June 11, 2012

Hari ni hari baru.
Keluar awal sebab tau jalan akan kembali sesak.
Balik dari kampung semalam, dan sempat menyelesaikan misi kita di OU.Alhamdulillah.
Diana dan keluarga sanggup menunggu sampai ke petang semata2 nak berjumpa di DC.Thanks Diana.Really appreciated it!
Diana ni kawan ummi sejak di Tadika KEMAS lagi.Childhood friend. Rumah pun dekat dekat nun kampung sebelah.Kami jadik macam belangkas sejak dari itu sampailah ke darjah 6 mesti akan duduk sebelah menyebelah dalam setiap kelas. Semua tau kita rapat. Dulu darjah 1 pakai kain skirt warna biru. Kalau rehat, akan duduk atas rumput tepi kolam masing2 bawak bekal kita makan sesama.paling tak leh lupa, sambal yg arwah ayah Diana masak mmg sedap.Setiap kali balik sekolah akan naik basikal sesama beriringan dan setiap hari akan singgah beli air tebu satu plastik 3posen kat Pt.No.4. Selalu lepak rumah dia main sesama naik basikal.main pramugari,main getah, ting2 dsb.
Sampai skrg wp jarang jumpa tapi kita kekal rapat dan saling memahami.Now Diana kerja  di Mahkamah Tinggi Muar.Tak sangka kita masih satu aliran wp jobscope berbeza.
Tahniah Diana utk anak yg ke tiga.Kali ni tak sama baya anak kita.tak sempat kejo hang dah jalan dulu hehehe...Semoga berbahagia Diana dan keluarga.
Kalau  nak tau, aku tak pernah lupa banyak kenangan kita sesama...in fact, kaulah teman aku yg paaaling lama since masa kita kecik2 dulu, dan masih setia hingga sekarang..Thanks babe.


Tak berapa lama lagi, harinya akan tiba.
18hb  buat home search. 25hb Courier datang.
Kalau ditanya persiapan ummi,masih tak ada apa2 lagi persiapan yang ummi buat.
Hanya passport dan visa.
Rumah masih begitu.Kerja masih begini.
Situasi masih samar.Gara2 meeting yang dipostpone. 'sigh'

Deep freezer dan motor Abi telah di let go beri pd penjaga baru..Thanks berbanyak korang..berbaktilah dengan baik dan taatlah  pada tuanmu yang baru.. ummi sayang korang!

Teringat waktu sentimentel, bergenang jugak saat kereta tersayang dilepaskan. Sebak.Kereta yang telah banyak bersama menyaksikan pelbagai peristiwa. Dia telah begitu setia sama2 menyusuri banyak jalan kenangan.
Semoga mendapat penjaga baru yang lebih baik. Ummi harap satu masa nanti kita akan bertemu lagi dalam keadaan baik, sebagaimana baiknya Abi menjaga dia..

Masa depan tak terjangkau. Banyak mana kita merancang- end result DIA tentukan.
Kami akur ketentuanMu.

2 comments:

  1. ummi... patutnyer deep freezer tu.. jual kat ibu nina nie... utk adik nina punya target nak fully bf nie!!! ;-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alolo ibu nina..xterfikir la pulak nak tanye awak....hehehe..takpe2..beli lg canggih tau..chaiyok2 utk bf!!

      Delete

Birdie say?