April 2, 2012


Membaca nukilan Abi pada pagi ni bersama 'flashback memories' yang dibawa semula olehnya, telah menyentuh hati ummi. Seolah2, batu besar yang hampir tersimpan kemas, kini tersekat semula di kerongkong..tak mampu dilepaskan kepada sesiapa..

Setiap kali membaca kisah2 nukilan Abi, ummi terbayangkan semula setiap detik itu kerana sedar tak sedar, diam tak diam, ummi telah turut sama berada dalam setiap babak dan episod yang ada..rupanya ianya telah dibukukan dengan baik menjadi sejarah  dalam kehidupan kami selama ini.

Satu masa nanti, tak perlu ummi ceritakan kesemuanya pada anak2 ummi kerana Abi adalah seorang pencerita terbaik dan apa yang Abi tulis dan katakan adalah sesuatu yang lahir hanya dari hatinya.Sebagaimana Ummi bertuah mempunyai Abi, anak2 adalah sangat bertuah miliki ayah sepertinya.

Siapa pernah menyangka, hampir 15 tahun yang lalu, pada saat pertama ummi dan Abi bertentang mata dan bertegur sapa, kita tak pernah sekali-kali menyangka dan menduga bahawa pada hari ini, kita telah berada sejauh ini.

Allah telah perkenankan doa ummi untuk hidup bersama Abi dan Allah hiasi perjalanan hidup kami dengan ujian2 hidup, supaya kami tak akan lupa dengan segala nikmatNya..

Wallahua'alam,. Alhamdulillah..

1 comment:

  1. jiwang siot....

    apa pun telah tertulis jodoh antara kalian. moga dipanjangkan jodoh hingga ke syurga.

    nad hanya utk ciki & ciki hanya utk nad

    amin.

    -sang pencinta-

    ReplyDelete

Birdie say?