July 3, 2012


Ramai yang tak tau apa status ummi sebenarnya.Bukankah sekarang we all dah  hihi byebye  dan sedang lena mengulit mimpi dan mengira rambut hahaha dasyat tau ingat akak tadek keje ke dok sana hihihi..

Bagi yang belum tau tu, in fact ummi kini telah kembali berada di tanahair kita (hehe macam artis glamer jer gayanya..(yeay sapa yg nak jumpa nak peluk cium dan belanja makan  tu sempat lagi sila lah ye).

Atas sesuatu faktor yang agak pening untuk dijelaskan, ummi terpaksa kembali ke Malaysia bersama anak2 buat sementara, meninggalkan Abi di sana dan ummi di sini bersama anak2. 
Ummi perlu menyelesaikan beberapa perkara URUSAN SERI PADUKA BAGINDA..
 
Gambaran seorang ibu membawa anak comel 2 orang menaiki flight BKK-KUL selama lebih kurang 2jam ++ dengan 2 buah beg galas dan 1 bagasi,  fuhh Alhamdulillah, dapat ditempuhi dengan senyuman..lenguh jugaklah tangan dan berpeluh jugakla baju walaupun dalam kedinginan aircond dalam flight & airport...

Berkat doa Abi, kami selamat pulang dan dijemput oleh Atok dan Ateh dari kampung yg tak sampai hati tengok ummi yang comel ni ditenggelami budak demok yang aktif. Thanks Ayah, i love You!

Kini ummi masih bekerja dan menjadi 'ibu tinggal 'bersama anak2 dan mengisi hari2 dengan aktiviti biasa.

InsyaAllah, we are counting days  now untuk kembali bersama semula.Setiap malam sebelum tido ummi mengira hari dengan kakak yang asek tanya, "berapa malam lagi kakak kena tido Mi,lepas tu baru boleh jumpa Abi??" Semoga Allah permudahkan urusan kami sekeluarga.


Apapun, ummi nak note kat sini bahawa ummi sangat menghargai pengorbanan setiap ayah/ibu/ tinggal/tunggal yang terpaksa berpisah keluarga atas apa jua sebab.

Kita sangat sangat beruntung Allah izinkan dapat bersama dekat dengan keluarga, alangkah ruginya kita tak menghargai dan  menggunakan masa yang ada dengan sebaik2nya.

Perasaannya? Silalah bayangkan anda membuat kerja2 dengan sebelah tangan sahaja kerana sebelah tangan lagi tidak bersama kita.
Kuasa Allah tiada siapa mampu menjangka,namun apa yang berada di hadapan harus ditempuh dengan cara yang baik, insyaAllah.Niat kan bertemu dan berpisah kerana Allah jua.

Maka, hargailah pasangan kita sebaik2nya selagimana Allah meminjamkan dia kepada kita...
Dalam apajua keadaan pun,sentiasa berazam untuk memperbaiki diri menjadi yang terbaik buat suami dan anak2.insyaAllah.

Semoga kita semua sentiasa dalam jagaanNya setiap masa.


Since ummi rasa ada banyak masa sekarang,kejaplagi nak menceceh lagi.


 


1 comment:

  1. so skrg kt kl la ye...Nad, kamu dh boleh jd motivator skrg...:)

    ReplyDelete

Birdie say?