September 22, 2011


 
Ziyad, alhamdulillah ada perkembangan baik.

Buat masa ni, Ziyad tak lagi kita hantar ke nurseri yang biasa. Itu antara langkah drastik yang terpaksa dilakukan, mengenangkan keadaan 'tenat' nurseri tersebut..
Sekarang, buat sementara ni sebelum jumpa pengasuh yang baru, Ziyad kita hantar ke pengasuh kakak yang lama di Bandar Sri Damansara, rumah lama kita dulu.

Seawal pagi sebelum subuh,sebelum jam 6pagi , Abi @ Ummi (mungkin lepas ni akan bergilir2 ) ke SD untuk menghantar Ziyad melalui jalan lama yang banyak traffic light tu, dan barulah akan ke ofis melalui route yang berlainan daripada biasa. Masalah lain adalah Ziyad tak mau duduk diam dalam car seat so that awak akan meraung dalam kereta mcm kena dera huhu..mmg mencabar jugak nak membawak baby travel jauh setiap hari.
Walaupun lebih jauh dan berpusing sikit, kerana keselamatan dan kebajikan anak, harus berkorban masa dan tenaga. Harap2, Ziyad dalam jagaan baik, walaupun ummi still risau sbb Cik Mah tu pun skrg mengasuh anak orang lain yg agak ramai. Oleh sebab dia sanggup dan kita dah kenal lama, Ummi taruh kepercayaan  mudah2an semuanya dalam kawalan.Tak taulah sampai bila situasi ni akan berterusan.

Minggu ni, regime ubat2an dan antibiotik serta nebulizer kena diteruskan. Macam kata Dr. Nora, dah berapa lama 'benda' tu bersarang dalam paru2 Ziyad, maka dia tak akan hilang dalam sekelip mata.
InsyaAllah la...

Banyak benda pending. Mencari2 tune utk kembalikan semangat yg 'hampir' hilang.

Apapun, Ummi sayang sgt awak berdua.Kalau boleh mmg Ummi nak jaga anak2,  buat masa ni, Ummi belum mampu.

Alhamdulillah.Abi, I am so lucky to have you.

No comments:

Post a Comment

Birdie say?