May 19, 2013

Art Class Kakak.

Ummi & Abi dah nampak kecenderungan kakak sejak kecik pada kerja seni sangat tinggi.SANGAT.
Asal jumpa colouring tools je mmg pantang mesti nak dapatkan. selamat tinggal teddy bear kalau diberi pilihan.
Satu lagi, kakak TIDAK gemar dan jarang sekali tidur siang, sebulan sekali pun payah nak nengok kakak tidur siang hari. So, di masa lapangnya, apa yg kakak buat adalah melukis dan mewarna, melukis mewarna, menggunting dan menampal. Kakak sgt passionate selagi tak siap takkan berhenti. bnyk dah hasil tgn kakak buatkan untuk ummi dan Abi, adik dan kawan2 kakak, lukisan,crown, rantai, gelang,semua dibuat drpd kertas. Ummi belikan kertas A4 satu rim. (cemana ke ejaaannya) cepat lah sangat habis.

Maka,
Abi & Ummi pun cair hati lah untuk menghantar kakak ke kelas seni 10 minit berjalan kaki dari rumah. Setiap hujung minggu kalau kita tak ke mana, kakak, Aisyah & Fatihah akan sesama ke kelas ditemani Abi/ummi selama 2jam++ satu sessi dan akan berterusan sampai ke hujung tahun ni. Hakikatnya yang lebih kerap hantarkan kakak adalah ummi Yan, sebab waktu kelas kakak kerap clash dengan kelas Gymboree Ziyad.Mesti berterima kasih pada ummi Yan ye kakak.

Setakat ni setelah hampir 3 bulan, feedback teacher dan Ummi Yan masih baik lagi, ye lah-kakak sangat teruja setiap kali nak ke kelas tak payah nak pujuk soh mandi pagi..sepanjang 2 jam tu kakak akan duduk kat kerusi tak bergerak keluar even tak ke tandas untuk siapkan kerja2 seni kakak. Proud of you kakak.

Dulu kat Malaysia ada hantar juga kakak ke Art Class camni kat Publika Jalan Duta, then ummi stop hantar sebab rate dia agak mahal 2-3 kali ganda dari kat sini.
Harap kakak happy, bakat kakak akan terpimpin dan hobi kakak akan lebih berkualiti ye kak.


























3 comments:

  1. Wah bestnya ..boleh geng dgn Zahin n Iris suka xtvt2 gini..tp ank2 aunty ni tak gi Art class..hehe..

    ReplyDelete
  2. subhanallah, cantik warnaan kakak.... mak ana nak tempah bookmark 1 bleh? ikut ummi dia la tu kreatifffff... slalu buat kad cinta untuk abi dulu2.. kah kah kah...

    kelas gymboree tu apa? pengakap muda? heheheh

    ReplyDelete
  3. Izu, anak pempuan mmg camtu la kan..takpe, setakat kaler2 tu buat kat umah je pun boleh hehe..

    kui, mak dia tak suka melukis mewarna.buat surat cinta mmg sukaaa ngeee..

    ReplyDelete

Birdie say?