December 5, 2012

Dah tak boleh nak post gambar ek kat blogspot skang. Maybe sbb kapasiti dah terlebih muatnaik.Simpanlah gambar2 banyak2 buat tengok sendirik je pasni.

Hari ni Siam cuti. Sempena ulangtahun Raja Thailand ke 85.
Raja yang paling disayangi rakyat Thai dan paling lama memegang takhta setakat ni. Rakyat Thai memuja menyanjung Raja bak Tuhan.

Abi cuti, serupa tak cuti...
Bersemangat Abi carik jersey Harimau Malaya nak sambut diorg main kat Bangkok nanti.
Harap sungguh Malaysia menang..

Buat masa ni ummi kurang berperasaan.
Perasaan 'excited' macam selalu.
Ummi kan  suka girang. Lebih2 lagi kalau bab nak pegi bjalan, shopping, makan, dan macam2...
Pendek kata mmg ummi dah kurang bersemangat lah skrg. 

Menghitung hari nak balik kampung.
Tak pernah berjauhan macam ni lama dengan keluarga..
paling lama tak balik kampung pun tak sampai 2 bulan.
Ummi sedang 'homesick' yg kronik. sangat.
Terima kasih pada jiran2 dan kawan2 yang baik dan memahami.
semoga kalian baik2 saja dimana kalian berada.


Rindu sangat.
Rindu pada semangat yang hilang.














4 comments:

  1. akak upload gmbr kt picasa then attach kat blog, tasya buat mcm tu je skrg..kalau tak mmg xleh letak gmbr

    ReplyDelete

Birdie say?