April 25, 2011

Berhajat benar nak buat 5s kat bilik yg dah mcm susuh ni.
Tapi nampaknya tak kesempatan  tak perasan masa makin menghilang.

Esok insyaAllah Mak, Ayah & adik akan balik dari umrah. Selama 2minggu Mak Ayah tak ada, hati berasa rindu sendiri. Selalu kalau nak mengadu,nak bermanja,  nak tanya resepi, dail je telefon mesti suara Mak Ayah dihujung talian.. Kali ni, bila nak cakap sesuatu,tunggu Mak Ayah yang telefon, bila dapat sms pun dah terasa syukur.

Ummi boleh rasakan betapa  kasih dan rindunya Abi pada arwah Tok Mak. 
Ada satu2 ketika ummi akan terbayang dan terkenang..namun apalah lagi yang mampu kita lakukan..hanya menahan perasaan yang terasa begitu berat di dada...
Bolehkah ummi pohon supaya Allah kembalikan Tok Mak supaya dapat mengubat kerinduan kita dan membuatkan Abi lebih gembira...
sebak hati ummi tiap kali  dengar kakak sebut Tok Mak..satu masa kakak akan faham hakikat sebenar..Anak-anak banyak yang belum dimengertikan...Gambar Tok Mak akan sentiasa mengingatkan kakak bahawa kakak punya seorang Tok Mak yang sangat menyayangi dan memanjakannya..
Kita hanya akan lebih menghargai sesuatu apabila ia  telah tiada...
InsyaAllah, sama2 kita berdoa semoga, kita akan dipertemukan semula  pada satu masa di alam yang lebih hakiki dan abadi..dan semoga doa2 kita akan sampai kepada insan2 yang telah pergi..


Kebelakangan ni..adalah waktu2 yg agak sukar bagi kita.
Anak2 belum faham apa yang berada difikiran kedua org tuanya..
Seandainya mereka mengerti,pasti mereka akan memujuk orang tuanya supaya tidak bersedih hati..
Ada sesetengah perkara yang tidak mudah dilafazkan dengan kata2..kita hanya bercakap menerusi hati untuk sampai ke hati..


Siapalah  yang beri kekuatan kepada kita kalau bukan Dia.

April 19, 2011



Sekarang hard times bagi ummi.I'm struggling untuk mencukupkan stok susu Z ke neseri hari2.
Bukan ummi sengaja menyiksa diri, no i'm not...few friends asked me to give u formula milk now..sebab diorg penat tengok ummi gaknya..and kesian kat Z..tapi selagi ummi mampu, mmg ummi akan usaha sehabis daya untuk berikan susu ibu buat Z sekurang2nya exclusive 6 bulan.Mudah2an cukup 2 tahun.  Susu tu ada dan cukup, cuma tak sempat kejo untuk stok esoknya..(alasan tak sempat pam).Semalam Z tau tak, ummi terpaksa bawak Z ke ofis sbb tak sempat nak buat stok susu at least 5oz x 5-6 botol untuk keperluan Z sehari. Minggu lepas 2 hari berturut2 ummi balik rumah dr ofis cos neseri bgtau susu Z tak cukup. well i thought corak and jumlah penyusuan baby 6 bulan tak banyak berubah well kena jugak ikut baby tuu camana. Maybe Z yg agak kerap n kuat minum..alhamdulillah, bak kata nenek..berkat susu ibu. Ummi belum give up ok..and insyaAllah..will never give up!

Z tau tak, sejak awak start menyembur2 kan air liur ni, tak tau lah maybe betul kata org tua2 (which Abi mcm konfiuss..), rambut ummi dah makin banyak yang gugur.Bukan sikit okey..maybe sbb hormon lepas beranak ..but i do hope...ia akan tumbuh la balik..well i dont care..tapi hope its normal la kan.


Z baru cucuk utk 3 months last week yg sebenarnya awak dah nak masuk 4 bulan. Berat awak tak naik banyak dari bulan lepas 6.3kg tak sampai 1 kg pun jadi 7.1kg ke brapa tah skrg.maybe sbb x cukup susu kut.Takpe kan asalkan ada peningkatan..


Kakak dah makan banyak skrg.Pipi dah naik sikit montel.dulu berkejo nak bagi dia makan.skrg kakak yang mintak ummi nak makan nak makan nak ummi suap.Alhamdulillah.
Kakak kat sekolah pun ok, wp banyak cikgu dia dah nak beranak so cikgu dah boyot2 mcm x larat, kesian heheh.Tahun ni final year utk kakak bfore pindah sekolah.Hope dia dapat konvo dengan cemerlang.


Ummi, tak dipindahkan ke mana2.buat masa ni, and at least utk 6 bulan lagi.
Ada port folio baru yang ummi pegang sekarang.Not much to say bout it for now.


Yang pastinya, ummi dah jadik semakin pelupa sekarang adekah itu sementara cuma atau akan menjadi kekal oh tidaak.Mungkin ke kesan sampingan atau mmg ummi yang dah makin tua.




April 12, 2011

Bolehlah. Alhamdulillah.
Setiap sesuatu tu dah direncanakan. Memang selalunya diluar jangkaan.
Dia yang tentukan.

Esok ayah, mak & adik berlepas ke sana.Mudah2an lancar perjalanan dan dimudahkan segala urusan,umrah & ziarah.

Stok ebm dah nazak.Neseri kata stok susu kena tambah.Tak cukup 4 botol x 4-5oz.
Dah faham kenapa dia makin semangat.Setakat ni, tangan dan kaki dia yg  dok aktif bergerak.Badan?masih statik malam ke pagi hehe..
Gerak gempur kena berjalan.tak dapat bayangkan kalau putus bekalan.nauzubillah.

Betul.Kita tak cukup masa untuk diri sendiri skrg ni. 



April 6, 2011

Bukannya ummi tak suka cerita perihal kerja, ofis, dan apa2 yg berkaitan dengan jobscope ummi ni. Yelah, ramai sebenarnya yg wonder, apalah keje yang dibuat oleh ummi kat sini ni.

Ummi ni kalo dah start cerita susah nak berenti, kang terbawak2 plak masuk ke bab politik keje, politik semasa..boss itu boss ini, maka baiklah tok sah cerita terus..Bukannya tak ada perkara yang kita suka,tak suka, berkenan ke tak berkenan dan menjengkelkan.Mana2 kita pi pun kita akan lalui semua perasaan tu punya.

Cumanya, keje kat tempat ummi ni banyak protokol yang kita kena jaga.silap cakap terkurang terlebih semua tu ada akibatnya..tu jelah yg ummi boleh kata

tunggulah nanti satu masa ummi akan cerita bab keje bila ummi bebetul tgh takde keje ke..

xxxxxxxx

Adira baru sampaikan satu berita baru.Wow? mcm nak caya tak caya.Apapun kena tungguuuuuu dulu.
Jom lunch!






                               Amierah d' story teller...





 Kak Nina, Mierah & Imany..













E'eh, Ujam pun ade.main ngan gugurl...






Credit pic: Mizwar & Sulhafat

More & more pic to come...

April 5, 2011

Kewajipan dan tanggungjawab melebihi masa yg kita ada.

Still dalam adjustment period.
Setiap pagi  akan bersilat lepas bangun tido nak siap2kan macam2.brg2 sekolah kakak,penyediaan susu adik & urusan rumah tangga pun tak kurang banyaknya. kelako pun ada bila bayangkan balik  kesibukan diri di subuh hari macam tak cukup tangan dan kaki..malam lepas balik keje rasa exhausted sgt  pukul 10 pun dah x larat nak buat apa. Kagum dengan orang yang ada anak ramai, bergelut  dengan tuntutan kerja dan rumahtangga lagi but still berjaya dalam pengurusan masa dengan baik dan berkesan.
Sikit masa lagi mungkin dah tak huru hara mcm ni bila keadaan makin stabil.harapnya.

Malam tadi hantar Siti ke airport untuk dia kembali ke mesir melunaskan tanggungjawab yang tertangguh.Semoga Allah lindungi mu dik. Terasa nikmat hidup di tanah air sendiri, bila dengar dan baca cerita orang betapa susah payahnya bila hidup kat tmpat org..cakap dgn dia semalam kalau niat dia ke sana baik,insyaAllah dimudahkan dan dimakbulkan.

Happy birthday Faiz Aziz.

Ada ura2 mengatakan ummi akan bertukar ke satu daerah Y atau Z. Buat masa ni ummi pun masih menunggu2 arahan sekiranya betul ada.Tak berani nak komen panjang.

Semua pun tau kerja kat sektor kerajaan dan perkhidmatan awam ni mmg nya 'subject to transfer'.Sebab tu ramai  yang pening bila memikirkan tempat nak 'settled down'. Lebih2 lagi bila naik pangkat, kalau tak ada kekosongan penjawatan dah sah-sah kena keluar. nak nak pulak bila kena  keluar dari zon selamat dan stabil untuk berkhidmat di tempat lain pulak.bukan nya senang kan kalo dah beranak pinak.

Cumanya  ummi  ni bukannya sebab naik pangkat, belum lagi  (insyaAllaahh).Tapi sebab court  kat KL ni banyak tutup, kes banyak disposed (????)  dan pegawai berlebihan (iyolah)....maka terpaksalah di hantar ke tempat2 di mana tenaga kerja sangat2 diperlukan, terutamanaya di Z. What??? (pensan kejap).
 Apapun tunggu jelah..


Sejak start kerja last week, menunggu2 kualiti masa untuk betul2 di namakan rehat bersama keluarga. Teringin pulak dalam satu masa tu bila dok umah tak payah pikir nak  buat keje2 yg x akan berkesudahan- basuh baju sidai baju masak  kemas umah bla bla bla  bla bla yang mana sangatlah mustahil buat masa ni. Ummi betul2 rindukan  masa berkualiti itu walaupun setiap hari duduk di bawah bumbung yang satu. Bumbungnya satu tapi terlalu banyak benda berlaku dan pekerjaan menunggu di bawah bumbung yg satu tu.


Semakin hari semakin sayang.(^_')


April 1, 2011

Ya aku bersedih.
aku sedih hingga mengalirkan air mata jernih.
Aku ingat aku tak kenal dia. baru hari ini membaca tulisannya setelah brapa tahun x jumpa.

Aku tau pemergiannya bulan lepas melalui seorang lecturer lama ketika di law school,Madam Fauziah.
Aku mcm pernah dengar namanya tapi tak tau yang mana orangnya.
Aku pernah cuba mencari gambarnya dalam blog seorang teman namun tak berjumpa.
Mana tau melalui gambar aku sebenarnya mengenali dia.
Setakat itu saja usaha aku.

Rupanya niat aku dikabulkan olehNya.

hari ni tiba2 di maklumkan oleh Y supaya membaca blog isterinya.
YaAllah, aku mmg kenal dia..dia pernah panggil aku 'kak nad...'.
hati aku sangat tersentuh. rupa2nya dia..patutla terasa kuat nk kenal dia..

Kini dia telah tiada... 



Semoga kalian sentiasa dalam lindungan Allah.
Terasa ingin aku memelukmu dan anak2mu embun dan kekwa..

Aku percaya, Tuhan menguji manusia bukan percuma.



Buat arwah Rudi, meninggal dunia pada petang kelmarin  dalam komanya.
Beliau seorang teman yang baik, senyuman manisnya tak mungkin terlupa sesiapa..
kenangan bersama ketika induksi satu ketika dulu akan berada dalam ingatan.
Al fatihah.


Mati itu boleh tiba-tiba.
hingga tak sempat berkata apa-apa.
Down.
lately rasa macam down.
terlalu sibuk dengan urusan dunia.urusan akhirat aku tinggalkan.
terlalu ghairah bercerita ttg dunia.cerita akhirat dah tak berkumandang.

apa semua ni.
apa semua yg jadik tajuk borak hari2.kalau bukan end result bagi semuanya adalah MATI.
aku tak  boleh baca cerita sedih.bila sedih emosi akan bertukar sedih.keje pun tak boleh jalan.
segala2nya pending.aku cuma mampu terdiam.merenung sendiri.

banyak sgt yg mengganggu fikiran kini.
bila pening2 sgt aku stuck.baru aku terfikir.
apa semua  yg aku sibukkan selama ni.
kenapa aku jadik macam ni.
apa sgt yang aku sibuk2kan..
akhirnya aku penat sendiri..

Ya Tuhan, Kau lebih mengetahui..