July 9, 2012

Mungkin ada beza perasaannya, bila pergi sesuatu tempat tuk bercuti, atau untuk mengisi satu jangka masa tertentu dengan kehidupan di situ.

28 Jun 2012

Hati dah mula rasa  teruja dan berdebor.
Ketika berada di awan putih, barulah mula percaya bahawa kita bukan bermimpi. Yes Nad, its true.

Dari awan melihat ke bumi Siam terasa begitu hijau. Sangat tersusun dan terancang bentuk mukabumi dan susun aturnya kelihatan kemas. Dalam pada tu mata masih tercari2 mana dia kesan2 kebanjiran yang pernah melanda siam.Seakan tak kelihatan.

Lebih kurang 2jam sampailah kita  di  Suvarnabhumi Airport.
Tak dapat tidak terus membandingkannya dengan KLIA.
Sapa yang boleh menidakkan keindahan KLIA kita. Mulalah rasa rindu pada Malaysia. [Ngada2].

Urusan pasport,bagasi dan teksi limo Abi uruskan. Ummi masih blur dok  melilau memandang kiri kanan cuba mencari mood yang berterbangan.


Perjalanan ke Sathon mengambil masa lebih kurang 45-50 minit sebab jem diwaktu petang hari bekerja.Kalau tak jem, dalam 25-30 minit saja.Sama macam jarak dari Sg.Buloh nak ke KLIA  bezanya kita lalu smooth highway.

Pemandu limo agak brutal tapi cekap. 2 kali bayaran tol. Kesesakan di Bangkok agak hebat. Kakak duduk belakang diam2 dan mengamati perasaan naik van limo panjang.


Sesampainya kita ke lobi  lebih kurang  waktu maghrib. Selesai urusan kunci dan beg2,
tiba masanya yang ummi tunggu.

Bismillah...Alhamdulillah...

Memandangkan inilah yang dekat dengan sekolah dan rumah urut  beberapa kemudahan awam, Abi memilih  Chatrium Residence Sathon. Alhamdulillah.. tidak besar mana, namun cukup buat kita seisi keluarga.Wajib bersyukur dengan nikmatNya yang tak terhingga.

Malamnya, kita ke destinasi pertama untuk makan malam di Restoran Cili Padi..

Selama baru lebih kurang 4 hari ,apa yang buat ummi terasa sgt di jiwa..

1.  Terasa berada di Chinatown. Gadis2 nya macam dalam sinetron Thai :)
2. Sukarnya nak jumpa kedai makan halal kat mana2..apatah lagi nak jumpa makanan2 kegemaran kita huwaa....sgt terkesan sbb i suka makan!
3. Tak best tengok channel Siam...subtitle pun siam alahai....tak berselera.:P

Time nilah bila membeli belah hatta nak beli roti kosong dan tepung pun tercari2 tanda halal..
Amierah pun dah faham, dia dah mula  belajar apa itu halal.Dan sangat excited bila nampak logo halal.


:)







No comments:

Post a Comment

Birdie say?