September 23, 2011

23 September 2011.
Selamat ulangtahun ke 9 bulan Ahmad Ziyad!!

Teringat kata Ustaz Pahroi, bila kita menyambut ulangtahun, sebenarnya bukan kita dipanjangkan umur tetapi umur kita semakin pendek. Ini kerana, sejak dari awal kelahiran seseorang manusia itu, telah bermula perjalanannya  menuju kematian. Makin bertambah umur kita, semakin dekatlah  kita menuju hari kematian yang telah pun ditetapkan oleh Nya..

Alhamdulillah. 
Ziyad masih full breastfeed and breastmilk.
Ziyad dah ada 2batang gigi bawah dan satu batang gigi atas belah kiri dah tumbuh. Awat belah kanan tak kuar lagi hihi..bila awak senyum sengih ummi rasa macam nak ghigit2 je.
Ziyad dah pandai panjat anak tangga..merangkak, duduk,  memanjat, memaut lah keje dia skrg ni..Semua benda nak masuk dalam mulut dia ye?

Ziyad nampak serasi dengan Cik Mah setakat ni.
Ummi dah pening sebab Cik  Mah kata susu tak cukup kena tambah lagi. Sebelum2 ni masa kat nurseri, hari2 bagi 6 botol x 3-4oz, kadang tu terlebih.
Start minggu ni ummi bagi 8 botol  x 3-4 oz sehari.Pun bila petang dah bersih licin. Nampak beza kan dengan nurseri lama dulu. Hadui stok dah nazak.nampaknya kena keje overtime malam untuk mengepam. Ummi akui, ummi belum cukup berusaha keras untuk anak2.Ummi mintak maaf.
Memang tak senang perjalanan penyusuan banyak cabaran dan dugaan kena telan.
Apapun Alhamdulillah.Semoga terus di bagi kekuatan dan rezki untuk anak2.

Take care sayang.

September 22, 2011


 
Ziyad, alhamdulillah ada perkembangan baik.

Buat masa ni, Ziyad tak lagi kita hantar ke nurseri yang biasa. Itu antara langkah drastik yang terpaksa dilakukan, mengenangkan keadaan 'tenat' nurseri tersebut..
Sekarang, buat sementara ni sebelum jumpa pengasuh yang baru, Ziyad kita hantar ke pengasuh kakak yang lama di Bandar Sri Damansara, rumah lama kita dulu.

Seawal pagi sebelum subuh,sebelum jam 6pagi , Abi @ Ummi (mungkin lepas ni akan bergilir2 ) ke SD untuk menghantar Ziyad melalui jalan lama yang banyak traffic light tu, dan barulah akan ke ofis melalui route yang berlainan daripada biasa. Masalah lain adalah Ziyad tak mau duduk diam dalam car seat so that awak akan meraung dalam kereta mcm kena dera huhu..mmg mencabar jugak nak membawak baby travel jauh setiap hari.
Walaupun lebih jauh dan berpusing sikit, kerana keselamatan dan kebajikan anak, harus berkorban masa dan tenaga. Harap2, Ziyad dalam jagaan baik, walaupun ummi still risau sbb Cik Mah tu pun skrg mengasuh anak orang lain yg agak ramai. Oleh sebab dia sanggup dan kita dah kenal lama, Ummi taruh kepercayaan  mudah2an semuanya dalam kawalan.Tak taulah sampai bila situasi ni akan berterusan.

Minggu ni, regime ubat2an dan antibiotik serta nebulizer kena diteruskan. Macam kata Dr. Nora, dah berapa lama 'benda' tu bersarang dalam paru2 Ziyad, maka dia tak akan hilang dalam sekelip mata.
InsyaAllah la...

Banyak benda pending. Mencari2 tune utk kembalikan semangat yg 'hampir' hilang.

Apapun, Ummi sayang sgt awak berdua.Kalau boleh mmg Ummi nak jaga anak2,  buat masa ni, Ummi belum mampu.

Alhamdulillah.Abi, I am so lucky to have you.

September 15, 2011

Hari kelima malam keempat kita  di DSH.
Selepas keluar dari PSH, demam, batuk, selsema datang semula.
Demam panas dah prolong masuk hari ke 10 sejak selasa lepas.
Findings ; Acute Bronchiolitis + Pneumonia

Hari ni;
Keadaan Ziyad masih lemah.
Demam masih  38'. Kurang sikit berbanding sebelum ni, 39'- 40'.
Graph demam masih yoyo.
Mata bengkak dan merah.
Batuk berturut2.batuk bunyi luar biasa.
Muntah kahak.
Perut ada kembung.
Rashes ada naik kat certain tempat. Ekzema.
Cirit birit.
Kurang menyusu, takde selera makan.Paksa pun xjalan.
Nafas pendek macam lelah.
Wheezing.

review by Dr.Mardziah:
Pneumonia.
H1N1 negative.
Antibiotik akan di tukar.
Ubat demam diteruskan.
Nebulizer diteruskan.
Masuk air diteruskan.
Minimum 5 hari untuk tengok respond terhadap antibiotik.

review by Dr.Noraini:
mata bengkak luaran & merah due to allergic.
mungkin allergy terhadap ubat atau bakteria.


Ziyad masih bertahan. Dia mmg anak yang kuat.
insyaAllah.

September 13, 2011

We miss your smile..

Kakak misses you too!

KPJ Damansara Specialist Hospital
12 September 2011 - ?

September 7, 2011


Tahun ni kita tambah kenangan lagi.Kenangan berhari raya di hospital.
Siri2 demam Ziyad sebelum2 ni sampai ke kemuncak bila demam awak datang semula 
3 hari sebelum raya.
 Untuk kesekian kalinya kita pusing2 carik klinik yang banyak dah tutup sbb soknya nak raya  di Muar- mengenangkan ini demam kali ke berapa dah. Dr.Jaya tanpa cakap banyak terus mintak bawa Ziyad ke Hospital. Mengenangkan esok nak raya dan Hospital dgn prosedur2nya, kita bawak dulu Ziyad jumpa Specialist Dr.Er. 
Oh yek, sila lah sesiapa bina Private Hospital (specialist) di Muar sbb buat masa ni belum ada lagi ya.
Esoknya, panas tak kurang, kita terus bawak Ziyad ke Putra Specialist Hospital Batu Pahat dan admitted spt dijangka.


                                                 Berkampung lah kita..

                                                  Tengok ni, berapa ramai terlibat nak bagi ubat.

                                                  wah kat spital pun dapat duit raya okey!

                                       antara pengunjung, Imah & Ocha. Imah pun dah sarat tuu.
                                 Thanks you all, azim & faiza, ngah sekeuarga, mak ayah n family..
                                                ini budak mmg good boy! mmuuaah!

                                                sayang anak Abi

                                               kakak yg sabar temankan adik..


                                              Tok Ayah pun ade..


Adik didapati telah  memperolehi lung infection yg agak tinggi bacaannya,
kira demam2 sblm ni belum bebetul baik dan ia bersambung dtg menyerang lagi.Sian anak ummi.
Alhamdulillah raya ketiga kami dibenarkan keluar.
Sekarang ummi masih extend cuti kerana adik masih batuk selsema,xsampai hati nak hantar sekolah ye..