February 11, 2010

tak smpat lagi upload kenangan bercuti Day 2. Day 3, Day 4..
sekarang broadband dah tukar kpd prepaid memandangkan kitorang bukan pelayar tegar internet stp hari.kalo stakat nak baca berita and emails boleh akses intenet kat opis. maka Abi kata kita tukar lah kepada prepaid, bila nak pakai je guna so boleh cut bajet kat situ heheh..tapi leceh skit la time nak topup tu pasal lah dah jarang blogging.balik keja dah ponat.lepas masak makan tido.tngok tv pun tak lalu. drama hapa pun aku tak pernah ikut. paling last Nur Kasih..woh bestnya..tapi Abi, kalau pasal ceta Merlin, Chuck, mmg jangan kacau dia.dia dah boleh standby and bajet masa siap2 nak tengok faveret cerita dia ni..takat ni aku layan 'Biggest' Looser Asia je hihi..Kevin- i like..


Rutin hidup diteruskan stp hari.kadang2 rasa mcm aduuhai..hari2 buat benda sama.pleaseeelah..takde ke org nak bagi aku duit banyak2, aku teringin nak buat bisnes dan memberanakkan duit dgn lebih banyak. Duit ni lagi laju dari air aku rasa. beli bawang bilis berapa kerat dgn lauk skit pun dah berapa.duit keluar ada, duit masyuuk takde.

harap2 ada belen boleh la beli tupperware banyak2 bulan ni punya macam best skit je campaign dia hakhak..sejak T ada aku plak dah terjebak dgn cosway. kalo ada kuiz "sapa boleh menghabisi duit" aku rasa aku ni boleh jadik juara.

Kesihatan mak alhamdulillah nampak makin baik Ahad hari tu nampak mak ceria and cergas. Mak mmg berhati waja.

Anak ummi Abi? Semakin petah cakapnya. kadang2 tak sangka dia boleh ajuk semula cakap2 and perbuatan kita sebijik2..mmg dia macam sepan.cepat sedut apa yg ada kat sekeliling dia.



Semalam hari yg memenatkan.Hari yg menguji kesabaran.
Aku akan sentiasa pegang kata2 Dato' H 2 tahun dulu. " Stp persoalan undang2 memang ada jawapannya.tinggal lagi kita rajin atau tak rajin nak mencarik di mana sumber2 jawapan bagi persoalan tu."
Kalau dalam Islam Al-Quran adalah sumber utama kita.Dan sumber perundangan kita yg paling utama adalah semua Akta2, Rules2 etc yang ada kat sekelililing kita ni.

Hanya kerana isu simple dan soalan pendek yang melibatkan satu 'amalan' yang dah dibuat sepanjang zaman-, kita dok bertelagah and pecah kepala nak mikir.
ini baru teknikal.belum isu2 interpretasi yang lebih berat.macam mana ni? Jangan sekali2 bagi jawapan, "Takde, memang sejak dulu lagi time saya masuk kerja mmg kita dah buat macam tu. orang2 dulu pun semua cakap macam tu. dulu si polan cakap macam tu so kita kena ikutlah blablabla:. " Kat mana awak rujuk tu?Org yang dulu2 tu semua refer kat mana? " Err tak pastilah pulak.. "
Arrgghhh..tolonglah. ..

Tapi setakat ni aku akan pakai Section 74 & 76 Evidence Act 1950. Kalo ada org pertikaikan sila bagi jawapan yg bertentangan.

Takpe, aku akan terus mencarik jawapannya sampai berjumpa. bUkan nak tentukan sapa betul sappa salah, cuma nak bg puas hati bahawa kalaupun pandangan kita kurang betul dan tak tepat, kita tau kat mana kita nak refer jawapan sebetulnya. Jadik setiap sesuatu tu mmg kena ada sandarannya.
Amalan org lama tak semestinya betul dan kalau tak dibetulkan akan jadik kebiasaan sampai bila2.Kalau takde org yang pertikaikan takpe, tapi takyahla tunggu org nak pertikaikan baru nak terkial2 carik jawapan- macam apa yg jadik semalam.Sigh.

No comments:

Post a Comment

Birdie say?