July 4, 2013

Edisi Sedang Berpantang



Alhamdulillah 'ala kulli hal.

Hari ke 24 kalau tak silap.
Nenek dan Atok selamat pulang ke kampung pada hari ke 21.

maka bermulalah episod berpantang sendiri dengan anak2 yang sedang membesar di negara orang.hihi.

masuk minggu ke empat, ummi masih belum begitu kuat.
masih rasa lagi ada pedih, bisa, lemah, nyilu dan seumpamanya.
rasanya minggu pertama dan kedua ummi lagi kuat.

mungkin lebih banyak berenyah sekarang sebab banyak perkara ummi buat sendiri.Mandikan abang dan adik,berulang keluar masuk toilet, memasak, membasuh pinggan kuali, basuh baju dgn tgn dan mesin, melipat kain, mengemas hasil kerja tangan abg ziyad yg suka menumpahkan air atas lantai, meja kerusi, sepahkan makanan atas karpet,sofa, menidurkan anak2 bujang dan kerja2 sampingan. ini pun dah syukur sgt ada pembantu yang cuci bilik air, vakum lantai, kemas bilik dsbnya.Abi pun banyak menolong dengan kerja2 dapur, bila balik kerja Abi lah yg tolong angkat dan sidai baju & take over menjaga anak2 supaya ummi dapat tidur awal di malam hari..

hmm.luahan perasaan sgt kan. 

padahal mak long awak anak 5 pun boleh je berpantang sorang2 kan, erk provided dia ada upahkan org masak tau?

episod berpantang kali ke 3 ni, ummi masih cuba kekalkan apa yang patut.

stokin masih pakai setiap masa kecuali ke toilet dan ada la waktu rehat seketika bagi kaki bernafas dengan udara.
Aircond dah off terus dalam bilik ni dan Abi dah belikan kipas supaya kami tak berpeluh kepanasan...
pemakanan, masih belum makan pedas,warghhh rindunya sambal.
masakan singgang, sayur rebus tanpa minyak, ikan selar black pepper dengan minyak yg sgt minima, bilis goreng tepung, tenggiri, siakap rebus..
sini tak banyak pilihan ikan untuk musim berpantang..so apo yg hado je lah..

ayam dan daging ummi dah start makan dengan kadar minima ada lah 2 kali ayam, sekali daging, syukur takde rasa gatal atau bisa. cuma bila dah berpantang sendiri ni xsempat nak masak beriya, nak defrost pun malas so makan ikan jelah yg rajinnya.
semalam ummi try mkn udang galah dengan black pepper saja nak try and error omputeh kata,  Abi beli  kat tesco besoo wooo....hok hok...nampaknya belum boleh lagi..mungkin immune badan tak kuat sebab rasa bisa kat urat, bukan kat tempat luka..
air milo, kopi ummi minum. teh ada jugak sekali dua.baca bismillah banyak kali bio tak berangin hihi..
supplement pulak ummi ambik oren setiap hari, calcium tablet, sangobian, habbatussauda' tablet dan gamat healing wane oren.
ikan haruan mmg tak jumpa lah kat sini.kalo jumpa pun mungkin ummi tak akan masak sendiri hihihi...
pilis ummi on off pakai. asek terabur atas tilam.haih..
param tak pakai lagi rasa macam belengas ler pulak nanti..
bengkung ummi dah pakai start hari pertama lagi, nurse Siam yg pakaikan.sampai sekarang ummi pakai..untuk mudahkan pergerakan ummi rasa kuat sikit bila berjalan.

selain tu, ummi buat kerja agak2 mana yg mampu.Kalau sakit mata sgt tu mmg lah kena jugak buat kan kerja2 rumah ni. Anak2 tgh membesar mcm ni lah gayanya.

First check up.

Selepas 10 hari keluar hospital, kita melawat doktor lagi.
Alhamdulillah adik xde jaundis yg tinggi. Sekitar mata dan kulit ada  nampak warna kekuningan cuma bacaan tu tak membuatkan adik mahupun kesemua anak ummi di diagnose jaundis.Mungkin keadaan ummi yg tak begitu kuat selepas delivery, maka Allah berikan keringanan buat ummi di situ.

Lepas 10 hari, berat adik naik ke 3.4 berbanding lahirnya 3.22 kg. Doc kata susu ummi ni cukup untuk 2 bayi,  so jgn terlalu banyak feed, mungkin ada waktu bila meragam baby just nk ditenangkan dan bukan setiap masa perlu di nenenkan. kena perati keadaan perut jgn sampai terlalu kembung fizikalnya.

Pusat adik lambat tanggal.Hari Ke 14 doc cabut. oo mak aii ngeri la ummi..sori syg ummi sorok belakang abi sbb tak sanggup tengok. haish mmg camtu ke kat siam ni doc, rasanya kalo kat msia biarpun lmbt mana takde la kena cabut kan tunggu luruh sendirik.hihi..mcm2 hal.
syukurla xlama pastu luka cepat kering dan sekarang dah ok.

oh ye, for record purposes, ummi tak ingat kakak dan abg luruh pusat hari keberapa.maybe hari ke 7 kut hahaha..dasyat tak ummi anak baru 3 dah hilang ingatan.sorry ye kakak dan abang.harap2 kelupaan yg ni tak mendatangkan apa2 kesan pada kalian hehe.

next, adik ada nappy rashes due to fungus. so stop guna spray air dan wet wipes bila cebuk. setiap kali poo poo dan pee kena hangkut adik  pi bilik air. setakat ni dalam 24 jam adik poo poo ada lah dalam 6 ke 8 kali. setiap kali check pampes tak pernahnya takde harta karun.sangat lawas ye dik.Alhamdulillah..rashes pun nampak dah baik.

Abg Ziyad macamana?

huhu, macam tu lah dia, seusia 2 tahun 7 bulan sgt perlukan perhatian dan tengah aktif dengan pelbagai aksi.

start ummi stay kat hospital, ziyad terpaksa blajar wean off dengan sendirinya.
sekarang ni dia dah berani semula nak manja2 nak lepaskan kerinduan dia hihi..ummi takde marah atau buat apa2 yang pelik nak bagi dia lupa. biar lah dia ambik masa sendiri, insyaallah dia akan faham nanti. tambahan sekarang susu meriah, mmg lah rezki adik, disebabkan abg ziyad belum wean off, hari ke 3 susu ummi dah banyak berbanding dulu lepas seminggu baru nak ada..Alhamdulillah, ummi belajar dari pengalaman..dapat exclusive bf dan roaming in dgn adik sepanjang kat hospital.

ziyad pandai sayang adik dan usap kepala sambil cakap 'ayang kek'..amende tah kek tu..rasanya dia nak ckp sayang adik kut haha pelat punya hal.Ada waktu dia tekan kepala adik sebab geram,adoi seramm..
ada sekali ummi tinggalkan adik dalam baby cot sbb nak mandi, bila keluar je ziyad dah ada sebelah adik dalam baby cot tu. adoilah tekujat ummi hah di panjatnya baby cot yg tinggi tu kalo dihempuknya adik ke ditindih masa tgh tido acaner?? haihhhh makin panjang akal dia mcmana la ummi nak tinggal buat kerja..

ok lah nanti sambung.penat lah pulak.

2 comments:

  1. huhu tasya terfikir menda yg sama pasal baby cot..sbb afif punya dulu tasya dah jual sbb tak pakai...akhrinya si ziyad pulak yg masuk jaga adik kat dalam tu eh...wah anak2 membesar dengan baik sekali...tahniah akak...hehe tak sabar nak jumpa semua sekali..hehehe

    ReplyDelete
  2. Hihi si ziyad ni perasan spiderman sgt semua benda dia panjat.bila letak adik atas katil dia plak main lompat2 atas katil.hah guano tu kan? Sabau je lah mama oii

    ReplyDelete

Birdie say?