August 19, 2011




Wedding Reception
Adam & Laura
29 July 2011
Felda Villa


                                                              Anak sedara  dgn Mak sedara
Adam & Laura

                                                          Kakak senyum tu mcm tak ikhlas je?


                                                                  My fair lady :)



                                                                Flower Boysss..

Flower Girls..
Amierah n sedara mara..
                                                             Uncle Hasif pulak berpencak..



                                                              Abi ketua kompang ok?
                                                             Congratulations to the newly weds !
Alhamdulillah.

Banyaknya benda sampai tak tau ummi tak tulih apa. Berselirat urat kepala.
Ummi sikit busy lately.Sorry sayang..sorry abi dan anak2 ummi.Masalahnya busy dgn hal dunia takde maknanya. Harap2 lepas2 ni tak la camni lg, cuma sebab bakal nak menimang new baby ni so macam2 persiapan kena di buat. Ummi mmg harap segala2nya akan berjalan baik.

Ramadhan kali ni performance ummi agak mengecewakan..Berbanding tahun lepas wp sarat bertemankan Ziyad dalam perut ummi ni tapi ummi masih gagah dan enjoy melalui hari demi hari.
Kali ni, fikiran dan tenaga dikerah  hingga xsempat nak memikirkan benda lain. Semangat tu macam suam2 kuku je.Sahur pun ala kadar apa yg ada. Buka apatah lagi. Tak berselera memikir persiapan raya. Persiapan sekadarnya lebih kepada persalinan untuk anak-anak je. Macam tulah rupanya bila dah jadik mak bapak. Teringat dulu dok komplen nak kasut tumit tinggilah nak itu nak ini main oder je ngan mak ayah...Sekarang dah menurun kat awak Amierah Humairah. :)

11 hari lagi. Ramadhan sememangnya istemewa.Serasa ada satu perasaan 'lain' tiapkali melalui hari demi hari dalam bulan Ramadhan yang tak akan di rasai dalam bulan2 lainnya.Alangkah ummi telah termasuk dalam orang2 yang rugi.
Namun, macam kata Abi, Setan walaupun telah diikat, telah membuat persiapan rapi selama 11 bulan dalam setahun tu,supaya ketiadaan mereka selama sebulan dalam bulan Ramadhan tak akan dirasai dan tak  ketara bezanya.Setan nampaknya telah  gigih mendidik nafsu supaya tunduk dan kuat mengikut ajarannya  na'uzubillahiminzalikh!

Kini barulah kita tau 'true colours' kita tanpa setan di sisi.Kita akan  lebih mengenali diri,  sejauh mana 'degil atau baiknya' diri kita dan bagaimana kuatnya kita melawan/mengikut hawa nafsu sendiri.

Lupa ummi nak ceta, hari Selasa ke hari apa  tu Abi masakkan Umi sahur ok? Bagi Abi yang tak minat masak, memasak nasik goreng pada waktu sahur amat mengharukan ummi heheh.Bangun2 bukak mata nasik dah tersedia. Terbayang tak Abi pegang sudip dan memasak  di pagi hari hehe kagum la ummi.thanks Abi!! dont know how to say lah. Love love love heheh!!!


And..........10 malam terakhir ni masih perlu di rebut. Abi tolong umi okey?
Hari ni, ade sikit waktu senggang. Lega.---Minggu depan pastinya kecoh sehinggalah tarikh 25/8/2011 iaitu tarik kelahiran baby itu.Ummi  dah selesaikan apa yg sepatutnya sebelum ni, tinggal lagi ada  perkara2 lain yg perlukan perbincangan dengan Boss tapi Boss cuti. How?










August 4, 2011

Dah 2 hari ummi tak gi keje. 


Bulan Julai dah 2 kali Ziyad kena demam.Sabtu lepas demam tu datang lagi.So, dah 3 kali.


Dalam hati ummi ini bukan demam biasa.
Sebelum usia Ziyad 6 bulan,alhamdulillah mmg belum pernah datang demam. 
Sekarang, bila demam dia start,  asal malam je panas dia datang. Pagi dedar.
Antara yang ummi usahakan, selalu jaga suhu badan dia, bila malam kena jaga panas dia if melebihi 38', dah di anggap bahaya untuk baby usia macam Ziyad. Lap kan badan dan kepala Ziyad dengan tuala basah, kadang ummi lumurkan dengan air asam jawa, dan kalo bahang semacam ummi akan bagi ubat demam.


Bila demam tu tak baik melebihi 3 hari, kita sekeluarga akan berdedai semula ke klinik..Kali kedua tu doc kata bagi lah sekian sekian ubat..hasil check up takde apa, maybe sebab cuaca, viral etc...etc..


Kali ni bila demam tu datang lagi, ummi dah tak boleh nak diam tunggu,bgtau kat Doc,
Ziyad dah demam lebih 3 hari, panas dia dtg on and off, bila malam panas hampir cecah 39', bunyi lung tak clear, batuk agak teruk, rasa kahak dia tersekat dan dia tak boleh nak keluarkan sendiri, nafas dia bunyi, dia susah nak breath, berat dia macam turun, dia tak selera makan and kurang menyusu sbb hidung dia tersumbat bla bla bla..


Then, Doc A buat check up and dia kata, this might be  bronchiolitis.
Not to be confused with bronchitis. 


Ok.


Ziyad ambik neb, meraung dia dengan suaranya yang jantan itu heh..
Syian anak ummi.kena amik neb hari2.
Lepas consultation, balik rumah ummi google2 dan baru faham lah apa yg Doc A bgtau..
Hopefully, mujarablah ubat2 and antibiotic prescribed by Doc A ni, supaya kita tak perlu mengunjungi Doc Azizi di KPJ Damasara tu nanti.
Amiin.


Esok ummi kena keje ye sayang, so harap2 Ziyad cepat baik ok.Good boy!



August 2, 2011

Alhamdulillah.Masih ada peluang menyambut dan melalui Ramadhan tahun ni.

Makin dekat nak puasa itu hari, ada sikit rasa macam waswas.ragu-ragu.Boleh ke tak boleh ni gaknya posa.
Sampaila ke hari sebenar semalam, Alhamdulillah..sampai jugak ke waktu berbuka wp  melepek dan mmg rasa cabarannya kali ni lain macam sikit.mungkin awal2 ni je hendaknya baru2 nak mula. taknaklah puasa sekadar menahan lapar dahaga je.

Start menyusukan baby ni  mmg jarang sekali ummi skip makan.Sebenarnya makin banyak makan ada.
Kalau sblm preggy kita tak mkn takpe takde hal, mkn bila time lapar je.Skrg ni, lapar tak lapar ttp kena mkn jugek.

Kalau terlambat makan, ada yg angin naik kepala.Silap2 gaya hangin lagi ada. Kita tau kalau kita tak makan dengan cukup dan teratur tentunya penghasilan susu ibu akan terganggu dan memberi kesan kepada stok dan bila direct bf pun boleh tertekan dibuatnya.

InsyaAllah, daripada pengalaman kawan2, nampaknya stok tak terjejas dan kena banyak makan kurma, minum susu,air putih  dan high protein.

Fikiran pun agak keserabutan kebelakangan ni.
Terimalah apa yg telah disuratkan, dan cuba kawal emosi dan keadaan supaya benda2 tu tak  memakan diri....susah nak terima tapi terpaksa juga.Apalah daya.

Sebelum lebih terlewat, tahniah buat adinda Nadzif & Suzie yang telah menerima anugerah terbesar iaitu Ahmad 'Aqil Harith bin Mohd.Nadzif tanggal 22/7/2011. Ini merupakan cucu atok dan nenek yang ke sebelas yang hampir menandingi jumlah cucu perempuan dalam keluarga 6 v. 5 . Yang akak bangga, awak telah menghadiahkan set pump yang baik serta peralatan penyusuan buat isteri tercinta...Alhamdulillah, hope dapat manfaatkan sebaik mungkin..

Tok Ayah dan makcik kini mengerjakan umrah pada 27 Julai -10 Ogos ni.InsyaAllah mudah2an semuanya baik, selamat dan dipermudahkan buat mereka...


28 hari lagi yang perlu dijaga dan direbut setiap saat dan waktunya.