March 19, 2011



1.Setelah lebih sepuloh (10) tahun menjadi pengguna c****m, dengan sejarah sekali je pertukaran nombor telefon, dan selama itu kita telah mencuba untuk setia dan terus setia....akhirnya, kesetiaan itu pudar akhirnya.Secara rasminya pd  16.03.2011 kita telah mengekalkan nombor yang sama tapi penjenamaan itu kini berbeza.

2.Alhamdulillah, syukur padamu  Ya Allah.Aku tau sekelip mata kau boleh merubahnya,tapi, hari ini aku bersyukur dan ingin terus selalu bersyukur.

3.Perjalanan ke T seperti dijadualkan wp ada yg tak terbayangkan.Teruskan berbaik sangka.Semoga kita berada di jalan yang betul. 

'Keyakinan diri' itu berlaku apabila kita tidak memikirkan apa pandangan orang lain, tetapi kita hanya memikirkan apa pandangan Dia.

4.Berbaliklah pada asal usul di mana timbulnya setiap 'sesuatu' itu sebelum terus masuk ke cabang lain yang lebih merbahaya.


5.Nilai sebuah 'keluarga' itu terlalu mahal harganya utk dibiarkan musnah sia2..Bertahun hidup bersama, sama2 membina kenangan, berpegang pada adat & kebiasaan,menyulam sejarah dan mengukuh maruah.Keluarga tempat di mana kita bermula.

5.Amierah telah rela dan sucihatinya tidur di biliknya sendiri tanpa dipaksa sesiapa.Anakku makin dewasa.Sayu.

6.Ziyad telah 2 hari belajar berdikari.Hiba.Sayu.Risau.Cuba percaya.Baik sangka.

7.Teman baik kita yang setia akan pulang ke rumah semula insyaAllah isnin ni.We miss u Dugong.

8.Eha mensudikan diri menziarah dan bermalam dirumah kita malam ini.Thanks buddy. 

9.Terimalah hakikat kita bukan lagi macam dulu2.Tak ada cara yang senang nak menguruskan badan. Baju dan seluar 80% tak muat. Disaster.

10.Dah dapat tune dan makin serasi dengan konsep 'supply & demand'.Janganlah hendaknya orang lain menyesali spt apa yg aku pernah sesalkan.
SUSU IBU = Kebahagiaan dan ketenangan seorang ibu. SEMUA IBU MAMPU.

11.Bukan senang pikul tanggungjawab seorang abang kepada adik2, suami dan ketua kepada sebuah keluarga.belum masuk tjawab sosial.tak sesenang menulis dan meluahkan seperti ini.

We'll stand by you!

12.Court D7 tutup.kemana aku akan ditempatkan? Cuak.

13.Tahniah La, hari ni hang menikah.menariknya, semalam baru pertama kali dia berjumpa bakal suaminya. kagum.

14.Mak Su buat kenduri arwah & kesyukuran malam ni.Tak dapat balik kg.Wish we're there.

15.Tahniah Faiza & Azim dengan newbornnya. 

16.Cepat sangat masa berlalu.Cepat sgt.
hari ni Jumaat. pejam mata bukak mata tetiba dah jumaat balik.Kiamat makin dekat?

17.Kita mungkin tak pernah ingat bila kita buat salah kat orang.tapi orang tu mungkin tak pernah lupa kita pernah buat salah kat dia.

Mintak maaf kat semua.

No comments:

Post a Comment

Birdie say?