June 2, 2013

Pre Birth Day

Birthday kakak hujung bulan ni.
Perasaan excited kakak tu nak menyambut Birthday dia sangat lah ummi kagumi sampai geleng kepala ummi..Kakak dok menghitung hari sejak berbulan lamanya.Ummi dah marked kat kalender birthday kakak dan nanti kejap2 dia tengok lagi berapa hari nak sampai ke Birthday dia tu.Hai lah anak.

Agaknya dah jadik trend kan sekarang kat sekolah akan ada sambutan untuk anak2. nak pulak sekolah kakak ni kan, memang terdiri dari golongan yang 'ada2' jugak..boleh kata setiap kali bila ada birthday event dihujung hari persekolahan tu, kemeriahannya mmg lah tak boleh tahan..Tu la sebabnya kakak dok berangan nak buat sama macam kawan2 dia. Ada tu bapak nya tokey jenama eskrim terkenal kat sini, so siap mesin eskrim datang ke sekolah, kalau menu dia mcDonalds, dengan clown Ronalds McDonalds lah yang datang,keknya beso2 mengalahkan kek pengantin, costumes ala princess ke superhero bagai, belon2 segala macam aksesori pun ada dan macam2 lagilah yang memang tak dapatlah ummi nak adakan untuk kakak.

Satu masa kakak akan faham, tak mestinya orang ada, kita kena ada jugak kan kakak.Ada orang lagi lah tak de peluang nak sambut langsung..seeloknya kita tak jadikkan tradisi atau kemestian.Ada rezeki lebih nak share dengan kawan2 insyaAllah ummi & abi buatkan..tak mestinya kerana birthday semata2.

Ni persiapan kakak bersama goodie bags dia untuk event tu nanti. Tarikhnya perlu diawalkan sebab 29 Jun ni dah start cuti sekolah kakak..Kita buat ala kadar je ye sayang, niatkan untuk jamu kawan2 sbg kenangan farewel kakak sebelum berpindah kesekolah baru 3 minggu lagi.

Ummi tau kakak happy ;)















1 comment:

  1. hb miyah

    adiah besday tentunya adik baru
    hehee

    slm syg dr nabihah!

    ReplyDelete

Birdie say?