December 8, 2009

Aku tak tau la camana nak kata.
Hati gundah kerana masalah yg satu.
aku sebenarnya tak boleh nak faham, org yg membelakangi keluarga, hanya kerana CINTA.kalaupun aku boleh faham, aku TAK MAU FAHAM.

Apatah lagi membuang keluarga hanya utk CINTA yg belum tau penghujungnya.

Aku takut nak cakap benda2 ni, hidup masih tak tau apa penghujungnya, aku ada 2 adik perempuan, sorang anak perempuan, dikelilingi dgn sedara mara perempuan- tak tau apa takdirnya lepas ni,
tapi, kalau hanya disebabkan CINTA yang tak dapat restu keluarga, kau sanggup nak buang keluarga, - pada aku, lupakan saja.tinggalkan saja.walau apa pun 'kos' nya.

Ada kes yg mana ibu bapa & keluarga yg tak boleh nak bertolak ansur atas sebab2 yg tak masuk akal esp alasan si dia tak kaya tak berharta tak sepadan tak lawa blablabla.. (bukan kerana tuntutan agama.) kalo kes mcm tu aku boleh la faham.Itu pun kena rujuk pada ilmuan, agamawan nak dapatkan jalan terbaik, bukan suka2 nikah kat Siam-habis cerita. hidup bukan sekadar nikah lepas tu dah!

Even, dalam Islam, masalah SEKUFU pun dititikberatkan, makanya bukan senang2 kita nak bertemu jodoh tanpa menitikberatkan salasilah dan latarbelakang.

Pengalaman hidup aku, gembira dan tertawa macamana pun aku, bila ada waktu aku sedih dan menangis, bila mana aku sakit dan terluka, aku akan cari makayah,aku rujuk pd family. walaupun sekadar ingin mendengar suara mak, mengadu sakit demamnya aku, sedihnya aku, mintak doakan aku..
Aku tak dapat bayangkan hidup aku tanpa keluarga walaupun aku punya keluarga yg baru.

Sakit kita, susah kita, mak ayah kita tetap ada bersama kita, menerima kita tanpa syarat..sedangkan ketika tu kawan2 yg mungkin sentiasa gembira bersama dah jauh meninggalkan kita.


Sekali lagi, ujian kehidupan. berat mata dan hati aku memandang-aku tau berat lagi mak ayah & abg yg menanggung perasaan.

Maafkan aku atas ketelanjuran kata dan perbuatan.
Aku tau aku bukan sempurna, hanya sekadar meluah rasa.

napa hati aku tak tenteram- ada sesuatu tersembunyi, aku belum berjumpa lagi.

No comments:

Post a Comment

Birdie say?