October 23, 2012

Assalamualaikum..

Ziyad,
Hari ni ziyad genap satu tahun 10 bulan @ 22 bulan.

Kakak,
Isnin depan, kakak genap 5 tahun 4 bulan.

Alhamdulillah 'ala kulli hal..

Sepanjang tempoh tumbesaran kalian, tak semuanya dapat ummi ingat mahupun rakamkan.
Ummi tak mampu mengingat kali pertama dan terakhir gigi kalian yang tumbuh,ummi tak rekodkan berapa ukur lilit kepala dan panjang kalian setiap bulan, ummi  tak mampu mengingat berapa haribulan kalian mula berlari dan berjalan...
Banyak lagi perkara yang ummi tak sempat nak rekodkan dalam diari kehidupan kita..

Tak mengapa kan?
Ummi biarkan semuanya berlalu mengikut fitrahnya..
Dalam sesetengah perkara, ummi jadi begitu detail dan particular,
dalam sesetengah perkara lain, ummi jadi terlalu lenient dan bersahaja...
Tu lah dia..ummi masih belajar dan akan terus belajar menjadi seorang ibu...
Ummi berdoa semoga ummi dapat membesarkan kalian dengan baik, walaupun tidak sempurna namun doa ummi kalian dapat menjadi ahli syurga insyaAllah..









Princess Amierah!

Kakak buatkan crown untuk prince Ziyad!

Dah nak sama besau dah tu..


Selamat membesar sayang!


3 comments:

  1. alhamdulillah..cepat kan masa berlalu kak..cutenyer princess Amierah dgn prince Ziyad ni..adik lagi tembam dr kakak nih..hehhe..Membesar jd penyejuk mata Ummi yer sayang:)

    ReplyDelete
  2. Hehe rupanya ziyad dh setahun 10 bln eh Nad. Sori tak igt..pelupa dah huhu..nway both of ur princess and prince are so cute la mcm umi n abi dia la. tak pe Nad, izu pon 2 x 5 jgk. Cuma nad kn career woman tu yg tak sempat nk record their progress in detail but i'm sure you've done your best. :)

    ReplyDelete
  3. happy birthday ziyad & kakak....rindunya kat korang yg comel ni hehe

    ReplyDelete

Birdie say?