January 5, 2013

There comes a point in your life when you realize who really matters, who never did, and who always will..

As people grow up, they realize it becomes less important to have more friends, and more important to have real ones.

Sebelum kita mempersoalkan kredibiliti seseorang teman dan mempertikaikan sumbangannya kepada kita, tanyakan pada diri sendiri dahulu adakah kita benar2 seorang teman yang baik selama ini?

Adakah kita pernah menyakiti hati teman kita malah tidak pula menyedarinya?
Adakah kita empati dan sensitif dengan keadaannya lantas akan cuba menjaga perasaannya?
Adakah kita pernah bertanya keadaannya ketika susah mahupun senang? 
Tahukah kita tentang dirinya mahupun keluarganya sebagaimana dia mengetahui hampir segalanya  tentang diri kita? 
Adakah kita telah benar2 menyimpan rahsia dan menjaga maruahnya sebagaimana yang dia harapkan daripada kita?
Adakah kita setia dah tidak pernah membelakanginya, sebagaimana dia tidak membelakangi kita dalam banyak perkara?
Adakah kita pernah memahami dan mengambil kira dengan apa yang dilaluinya selain hanya meluahkan perasaan dan masalah kita semata-mata?

Adakah kita telah cukup memberi, selain hanya menerima sahaja?


Persahabatan bukan satu hala. Bukan sekadar ucapan dibibir. Ia dapat dirasakan hanya di hati.
Bukan dengan pemberian hadiah dan material yang tidak terperi, namun dengan sentuhan jiwa secara semulajadi bahawa dialah yang kita cari.

Hargailah jika punyai walaupun hanya 'seorang' teman yang  baik yang kita benar2 boleh mempercayainya dan mengharapkannya. 

Jika kita sendiri tidak berani meletakkan kepercayaan kita kepadanya, adakah itu boleh dinamakan teman sejati.

Carilah sahabat yang mendekatinya akan mengingatkan kita kepada Allah..itulah ciri2 sebenar sahabat sejati.




No comments:

Post a Comment

Birdie say?