November 3, 2010

Ummi sgt inspired by mommys out there yg betul2 kuat dan berjaya sepenuhnya dalam penyusuan badan secara 'exclusive' sehingga 2 tahun,(no formula milk at all) which Ummi antara yang telah gugur di medan perang.Perang dalam mempertahankan hak Mierah.

I have to admit, that i really2 regret dan Ummi sesungguhnya telah berhutang susu di dunia dan akhirat dengan Amierah.

Mierah cuma sampai ><  7-8 bulan saja melekap then bila dan sedap dapat Formula Milk  (FM) kat nurseri, dengan sendirinya Mierah tak mau BF lagi.Maybe keliru  antara FM dan BM and FM pulak lebih banyak bagi compared to BM that time.Time ni, sangat sedih/unhappy sebab......sendiri lah tau perasaannya.

As a young mother (that time) Ummi memang kurang sgt pengetahuan dek kerana tak mencari dan menyedari  ilmu tersebut sejak dari awal kandungan lg or sepatutnya sebelum kawen lg. 
I really2 thought that every mommy akan sesenang wenangnya dapat BF anaknya secara semulajadi tanpa ada apa2 komplikasi @ cabaran.Tak tau pulak bila dah kerja kena maintain momentum, jaga makan dan simpan susu banyak2 as a stock supaya tak bergantung pada FM. Bila stok habis?thats it!
Kononnya  Milk pulak akan keluar sebanyak2nya bila diperlukan cos itulah yg Ummi perhatikan pada all my sisters, Mak Long dan Mak Ngah Mierah. Depa macam tadek masalah langsung dengan penyusuan dan semua adik beradik  Ummi dulu, alhamdulillah memang dibesarkan nenek dgn susu badan sepenuhnya.(Dulu nenek tak keje okey)

I took it for granted. And i was soooo WRONG.

Setiap orang adalah berbeza dari segi pengalaman hidup, latarbelakang, pengetahuan, pengendalian dan bagaimana dia berfikir.
Yang menyamakan hanyalah ilmu, kepercayaan, semangat dan kekuatan.

Susah nak digambarkan dengan kata2, apa yang Ummi rasakan- sampailah  ke hari ini Ummi  berangan/teringin  nanti time adik Z menyusu Ummi tetap nak bagi Mierah share susu Ummi dengan adik Z kalau ada rezeki and kalau boleh Ummi nak tebus hutang2 Ummi selama ni.

Ummi not a modern type- yang percaya bahawa FM adalah penyelesai segala masalah ibu2 modern dan bekerjaya.. Ummi tetap percaya bahawa BM adalah hak anak2 dan akan dipersoalkan kelak di akhirat kenapa anak ini tidak diberikan hak secukupnya. Kalau Mierah dapat flu or gatal2 kat skolah, Ummi tak salahkan nurseri sepenuhnya, tapi Ummi salahkan diri Ummi sebab tak jaga dan protect Mierah sebaiknya dengan susu ibu yang menjadi sebaik2 perisai kepada kebanyakan penyakit.I believe that.

Untuk kali ni, Ummi cuba persiapkan diri dengan pengetahuan. Belum banyak lagi , belum cukup lagi-tapi Ummi kuatkan diri bahawa takada yang mustahil. Ilmu tak akan habis di gali.Orang nampak macam senang. Ye senang bagi yang dah berjaya melaluinya dan diberikan kemudahan oleh Allah untuk meneruskannya untuk 'exclusive' 2 tahun namun cabaran dalam melaluinya hanya diketahui oleh ibu2 yang mengalaminya.

FM walaupun mahal mana sekalipun tetap keluar dari L**** (kecuali soya) dan sungguh sedih anak Ummi terpaksa melalui hari2 awalnya dengan bekalan susu begini sedangkan Ummi tiada kecacatan dan berupaya memberikan apa  yang sepatutnya.
Alhamdulillah, Ummi percaya wp tak mendapat hak secukupnya, Mierah tetap anak yang cerdas, cergas dan bijak dan bonding antara kita tetap kuat sebagaimana kita pada hari ini, Anugerah Allah yang tidak terperi.

Untuk ibu2 yang mungkin terbaca, jangan ambil mudah perkara ini.
Kalau tak dapat jangka diri sendiri, beranikan diri buat pelaburan.
Kalau breast pump & aksesorinya  kita  letakkan sebagai checklist terakhir yang akan kita beli sebagai bantuan penyusuan lepas bersalin nanti (itupun kalau ada masuk dalam senarai), kita patut jadikan ia antara yang terawal..sebab..
BF & BM  adalah yang menjadi keutamaan bagi bayi /anak kita beberapa minit/jam selepas ia lahir ke dunia ini yang tak boleh dan tak dapat dibeli/dipinjamkan  oleh sesiapapun-  sebagaimana kita  boleh meminjam baju/pampers bayi dari hospital.

Sekurang2nya kita telah berusaha.







3 comments:

  1. iffah awal2 pun 'face' mcm tu.. even bukan sebab susu sikit.. tp saikologi diri sendiri dok pikir -ve takut susu tak ada... sampai kena marah dgn laki dia.. hoho.. tp alhamdulillah.. berkat usaha & beberapa tips.. setakat ni berjaya la pump BM as per required... Alhamdulillah.. moga Allah permudahkn semuanya utk kita.. Ameen...

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah, Arissa masih menyusu ibu + formula, kat rumah full BF la kat babysitter formula

    ReplyDelete

Birdie say?