December 28, 2009

Alhamdulillah.memanjatkan syukur atas segala nikmat Allah sehingga ke hari ni.


Setelah seminggu, hari ni aku nampak semula kubah Mahkamah menandakan hari bekerja semula.
hantar Amierah pagi ni muka dia monyok tak gembira maklumla seminggu menempel bermanja dgn mak dia-alangkah bahagianya.
sampai ofis, check diary,takde kes hari ni- whatt??? patutnya aku sambung cuti lagi hehehe sungguh tak bermotivasi keje.


Suasana kat ofis ni spt dijangka-kakitangan kerajaan sibuk menghabiskan cuti maka suasana a bit sunyi dan sepi. bukannnya tade keje tapi 'mood keje' tu tak brapa nak ada..
sesampainya kat opis, aku melepaskan rindu pada pc dan membelek2 berita terkini di sana sini.dah minum pagi dgn air kotak dutch lady  dan jajan super ring (sunguh tak sehat kan)baru la aku mengadap lappy ini sebagai permulaan pagi hari ini.


Bercuti lagi sibuk dari bekerja?
itu la yg dapat aku simpulkan.kesibukan yang tak akan ada penghujungnya sebab kerja2 rumah yg tak akan pernah habis.Itulah pengorbanan si isteri dan ibu dalam melancarkan urusan rumahtangga- Bestnya kalo ada bibik boleh tolong buat semua keja so that bila aku bercuti aku boleh tido sepanjang hari, spent lebih masa utk Dia dan masak utk suami-itu je!


Jadi, aku tak merasa pun apa nikmatnya cuti kali ni, melainkan dapat berkebun sikit dan melihat pokok2 sayur aku berkembang-indahnya!

Apapun, ada kepuasan bila mana dapat berpeluang spent masa dgn keluarga bila family dtg umah dan kita beraktiviti bersama yg mana mmg susah kita nak berkumpul ramai2 pada hari2 biasa. Orang2 surau dan kawan2 pun sudi luangkan masa dtg dan kita makan2 macam lupa dgn masalah hidup & kerja.Kelmarin kita pun sempat balik kampung lepas rindu pada umah mak ayah & Tok Mok- sempat jejak bandar muo, bp, parit sulong- sempat jengah bilik2 kat umah kat kampung, duduk kat ruang tamu sbg syarat bahawa  aku dah sampai ke kg- wp cuma tak sampai 24 jam sebenarnya aku berada di rumah.Kempunan nak makan satay depan petronas semerah wp ayah dah berusaha carik.


Elis dan kak linda yg baru beranak sebelah umah pun tak sempat aku nak jenguk.
Sempat aku 'skolahkan' adik dan aku harap ianya berhasil.Abang sempat berurut sampai lebam2 badan dia.

Tak lupa- arwah Ayah Mie yang meninggal Sabtu lepas.bebetul mengingatkan bahawa hidup kat dunia ni tak lama.M yang baru beranak Jumaat lepas pun mengingatkan aku pengalaman masa Mierah mula2 menjengah dunia. Y dgn kerenahnya pun buat kita sesak nafas dan tak berhenti berfikir mengenainya. M dan M yag sedang berusaha gigih dengan pernikahannya.Kisah MS yang kita pun tak sangka.Result PMR sepupu2 kita yang baik2 semuanya.Menghadiri kenduri kawen Pal dan bjumpa kawan2 kat sana.


Fuhhhh...
itupun dah cukup buat hidup ni berwarna warni dgn aktiviti.


Teringat muka depan satu majalah yang aku berhajat nak langgan dalam masa terdekat ni iaitu majalah 'solusi'.

"Kita tak akan bahagia selagi mana orang disekeliling kita tidak bahagia"

Maka, bahagia yg macamana yg kita cari sebenarnya?



No comments:

Post a Comment

Birdie say?