December 5, 2011

Selamat pagi pinky.

Pagi ni sempat melawat saudara2 di alam maya.
Mata dan hati telah tersentuh dengan penulisan seorang ibu.
Benarlah..sesungguhnya kata2 yang disampaikan ikhlas dari hati, akan menyentuh hati2 kita yang membacanya..

Apabila kita sedar dan tahu bahawa kita sedang/telah diuji oleh Allah, barulah kita akan lebih menghargai akan sesuatu dan mula mengambil tahu hal - hal yang tidak pernah kita hiraukan.
Barulah terbuka mata dan hati kita, betapa setiap manusia akan sentiasa diuji oleh Nya..dan betapa insan lain telah di uji dgn lebih hebat nak dibandingkan dgn kita...
semata2 untuk kita lebih mendekatiNya dan terus bergantung harap padaNya...

Semoga kita akan  tergolong dalam manusia yang mengambil iktibar dari tiap sesuatu dan memperbaiki diri ke arah yang lebih baik, dari masa ke masa.

Insafi diri yang mudah alpa dan nipis imannya...:(

No comments:

Post a Comment

Birdie say?