March 6, 2013

Catatan 7 Bulan.


Diam tak diam telah hampir 7 bulan ummi dan anak2 berada di tanah Siam ini.
Abi pula melangkaui 8 bulan lebih..

Tak ingat pula jika ummi pernah terdengar apa-apa keluhan Abi sejak tinggal di sini..Mungkin jika ada pun Abi lebih suka diamkan dalam hati..Ummi juga perlu belajar untuk tak sering mengeluh  sepertimana Abi.

Ummi pula suka sangat menyebut nama-nama makanan yang ummi teringinkan sampai kadang terbawa ke dalam mimpi..Cuma sekarang ni perasaan itu lebih terkawal kerana mana yang mampu dan larat akan ummi buat sendiri..selebihnya ummi telankan perasaan jauh2 dan bersangka baik bahwa ramai lagi dalam hidupnya tidak dapat menikmati makanan enak sepertimana yang ummi inginkan...
Ummi hanya inginkan nikmat kesihatan melebihi nikmat menikmati makanan enak semata-mata, kerana tanpa kesihatan, apa jua yang kita telan pasti tidak akan berasa nikmatnya..


Kadang ummi pun tak percaya ummi dah berjaya membuat kuih sekian sekian atau makanan sekian sekian yang dulunya ummi rasakan tentunya payah dan baik beli saja dari membuang masa...roti naik, donut, karipap, kek marble,kek pisang..bukankah senang jika terus dibeli sahaja..Ummi selalu percaya ummi tiada bakat memasak dan tangan keras manakan boleh menguli sebuku roti.

Rupanya, hasil tangan buatan sendiri itu lebih bermakna, biarpun tidak sesedap mana, tambahan lagi kalau dapat berkongsi bersama jiran tetangga...kepuasannya lebih terasa.

Banyak lagi yang perlu ummi pelajari dan ambil kesempatan mencuba sementara masih ada masa bersisa di sini dengan oven yang baik dan mengujakan ini..Semoga Allah beri kesihatan yang baik dan kerajinan yang tinggi buat ummi.


Ketika tanahair dilanda pelbagai ujian dunia..kini dengan tragedi Lahad Datunya..
Ummi di sini tetap merasakan bahangnya. Siaran TV3 dapat disaksikan dengan jelasnya di sini, maka setiap pagi, MHI, berita terkini dan segala siarannya dapat diikuti selain siaran antarabangsa yang lain.

Ketika ummi dan kebanyakkan rakyat Malaysia berduka dengan pemergian parajurit dan wira negara yang berkorban nyawa, ummi terus terkenangkan tragedi di Gaza dan Palestine, bukan  6 , 8,  parajurit terkorban, namun segala peluru dan bedilan menghujani atap2 rumah mereka hingga menembusi badan, kepala dan jiwa anak-anak, isteri dan suami mereka..Jumlah korban mencecah ribuan angkanya...atas nama dan sebab yang sama, iaitu PENCEROBOHAN.

Allah jua yang Maha Mengetahui dan sentiasa bersama-sama orang yang benar.
Bagi yang tidak benar-benar mengetahui hujung pangkal seperti ummi, berdiam adalah sebaik-baik perkara yang boleh dilakukan, selain berusaha berbuat sesuatu yang mungkin mampu membantu, dari mengeluarkan kenyataan yang tidak membawa sebarang manfaat dan kebaikan. Tentu ada hikmah dan iktibar yang boleh direnungkan lebih dalam dalam setiap kejadian.

Ujian Allah itu tidak akan berhenti, samada dalam nikmat ketawa atau berduka, bagi yang benar-benar mengerti.

Ummi masih cuba dan terkial-kial untuk tidak terlalu fokus kepada duniawi.
Sukar sekali mendidik jiwa dan nafsu. Biarpun ketika berada di dalam  keramaian mahupun berseorangan.
Ummi perlu selalu mengingatkan diri, pengakhiran di dunia adalah Mati dan persiapan mengenainya tiada lagi.

Dalam 7 bulan ini, mungkin ada yang ummi dapat pelajari..












No comments:

Post a Comment

Birdie say?