January 25, 2011

Masuk hari ke 32.

Ziyad amek injection hari ni.Dia plak baru je dapat lelap sesampainye klinik, once masuk je jarum kat peha tuu hadoii tekezut la dia and mula melalak...tapi kejap je sbb anak ummi kuat.(^^)

Berat Ziyad naik ke 4.6 kilo dari sebulan lepas 3.44 kilos. Panjang badan dan ukur lilit kepala pun ade pertambahan angka.Alhamdulillah.
Ziyad pun tak ade kuning/jaundis sama macam kak Mierah. Petua ummi, lepas lahir berikan minum air zamzam masa kat hospital sementara tunggu susu badan belum keluar.

Berat ummi pun penting gak ni. Berat akhir haritu 63kg. Berat sebelum preggy dekat2 50kg. Hari ni, berat ummi 51 kilo..waah?apa salah timbang ni ke apa?takkan dah turun 12 kilo? nggak caya sih.ni mesti timbang ni yang x betul  ni hihi..rasa banyak sgt lemak lum pecah sana sini.

Sabar2...dulu masa kakak pun mcm tu.Mungkin sbb waktu pantang ni kan banyak pantang. Asek makan sup,air suam, kurang minyak..sayur banyak..hmm no cake,no fast food, no ice cream, maka..ujian sebenar adelah lpas berpantang nanti..bila dapat jumpa semua makanan2 tu takut2 berat takmo turun2 daah..
Kali ni, nak dapatkan berat ideal 45kg macam masa belum dapat anak dulu.amiin.

Perjalanan setakat sebulan kelahiran Ziyad, bukan sesuatu yang senang sesungguhnya.
mengingat kata2 D, adekah kita dah terlalu lewat dan tua untuk melalui semua rutin berjaga malam, tak cukup tidur,melayan anak2 meragam dan seumpamanya.  Ini baru masuk 2? Mungkin jarak Ziyad dengan kakak Mierah agak jauh buatkan ummi agak selesa sebelum ni, maka bila hadirnya insan kecil ini, segala rutin hidup telah berubah.Lagipun tgh dalam pantang,apalah sgt yg boleh kita buat...


Perjuangan penyusuan sedang dan masih diteruskan.
Alhamdulillah, sebulan jugak satu pencapaian wp ade dugaan pada awalnya.Peliknya sekarang bila atok dan nenek sua kan air masak pada Ziyad pun boleh buat ummi cemburu pada air masak itu. Bukankan bayi yang disusukan dengan susu ibu tak perlukan air lain termasuk air masak ececeh ?hehehe melampau.Padahal time tu ummi yang dah tak larat sebab Ziyad meragam, kuat menyusu dan ummi rasa nak tido tido tido adalah yg paling best.

Macamanalah nnti time keje belum boleh nak bayangkan. Pump pun belum sempat digunakan dek kerana malas dan direct bf je skang yang lebih senang.
YaAllah mudahkan lah segala urusan kami YaAllah..Semoga hasrat murni akan tercapai..



No comments:

Post a Comment

Birdie say?