January 28, 2013

Hari dah larut malam.

Ummi dah rasa berat mata tp belum rasa nak tido.
Abi tengah buat research on something ummi rasa biarlah ummi temankan walaupun tak dapat menolong.

Lately ni ummi dah tak tau pukul brapa ummi tido, tak sador...tau2 dah subuh.
Ntah pukul brapa Abi tido pun ummi tak tau.kakak pun sama naik dgn ummi..
sian Abi kdg2 dok layan ziyad yang mesik aktif lompat2 sebab terlebih 'charge' di siang hari.
Mata ni cepat sgt mengantuknya..nak pulak takde nak fikir banyak benda, tido je la jawabnya..

Ada few friends yang slalu mintak ummi rajin2 update blog.
Dah lebih 5 bulan ummi kat sini, depa nak tau apa la yg dok ummi buat sehari2. best ke hidup ummi lepas gantung blazer dan id card yg dulu selalu bergantung kat leher..dan poket baju.
apa rasanya bergelar surirumah sepenuh masa...

Ummi melalui fasa senyap kebelakangan ni.
dalam masa sama cuba menyesuaikan diri dengan keadaan dan perubahan hormon yang ada.
banyak benda yang kita lalui kan dalam kehidupan sehari2.
kadang rasa nak share nak bercerita... rasa mcm nanti membebel yg sia- sia tak mendatangkan manfaat pula.mcm skrg ni.so ummi simpan je bila rasa diam tu adalah lebih baik dalam banyak perkara.

InsyaAllah bila mood kembali datang ummi akan coretkan sesuatu buat anak2 ummi..bukan untuk sesiapa..
ummi nak anak2 ummi tau bagaimana ibunya ini bila satu masa nnti ibunya ini telah tiada lagi.








January 20, 2013

Dear Amierah,














How I wish ada pengajian Islam kat sekolah ni, so that kakak takkan lupa apa yg telah kakak pelajari @ Darul Hanan & Little Caliphs.

InsyaAllah, Abi & Ummi akan usahakan apa yg terbaik buat Amierah...Buat masa ni kakak belajar lah baik2 ye.

Ummi ingat pesanan Atok, akan ada perbezaannya bila menghantar anak ke sekolah yang ada kelebihan pendidikan agama sebagai teras nya, berbanding sekolah yang tiada pendidikan agama..
Ummi telah mula faham perbezaannya.



January 6, 2013

23 Disember 2 tahun yang lalu.

Selamat ulangtahun kelahiran anakanda Ahmad Ziyad.Ummi love you so much!





January 5, 2013

There comes a point in your life when you realize who really matters, who never did, and who always will..

As people grow up, they realize it becomes less important to have more friends, and more important to have real ones.

Sebelum kita mempersoalkan kredibiliti seseorang teman dan mempertikaikan sumbangannya kepada kita, tanyakan pada diri sendiri dahulu adakah kita benar2 seorang teman yang baik selama ini?

Adakah kita pernah menyakiti hati teman kita malah tidak pula menyedarinya?
Adakah kita empati dan sensitif dengan keadaannya lantas akan cuba menjaga perasaannya?
Adakah kita pernah bertanya keadaannya ketika susah mahupun senang? 
Tahukah kita tentang dirinya mahupun keluarganya sebagaimana dia mengetahui hampir segalanya  tentang diri kita? 
Adakah kita telah benar2 menyimpan rahsia dan menjaga maruahnya sebagaimana yang dia harapkan daripada kita?
Adakah kita setia dah tidak pernah membelakanginya, sebagaimana dia tidak membelakangi kita dalam banyak perkara?
Adakah kita pernah memahami dan mengambil kira dengan apa yang dilaluinya selain hanya meluahkan perasaan dan masalah kita semata-mata?

Adakah kita telah cukup memberi, selain hanya menerima sahaja?


Persahabatan bukan satu hala. Bukan sekadar ucapan dibibir. Ia dapat dirasakan hanya di hati.
Bukan dengan pemberian hadiah dan material yang tidak terperi, namun dengan sentuhan jiwa secara semulajadi bahawa dialah yang kita cari.

Hargailah jika punyai walaupun hanya 'seorang' teman yang  baik yang kita benar2 boleh mempercayainya dan mengharapkannya. 

Jika kita sendiri tidak berani meletakkan kepercayaan kita kepadanya, adakah itu boleh dinamakan teman sejati.

Carilah sahabat yang mendekatinya akan mengingatkan kita kepada Allah..itulah ciri2 sebenar sahabat sejati.