April 1, 2011

Ya aku bersedih.
aku sedih hingga mengalirkan air mata jernih.
Aku ingat aku tak kenal dia. baru hari ini membaca tulisannya setelah brapa tahun x jumpa.

Aku tau pemergiannya bulan lepas melalui seorang lecturer lama ketika di law school,Madam Fauziah.
Aku mcm pernah dengar namanya tapi tak tau yang mana orangnya.
Aku pernah cuba mencari gambarnya dalam blog seorang teman namun tak berjumpa.
Mana tau melalui gambar aku sebenarnya mengenali dia.
Setakat itu saja usaha aku.

Rupanya niat aku dikabulkan olehNya.

hari ni tiba2 di maklumkan oleh Y supaya membaca blog isterinya.
YaAllah, aku mmg kenal dia..dia pernah panggil aku 'kak nad...'.
hati aku sangat tersentuh. rupa2nya dia..patutla terasa kuat nk kenal dia..

Kini dia telah tiada... 



Semoga kalian sentiasa dalam lindungan Allah.
Terasa ingin aku memelukmu dan anak2mu embun dan kekwa..

Aku percaya, Tuhan menguji manusia bukan percuma.



Buat arwah Rudi, meninggal dunia pada petang kelmarin  dalam komanya.
Beliau seorang teman yang baik, senyuman manisnya tak mungkin terlupa sesiapa..
kenangan bersama ketika induksi satu ketika dulu akan berada dalam ingatan.
Al fatihah.


Mati itu boleh tiba-tiba.
hingga tak sempat berkata apa-apa.

1 comment:

Birdie say?