July 8, 2013

Rengat rengat

Dah 5 hari ummi bed rest.
Thanks Abi tolong ummi n take over almost everything.

Ummi terpaksa rehatkan diri. sejak khamis tu rasa rengat2 yg agak kuat on and off sampai la ni.

Rengat2 ni rasa mcm sengat2..tajam2.denyut2..bisa skit.nyilu skit heheh...xreti nk describe nih.
Kat bhgn bwh rahim dan ke bawah.

Ada rasa mcm contraction or senggugut camtulah.

Buat research skit katanya tanda2 rahim nak mengecut sbb tu rasa rengat2.diikuti dgn ketulan darah merah stp kali rengat tu menyengat hihi.sebelum ni mmg tak pernah rasa time berpantang.cuma sblm deliver haritu ada jugak rasa.

Antara lain dr research tu sebab fully bf so rahim akan cepat mengecut utk kembali ke keadaan asal.
Kalo ikut org2 lama ada yg kata bentan peranakan atau bentan urat.

Sepengalaman ummi pernah rasa bentan masa ber pantang kakak dulu kat kampung.bila malam rasa sejuk gigil sampai gigi terketap2 wp pakai selimut tebal.xtaulah bentan ape namanya huhu..

Hat yg ni xde lah rasa seram sejuk ketap gigi camtu.

Pastu ummi yg bijak ni pi tuam area perut konon nak bagi perjalanan darah tu ok la kan..tak memasal rasa kebas je area situ..mujur jugak dpt bertungku letrik pinjam mama ina punye  sedap je rasa hangat yek.tapi toksah la tungku kat bhgian perut ek..ummi buat bahagian kaki dan belakang badan.murah woo kat sini tungku letrik ni.rasa kat msia mcm puluh2 ringgit gak ye.
Nnti nak mntk abi beli gak mmg bbaloi2.

Tak habis lg cerita rengat2 ni.ummi try minum kopi panas gak ikut petua2 tu tp x begitu mujarab pada ummi.rasa rengat tu on off kan and masih ada lg.yg pasti bila minum kopi production susu ummi akan terganggu.so xleh amalkan jugak minum kopi buat masa ni wp tujuannya utk memanaskan badan ye org tua2 kata..

Alangkah mcm2 yg dialami oleh seorang ibu kan.
Dahla kena berpantang mcm2..sakit pun yg bermacam2..
Makan minum pergerakkan segala bagai kena bertahan2..
Tp kalo x buat sape pulak yg nk membuat ye x.

Berat ummi setakat tadi dah turun ke 48kg.berat terakhir sebelum ahmad keluar haritu 58.5 kg
Tunggulah nnti lepas raya...jgn la sampai overweight plak kang sbb pantang nampak makanan.tau sgt dah pengalaman sblm ni lpas tambah anak je akan tambah 5 kg secara kekal.

Oh yek.bebel bnyk ye skrg.post partum la katakan.
Kang ckp sorg2 kata meroyan plak nauzubillah kan.hehe

Esok puasa.
Nnti ummi sembang lg camana puasa kat sini k.

Dah.

July 4, 2013

Urut.Tungku.Sauna

Sauna in d house.dia pasang sendiri gantung kat pili sembur air tu hihi..
Dlm ni ada kerusi dan herba yg berwap tuk sauna or tangas.harum sangat rempah herba dia.


Kenalkan.
Ini makcik Nasroh nama dia.makcik urut muslim yg professional.
Dia sebaya nenek.
Terima kasih k.watie dan Abi khususnya yg berusaha carikkan tukang urut muslimah buat umi.
Kali ni lepas seminggu baru ummi berurut.
Ambik pakej 3 hari berturut.
Asalnya cuma nak urut.tak sangka ada pakej camni dgn kadar bhat 3500 =rm350.00
Semua dia buatkan.urutan siap tungku 3 jam.sauna sukati nk brapa lama. Dtg jam 8.30pg siap jam 2ptg.

Umi sangat syukur, lega dan puas dgn hasilnya.
Kat msia pun ummi xpenah merasa camni.
Ummi dah try thai massage n oil massage kat siam ni, wp berbeza style dgn jawa massage, ummi tetap prefer jawa's stlye.
Akhirnya makcik Nasroh telah membuktikan thai massage yg dia praktikkan mmg power.

Lpas ni mmg kena panggil selalu.
Kadar urutan biasa adalah sejam =RM 20.
Batuk umi lpas urut terus baik.sakit belakang bisa pun dah tak terasa.
Kuasa Allah di tgn yg pakar.Alhamdulillah.

Edisi Sedang Berpantang



Alhamdulillah 'ala kulli hal.

Hari ke 24 kalau tak silap.
Nenek dan Atok selamat pulang ke kampung pada hari ke 21.

maka bermulalah episod berpantang sendiri dengan anak2 yang sedang membesar di negara orang.hihi.

masuk minggu ke empat, ummi masih belum begitu kuat.
masih rasa lagi ada pedih, bisa, lemah, nyilu dan seumpamanya.
rasanya minggu pertama dan kedua ummi lagi kuat.

mungkin lebih banyak berenyah sekarang sebab banyak perkara ummi buat sendiri.Mandikan abang dan adik,berulang keluar masuk toilet, memasak, membasuh pinggan kuali, basuh baju dgn tgn dan mesin, melipat kain, mengemas hasil kerja tangan abg ziyad yg suka menumpahkan air atas lantai, meja kerusi, sepahkan makanan atas karpet,sofa, menidurkan anak2 bujang dan kerja2 sampingan. ini pun dah syukur sgt ada pembantu yang cuci bilik air, vakum lantai, kemas bilik dsbnya.Abi pun banyak menolong dengan kerja2 dapur, bila balik kerja Abi lah yg tolong angkat dan sidai baju & take over menjaga anak2 supaya ummi dapat tidur awal di malam hari..

hmm.luahan perasaan sgt kan. 

padahal mak long awak anak 5 pun boleh je berpantang sorang2 kan, erk provided dia ada upahkan org masak tau?

episod berpantang kali ke 3 ni, ummi masih cuba kekalkan apa yang patut.

stokin masih pakai setiap masa kecuali ke toilet dan ada la waktu rehat seketika bagi kaki bernafas dengan udara.
Aircond dah off terus dalam bilik ni dan Abi dah belikan kipas supaya kami tak berpeluh kepanasan...
pemakanan, masih belum makan pedas,warghhh rindunya sambal.
masakan singgang, sayur rebus tanpa minyak, ikan selar black pepper dengan minyak yg sgt minima, bilis goreng tepung, tenggiri, siakap rebus..
sini tak banyak pilihan ikan untuk musim berpantang..so apo yg hado je lah..

ayam dan daging ummi dah start makan dengan kadar minima ada lah 2 kali ayam, sekali daging, syukur takde rasa gatal atau bisa. cuma bila dah berpantang sendiri ni xsempat nak masak beriya, nak defrost pun malas so makan ikan jelah yg rajinnya.
semalam ummi try mkn udang galah dengan black pepper saja nak try and error omputeh kata,  Abi beli  kat tesco besoo wooo....hok hok...nampaknya belum boleh lagi..mungkin immune badan tak kuat sebab rasa bisa kat urat, bukan kat tempat luka..
air milo, kopi ummi minum. teh ada jugak sekali dua.baca bismillah banyak kali bio tak berangin hihi..
supplement pulak ummi ambik oren setiap hari, calcium tablet, sangobian, habbatussauda' tablet dan gamat healing wane oren.
ikan haruan mmg tak jumpa lah kat sini.kalo jumpa pun mungkin ummi tak akan masak sendiri hihihi...
pilis ummi on off pakai. asek terabur atas tilam.haih..
param tak pakai lagi rasa macam belengas ler pulak nanti..
bengkung ummi dah pakai start hari pertama lagi, nurse Siam yg pakaikan.sampai sekarang ummi pakai..untuk mudahkan pergerakan ummi rasa kuat sikit bila berjalan.

selain tu, ummi buat kerja agak2 mana yg mampu.Kalau sakit mata sgt tu mmg lah kena jugak buat kan kerja2 rumah ni. Anak2 tgh membesar mcm ni lah gayanya.

First check up.

Selepas 10 hari keluar hospital, kita melawat doktor lagi.
Alhamdulillah adik xde jaundis yg tinggi. Sekitar mata dan kulit ada  nampak warna kekuningan cuma bacaan tu tak membuatkan adik mahupun kesemua anak ummi di diagnose jaundis.Mungkin keadaan ummi yg tak begitu kuat selepas delivery, maka Allah berikan keringanan buat ummi di situ.

Lepas 10 hari, berat adik naik ke 3.4 berbanding lahirnya 3.22 kg. Doc kata susu ummi ni cukup untuk 2 bayi,  so jgn terlalu banyak feed, mungkin ada waktu bila meragam baby just nk ditenangkan dan bukan setiap masa perlu di nenenkan. kena perati keadaan perut jgn sampai terlalu kembung fizikalnya.

Pusat adik lambat tanggal.Hari Ke 14 doc cabut. oo mak aii ngeri la ummi..sori syg ummi sorok belakang abi sbb tak sanggup tengok. haish mmg camtu ke kat siam ni doc, rasanya kalo kat msia biarpun lmbt mana takde la kena cabut kan tunggu luruh sendirik.hihi..mcm2 hal.
syukurla xlama pastu luka cepat kering dan sekarang dah ok.

oh ye, for record purposes, ummi tak ingat kakak dan abg luruh pusat hari keberapa.maybe hari ke 7 kut hahaha..dasyat tak ummi anak baru 3 dah hilang ingatan.sorry ye kakak dan abang.harap2 kelupaan yg ni tak mendatangkan apa2 kesan pada kalian hehe.

next, adik ada nappy rashes due to fungus. so stop guna spray air dan wet wipes bila cebuk. setiap kali poo poo dan pee kena hangkut adik  pi bilik air. setakat ni dalam 24 jam adik poo poo ada lah dalam 6 ke 8 kali. setiap kali check pampes tak pernahnya takde harta karun.sangat lawas ye dik.Alhamdulillah..rashes pun nampak dah baik.

Abg Ziyad macamana?

huhu, macam tu lah dia, seusia 2 tahun 7 bulan sgt perlukan perhatian dan tengah aktif dengan pelbagai aksi.

start ummi stay kat hospital, ziyad terpaksa blajar wean off dengan sendirinya.
sekarang ni dia dah berani semula nak manja2 nak lepaskan kerinduan dia hihi..ummi takde marah atau buat apa2 yang pelik nak bagi dia lupa. biar lah dia ambik masa sendiri, insyaallah dia akan faham nanti. tambahan sekarang susu meriah, mmg lah rezki adik, disebabkan abg ziyad belum wean off, hari ke 3 susu ummi dah banyak berbanding dulu lepas seminggu baru nak ada..Alhamdulillah, ummi belajar dari pengalaman..dapat exclusive bf dan roaming in dgn adik sepanjang kat hospital.

ziyad pandai sayang adik dan usap kepala sambil cakap 'ayang kek'..amende tah kek tu..rasanya dia nak ckp sayang adik kut haha pelat punya hal.Ada waktu dia tekan kepala adik sebab geram,adoi seramm..
ada sekali ummi tinggalkan adik dalam baby cot sbb nak mandi, bila keluar je ziyad dah ada sebelah adik dalam baby cot tu. adoilah tekujat ummi hah di panjatnya baby cot yg tinggi tu kalo dihempuknya adik ke ditindih masa tgh tido acaner?? haihhhh makin panjang akal dia mcmana la ummi nak tinggal buat kerja..

ok lah nanti sambung.penat lah pulak.

July 2, 2013

Auntie Muz in d house

Thanks for coming auntie muz.
Sorry ummi xdpt bwk gi jenjalan memandangkan masih dlm perintah berkurung ngeh3...
Apo nak buek..den x sengajo hihihi...
Tu maksudnya kena dtg lg ok?