October 25, 2010


Tekak dah perit2 ni.Hidung  Ummi pun dah bagi signal2 nak soksek soksek.Anak Ummi  dan Abi Mierah pun sama, hidung dah start berair jer.
Mungkin cuaca.mungkin antibodi badan Ummi dah tak kuat lagi..walaupun masa kecik disusukan sepenuhnya dgn susu ibu heheh alhamdulillah...apa nak buat diri sendiri tak mau jaga badan..tak jaga makan & kesihatan.

Kelmarin kenduri arwah Tok Mak 100 hari.
harijadi Tok Su jugak pada hari sama.Kejap masa berlalu.Kadang hiba bila kenangkan kenangan lalu dgn arwah mak.Semuanya tinggal kenangan.Selalu terdetik macamana agaknya Ayah melalui hari2 siang dan malamnya tanpa arwah mak.bagaimana dapat diselami hatinya yang tidak dapat di baca dari air muka.Abang, sebagai anaknya yang paling taat tentulah lebih terasa...

Sekejap tadi C.A telefon.C.A kawan baik mak.yang banyak kongsi kisah hidup sama2 dengan mak masa hayatnya.Sejak mak tak ada, dia selalu tanya khabar kita sekeluarga.Tak lupa hantar nasik lemak yang sedap tu kelmarin.Tadi C.A saja tanya macamana keadaan sekarang dan borak2 perihal keluarga.harap hubungan ni tak putus wp mak dah tak ada..

Sempat tadi ummi renew lesen yang dah mati rupanya 17/8/2010. Sori pak Polisi, anda terlepas sorang pesalah jalan raya yang tak sengaja tak perasan lesennya yg dah mati.Bukan itu je, roadtax dan insurans pun dah mati baru ni..maaf lah yek.takpe pak Polisi, semuanya dah setel hari ni.

Semalam pun dengan kekuatan yg ade gagahi ke kota tinggi untuk wedding cousin Abi. Then terus btolak balik ke SB sampai jam 9 malam.Ikutkan dalam keadaan sekarang tak berapa selesa nak jalan jauh.sakit kaki lah -lenguh belakanglah..tapi takpelah, jauh mana pun sanggup  kita tuju jika tiada aral melintang, untuk memenuhi sesuatu undangan..insyaAllah selagi mampu dan larat akan sampai.

Keadaan kandungan kali ni alhamdulillah.Ada sedikit keletihan berbanding Mierah.Yelah dulu masa Mierah kan time ujung2 ni Ummi dah tak keje.Kali ni pun sama macam dulu, ada anemia dan glukos yang takla berapa tinggi sgt tapi dek kerana Atok Mierah ada sejarah diebetic dan klinik kesihatan tu yang sungguh menatang Ummi  bagai minyak yang penuh terpaksa la Ummi berulang alik hampir setiap minggu untuk BSP.Letihnya hadoii tuhan je tau..Sib baik tak kena minum air gula lagi. 2 kali tu cukuplah, umpama  mimpi ngeri rasanya.(yerkh)
Takpelah, wp semua ni dah dilalui masa Mierah dulu, Ummi redha lah-dan harap proses seterusnya akan lebih mudah.
Ramai dah tanya jantina adik mierah ni. Ramailah yang jadik bidan dan tukang telek tengok perut Ummi ni dan mengagak ni maybe beby boy or gugurl..Daripada scan pun tak banyak membantu, maybe kali ni dia nak main seprais dgn Ummi Abi dia tapi  naluri seorang ibu pun tak lepas dari berteka teki. Apapun harap2nya semua selamat sehat dan dimudahkan.Ituu je, Amiin.


3 comments:

  1. nud, kalau dapat baby boy bagi kat aku eh.. aku nak sangat anak boy ni.. heheh.. takde la, memain je..

    semoga kau dan kandungan sentisa sihat..
    kirim salam kat chiky k..

    ReplyDelete
  2. thanks din. jgn segan2, tambah le lagi sorang, dan sorang lagi dan lagi sampai dapat boboy hehehe...nnti kalo wife outstation slalu aku bg hang anugerah bapak mithali haha..

    ReplyDelete
  3. ntah din, ade ke patut minta anak orang.. anak ko bagi 1 kat aku la camtu..hehehehehehehe

    ReplyDelete

Birdie say?