February 12, 2010

ANTARA KAEDAH MERAIH KEBAHAGIAAN -
Sumber Buku : Jgn lah Bersedih, Jadilah wanita yang paling Bahagia -Dr.Aidh bin Abdullah Ar Qarni

1. Melakukan pekerjaan yang kita sukai. Bila pekerjaan yang kita sukai itu sukar diperolehi maka isikanlah hobi kita pada saat-saat waktu terluang;

2. Perhatikanlah kesihatan fizikal, kerana sesungguhnya kesihatan fizikal adalah jiwa kebahagiaan iaitu dengan mengatur rutin makan dan minum tanpa berlebihan, membiasakan olahraga dan menjauhi kebiasaan buruk yang merugikan;

3. Harus memiliki tujuan dalam hidup kerana itu yang akan membuat kita bersemangat;

4. Menjalani kehidupan apa adanya dan menerimanya baik yang manis mahupun pahit dengan hati yang lapang;

5.Hayati hidup yang sedang dijalani, jangan menyesali hal yang sudah berlalu dan jangan pula memusingkan hari esok yang belum tiba;

6.Hendaklah selalu berfikir dalam kerja dan mengambil keputusan. Jangan menyalahkan orang lain atas keputusan-keputusan anda dan atas sesuatu yang kadangkala menimpa anda;

7. Sentiasalah memandang orang yang berada di bawah anda;

8. Biasakanlah diri kita untuk murah dengan senyuman, berjiwa periang dan berteman dengan orang-orang yang optimis;

9. Membantu orang lain dalam kebahagiaan agar mendapatkan harumnya kebahagiaan darinya;

10.Pergunakanlah berbagai kesempatan yang cerah lagi indah dan anggaplah itu sebagai terminal yang sangat penting untuk kebahagiaan;

No comments:

Post a Comment

Birdie say?