempat itu mereka terpaksa memendam rasa marah, menahan rasa kecewa atau mengurung rasa dendam yang ada di dalam hati. “

“Rasa-rasa itulah yang kemudiannya mereka lepaskan apabila memandu di atas jalan raya?”

“Ya begitulah. Jalan raya menjadi tempat melepaskan segala rasa tidak puas hati dalam realiti kehidupan sehari-hari. Hakikatnya jalan raya telah menjadi tempat melampiaskan rasa marah, kecewa, dendam dan lain-lain sifat mazmumah.”

“Orang lain yang mereka marah, orang lain yang jadi sasarannya. Begitu?”

“Begitulah. Awak tahu tiga penyebab utama kemalangan di negara kita?”

“Memandu laju, melanggar lampu isyarat dan memotong secara salah!”

“Memandu laju menunjukkan kurang sabar atau mungkin kerana ego. Ingin menunjuk-nunjuk. Melanggar lampu isyarat tanda tidak menghormati peraturan dan orang lain. Begitu juga dengan memotong dengan cara dan di lorong yang salah. Tiga penyebab utama kemalangan hakikatnya berpunca daripada sifat-sifat mazmumah yang ada dalam diri pengguna jalan raya kita!”

“Tetapi ada juga orang yang baik terlibat dalam kemalangan, malah kemalangan maut,” kilas teman saya perlahan.

“Itu sudah takdir. Kekadang, mereka hanya menjadi mangsa kesalahan orang lain. Mereka memandu dengan baik dan berhemah, tetapi apa boleh buat, orang lain yang melanggar mereka. Itu yang saya katakan takdir. Itu luar usaha dan ikhtiar kita. “

“Mengapa saya lihat orang agama pun memandu laju, cuai dan melanggar lampu isyarat?”

Saya terdiam. Ya, dalam pengalaman sendiri pun ramai juga saya lihat “orang agama” yang memandu secara berbahaya dan mementingkan diri.

Melihat saya diam, teman saya menyambung, “Mengapa? Orang agama pun sarat sifat mazmumah? Mereka pun turut melepaskan rasa marah, ego dan kecewa di atas jalan raya?”
Perlahan saya mengangguk.

“Mengapa?” dia terus mengasak.

“Orang agama belum tentu beragama,” jawab saya pendek.

 “Pelik itu. Orang agama tetapi tidak beragama…”

“Maksud saya, ada orang yang latar belakang pendidikannya, atau mungkin kerjayanya, atau mungkin juga gelarannya ustaz, tetapi sayang… mereka tidak mengamalkan ajaran agama sepenuhnya termasuk ketika memandu di atas jalan raya.”

“Eh, takut ramai yang marah dan tersinggung dengan kata-kata awak itu nanti,” katanya mengingatkan.

“Mengapa nak marah? Ini teguran yang benar buat kita semua. Ada orang agama tetapi tidak beragama sepertimana ramai orang yang ada akal tetapi tidak berakal.”

“Maksud awak, orang agama yang tidak beragama sama seperti orang punya akal tetapi tidak berakal?”

Tanpa mengiakan atau menidakkan kata-katanya, saya menjelaskan: “Agama mengajar kita supaya mematuhi syariat dan berakhlak walau di mana sahaja. Bukan hanya di masjid, di pejabat atau di rumah, malah di atas jalan raya ketika memandu. Ibadah bukan sahaja solat, puasa, zakat tetapi memandu kenderaan juga boleh dikira ibadah sekiranya dibuat dengan niat yang ikhlas dan mematuhi prinsip-prinsip sunnah Rasulullah s.a.w.”

“Memandu itu ibadah?”

“Ya. Bukankah Islam itu satu cara hidup. Ramai manusia zaman moden ini lebih banyak menghabiskan masa seharian mereka di dalam kereta berbanding tempat-tempat lain.”
“Betul tu. Kekadang terperangkap dalam kesesakan lalu lintas berjam-jam lamanya. Traffic jam sudah menjadi sebahagian cara hidup kita…”

“Bayangkan jika berjam-jam itu tidak jadi ibadah, tentu rugi. Kita solat pun lebih kurang 7 – 10 minit sahaja.”

“Jadi, kita beribadah bukan sahaja di masjid tetapi di jalan raya jugalah ya?”

Tidak perlu saya mengiakan, saya teruskan lagi: “Ibadah yang baik ialah ibadah yang melimpah ruah manfaatnya kepada orang lain. Sekiranya pemanduan kita jadi ibadah, insya-Allah ia akan selamat dan menyelamatkan. Kita selamat dan pengguna jalan lain pun selamat.”

Kali ini dia pula terdiam. Berfikir mungkin.

“Tetapi kalau tidak jadi ibadah, buruk padahnya. Bukan sahaja kita yang terima mudarat malah memudaratkan orang lain. “

“Apa hukumnya memandu laju, melanggar lampu isyarat dan memotong secara salah?”

“Saya bukan ustaz, apa lagi ulama… tetapi jika tindakan itu memudaratkan diri sendiri dan orang lain tentulah dilarang atau diharamkan oleh Islam. Bukankah Islam itu agama selamat dan menyelamatkan?”

“Mengapa kemalangan boleh berlaku sedangkan sesetengah kita sudah melakukan pelbagai usaha?” Tanyanya mengalih arah perbualan.

“Usaha apa yang awak maksudkan?”

“Macam kawan rapat saya minggu lalu. Dia terlibat dalam kemalangan. Agak parah juga. Setahu dan seingat saya, dia warak orangnya. Kalau hendak bermusafir mesti didahului solat sunat musafir, doa naik kenderaan dan pelbagai lagi bacaan ayat al-Quran.”

“Itu aspek syariatullah. Tetapi cuba check aspek sunnatullahnya,” kata saya mengingatkan.

“Aspek syariatullah, sunnatullah? Apa itu?”

“Bacaan doa, solat musafir dan doa-doa yang lain itu aspek syariatullah. Manakala aspek sunnatullah pula adalah seperti memastikan keadaan brek kenderaan dalam keadaan baik, bunga tayar masih elok, cermin belakang dan sisi dalam kedudukan yang sesuai, memakai tali pinggang keledar dan enjin kereta dalam keadaan baik,“ jelas saya.

“Maksud awak kedua-dua itu hukum Allah juga?”

“Ya, syariatullah yang melibatkan hukum syariat yang lima; wajib, haram, sunat, makruh dan harus. Manakala hukum sunnatullah pula melibatkan hukum sebab dan akibat yang telah Allah tetapkan untuk memastikan dunia ini dalam keadaan stabil dan baik.”

“Saya masih tidak faham.”

“Hukum sunnatullah itu seperti hukum graviti, hukum geseran dan lain-lain hukum yang kita belajar dalam ilmu sains dan matematik itu. Hukum ini tidak berubah dan bertukar ganti sifatnya. Ia tetap. Allah menetapkannya demi keselamatan dan kestabilan alam ini. Jika dilanggar buruk padahnya.”

“Bagaimana semua itu terkait semasa kita memandu kenderaan?”

“Jika tayar botak, kenderaan mudah terbabas dan tergelincir. Ada hukum geseran di situ. Begitu juga apabila tali pinggang keledar tidak dipasang, momentum yang menghentak jisim kita ke hadapan akan lebih kuat jika kereta bergerak dengan halaju yang tinggi.”

“Orang agama perlu dengar fakta ini,” bisiknya perlahan.

“Mematuhi hukum syariatullah dan sunnatullah itulah bukti kita beragama semasa memandu di atas jalan raya. Tidak kiralah kita orang agama, atau tidak. Asalkan kita orang Islam, kita wajar mematuhi kedua-dua hukum Allah ini. “

“Jadi tidak cukup dengan mengamalkan doa naik kenderaan sahaja?”

“Ya, kalau hanya berdoa tetapi tidak menjaga aspek sunnatullah, itu termasuk dalam tawakal yang tidak berbekal. Tetapi kalau hanya menjaga aspek syariatullah, tetapi tidak berdoa dan meminta bantuan Allah, itu sombong. Seolah-olah kita bertawakal kepada diri bukan kepada Allah. “

“Jadi melanggar hukum sunnatullah juga merupakan satu kederhakaan kepada Allah, bukan hanya melanggar hukum syariatullah?”

“Ya. Itulah yang dikatakan, kita beragama di atas jalan raya. Barulah jalan raya kita tidak menjadi jalan mazmumah.”

“Ya, orang Islam perlu menjalani kehidupan berdasarkan aqidah, syariah dan akhlak, setiap masa, setiap kita dan walau di mana-mana sahaja. Siapa kita di atas jalan raya, menunjukkan siapa kita di jalan hidup yang sebenarnya. Berhati-hati di jalan raya, ia boleh membawa kita ke syurga ataupun ke neraka!”

November 4, 2011

Takde salah sesapapun.
Takde apa nak di isu kan.
Mungkin perlu  masa untuk bersendirian dan bertenang2.
Teruskan kehidupan.

October 27, 2011

Tahniah Rin Huda,
selamat melahirkan baby boy malam tadi di HUKM.

Sama jugak dgn jiran kami, Dr.Nora selamat melahirkan baby boy minggu lepas jugak di HUKM.

Alhamdulillah, nikmat Allah yang tak terhingga.

Ummi masih dan masih terus struggle dan struggle dengan kehidupan harian, mencari tune dan kekuatan untuk istiqamah dengan tanggungjawab yang teramat banyak dan berat sebagai hamba Allah, isteri, ibu, anak, pekerja  dan sebagai manusia.
Terasa sungguh berat untuk menjadi sempurna, nak ke arah kesempurnaan pun masih terasa jauhnya subhanAllah. 
Alhamdulillah masih diberi kekuatan, kelapangan dan kemudahan oleh Allah berbanding insan lain yang kekurangan berbanding kita.
Sama2lah kita berusaha  Bi, nak selenggara apa yg kita ada ni..
Semoga kita terus diberi nikmat kesihatan utk menggalas semua amanah yang diberikan... Amiiin.

Makayah, semoga terus diberikan kekuatan yang tak terhingga di Tanah Suci.Amiiin. rinduuu..


October 25, 2011

Tn. M yg sporting

chi..ingatkah kau tempat ini..

mata yat semerah tudungnya huhu




petang yg menyaksikan banyak air mata bergenang hikhik

team Dagang yg akan dirinduiii..

Sepetang yg emos..