January 17, 2011

Alalalaaahai..sapa cakap seronok time berpantang niii adoyai, 
hukhuk....sapolah yang cipta 44 hari ni..
hari ni baru... kejap kira sat- 25hari kalo x silap..badan bukannya makin slim..makin debab ade.

Kelmarin baru balik kampung setelah struggle mempantangkan diri sendiri kat DC sana. Alhamdulillah selamat sumanya. Seminggu pertama tu atok nenek paksu ngan ateh  mierah ada teman.Minggu lepas tok ayah  pun ade dtg.
Ni bila badan dah rasa kuat sikit,jalan pun dah tak bongkok2, baru la berani jalan jauh.

Apa yang sronok sgt time pantang?

-takyah bangun pepagi sesibuk nak gi keje, gosok baju, buat keje n pikir pasal keje huhu sori boss.
-takyah ngadap jem kat jalanraya.
-boleh ngadap tv 24 jam yg mana cerita sungguh la membosankan. Mahal2 bayo astro tau?
 Antara rancangan yang dah boleh hapal siaran : Top Chef, Oprah,No Ordinary Family, d' Biggest Looser, NCIS, segala jenis CSI, dan semua chanel katun kak mierah wp bukan fav tpaksa gak masuk senarai .Cerita sinetron indon?Sorry, i tak layan.
-ada sepenuh masa melayan anak2 dan merenung wajah mereka 24 jam dengan penuh kasih sayang akakakaa....

tak brapa  sronoknya?

-makan terpaksa kontrol.ini tak boleh itu tak boleh waaaa tertekan!!
tiada lagi makanan lazat dan menggiurkan spt hari2 preggy dulu.rasa mcm ngidam  slepas beranak tapi x sapa nak layan skrg hukhuk.
-jalan dah slow gila lagi slow dari pengantin.aku jadik pengantin dulu pun jalan x de la slow camni  haha..
-terpaksa pejam mata tengok umah bersepah n tak terurus dek kerana tak leh nak beraksi lasak takut bentan.kak mierah paling bahagia sbb boleh sepahkan mainan dia.
-kakak mierah nampak makin  matang tapi makin kuat rajuukknya...alahai syiannn dia.tak larat umi layan kak ooii...
-tak dapat berbengkung bagai.masihkah dapat mengekalkan bentuk badan hukhuk oh tidaakk...
-dah tak berkira dah tiap malam tido brapa jam..dulu, selagi x cukup 7-8 jam rasa tak lengkap hariku huhu..

Apa yang kena ada time berpantang?

1.Suamiku.
Ini adalah yang paling2 penting sekali.Walaupun kadang kul 2 pagi ummi terkebil2 lum tido, dan Abi lak dah bermimpi nyenyak sampai ke bulan, takpelaah-asalkan ada Abi dekat ngan ummi dah cukup menenangkan.Rasa selamaat je gitu heheh..Tapi, waktu subuh and weekend, syif Abi salinkan lampin Ziyad ok?

Dan wp Abi tak reti masak,(credit sbb pencapaian cemerlang menggoreng ikan dan masak sawi wp cuma sekali)hehe , bab2 lain mmg laa boleh diharapkan.Alhamdulillah..
Penting weh..kalo suami jenis tak suka nolong mmg boleh meroyan.Nauzubillah.

2.Ketahanan fizikal.
Bila dah dalam ketak- berdayaan ni, isteri sebenarnya masih perlu membuat banyak perkara2 secara sendiri dek kerana tak ada bibik yang boleh di suruh2. 
Contoh, 1.melayan anak sulong yang makin perlukan perhatian nak mintak dilayan
             2.membuat kerja2 harian biasa mcm membasuh,melipat baju,sediakan mkn minum   
Maka, kekuatan fizikal adelah berganda2 diperlukan berbanding waktu sehat.Kalau tak, sapa yang nak membuat?Suami nak buat semua, hmm boleh pensan dia.

3.Kekuatan mental
Dalam keadaan yang tak 'bersih', setan pun suka lah dekat.time banyak masa lapang, dok sorang2 tu banyak lah masa nak berfikir yg mcm2.jgn difikir yang bukan2.Pikir jelah positif wp hakikatnya ade waktu2 rasa tekanan kerana keletihan, kegeraman, etc
Tekanan ketika berpantang pada ummi agak susah nak di describekan, sbb orang berpantang jelah yang tau cemana rasanya tertekaann...

Time ni jugak, ada ibu2 akan merasa lebih sensitif dan beremosi berbanding selalu.

4.Susu dan Aset ibu paling berharga
Wah,ini mmg bukan senang-senang nih.lagi pulak di hari2 awal, ibu2 akan terasa tak ubah seperti mesin mengepam susu.kalo tak kuat mmg boleh give up.
Ada baby yg mmg kuat menyusu, maka ibu sangat2lah penting dan diperlukan tak kira masa, kerana aset itu hanya ada pada ibu.Perut  ibu perlu sentiasa diisi bagi memastikan bekalan susu tidak putus.Suami, sila bagi isteri cukup makan ok?
Letih?tidak mengeluh, tapi mmg teramat letih.
Bersedialah dengan sedikit masalah dan kesakitan seperti engorgement,nipples sore or cracked..so kenalah tau cemana nak mengatasinya.

5. Internet & TV
Wp ummi tade FB, ummi tetap rasa internet sgt penting doh. Ade sebarang kemusykilan pasal penjagaan bayi, penyusuan etc, tak semua kita boleh tanya ngan orang.So diam2 kita g0ogle sendirik dan try carik solution.Plg penting nak elak kebosanan.so tengoklah tv yg akan lbh membosankan.

6.Water Heater/  Thermos Air Panas
Bila dok kampung baru la terasa betapa tapa sejuuuknya air kat umah mak ni sampai ke tulang. Sini tade water heater. Orang tua kita lagi suka mandi air sejuk.Suhu dan hawa kat sini pun dah la sejuk semacam. So kenala masak air panas tiap kali nak mandi.Tak bolehaa mandi air sejuk rasa macam nak demam urat demam tulang.Boleh tak cabut heater kat umah sana pasang kat sini jap hehe..

Bagi yg takde thermos electric tu kenala rajin masak air panas cos kita kena slalu minum air suam and minum air panas such as milo, horlicks etc..


7.Air masak/air putih/susu/horlicks/nestum 3 in 1, /roti /biskut/kurma
Inilah makanan dan minuman asasi ummi setakat ni yang mesti ade stok and dekat ngan ummi sepanjang masa.Kalo agak2 stok susu badan merudum cepat2 capai semua ni cos paling ringkas untuk disediakan and terus telan.
kalo rajin, rebusla air longan,makanla biskut tiger, roti sapu mentega ke apa nak bagi tenaga sementara makanan utama siap di masak.Kita akan berasa sangat lapar, sentiasa lapar sblm and selepas bfeed. Air putih sgt bagus  nak mengatasi masalah sembelit.

8.Nursing Pillow  &  Tandas duduk
Penting  bagi yg beranak C-sect. untuk keselesaan berpanjangan dan mengurangan kesakitan.

9.Gamat Healing & Buah Oren /vitamin C
Penting jugak bagi yg beranak C-sect.Untuk pemulihan luka2 dalaman.Ikan haruan paling bagus tapi ummi yang takuut nak makan haha apekah.


10.Family & kawan2
Mcm2 pengalaman boleh dikongsi dgn diorg.Diorglah yg slalu ade and bg sokongan pd kita susah senang.  Penting ni joe!!

11.Duit
hahaha inila antara yg paling penting sebenarnya dalam banyak2 benda hehehe

Banyak lagi yg penting2 sebenarnya tapi masih boleh di 'hold' dulu sampai la abis pantang. nanti ummi cerita gadjet2 lain yang perlu ada dalam episod akan datang. daaah...

No comments:

Post a Comment

Birdie say?