November 30, 2010

Hari ni baru 9bulan 1hari.Alhamdulillah, cepat bebenorr masa berjalan.
Sabtu hari tu turun darah.Alhamdulillah Z masih boleh bertahan..banyak misi dan urusan ummi yang masih belum selesai.Tapi kalau dah tiba masanya,tak ada siapa boleh menghalang. Berdoa dan berharap suma selamat dan dipermudahkan.

Ummi mohon ampun maaf kepada sekalian makhluk Allah di muka bumi ini atas segala kesalahan dan kesilapan yang PASTI ada, khususnya sesama manusia.
Jika diizinkan Allah dan punya umur yang panjang, semoga segala kesakitan dan kepayahan yang dilalui akan menjadi kifarah kepada dosa2.

Tahniah adinda Nadzif & Suziana yang telah selamat melangsungkan majlis meraikan raja sehari weekend lepas dikedua2 belah pihak.Syukur semuanya berjalan lancar sepertimana diharapkan.Kekurangan yang ada tu biasalah adat dunia tak pernah ada yg sempurna  tapi hati lega  kerana apa yang dihajati telah tercapai. Lebih gembira, nenek  & atok bakal sambut lagi 2 cucu tahun depan....pengantin baru rupanya dah 'berisi' lepas nikah raya lepas. Mak Ngah pun dijangka deliver pada waktu yang lebih kurang sama bulan Ogos tahun depan.Nampaknya tiap2 tahun nenek  & atok dapat 2 cucu alhamdulillah..

Hope and pray for the best! :)

5 comments:

  1. good luck!!!!!!! semoga berjaya dengan flying colours :D

    ReplyDelete
  2. take care nad!
    tenag-tenang aja ye!*winkwink*

    ReplyDelete
  3. dah dekat dah ni.. semoga dipermudahkan segala urusan. jgn lupa inform kawan2 bila dah dapat baby ye..

    ReplyDelete
  4. nad, semoga slamat semuanya... :)

    ReplyDelete
  5. thanks u all..
    tolong doakan ya!hukhuk...

    ReplyDelete

Birdie say?