July 26, 2010

Tak banyak yang ummi kongsikan tentang Mirah dalam ruangan yang terhad ini. Bukanlah bermakna Mirah bukan keutamaan ummi, sedangkan kalau Mirah tau, dalam hati ummi Mirahlah segalanya.

Setelah hampir 4 tahun kita bersama, termasuk 9 bulan dalam kandungan-
ummi rasakan belum lagi menjadi ibu yang terbaik buat Mirah.
Banyak tanggungjawab sebagai ibu yang tak terlaksana sepenuhnya, alhamdulillah Mirah tetap menjadi seorang anak yang sangat baik dan baik.Adorable Amierah.

Bila kita berdua bersama, sambil melayan Mirah berkata-kata, Ummi selalu renung dan tenung Mirah dalam-dalam mengamati anugerah Allah yang tak terhingga buat kita berdua.Syukur Alhamdulillah.Dah beso daah anak ummi. Kan best bila Mirah sentiasa comel dan petah macam ni..

Meskipun, kemanjaan Mirah dan sifat penakut melampau yang tak tau diwarisi oleh siapa tu masih menebal, ummi bersyukur sekurang-kurangnya Ummi tau Mierah sangat memerlukan Ummi dan Abi tak kira bila dan di mana.

Cumanya, misi yang lebih besar bagi ummi adalah supaya dapat lebih menjaga makan minum Mirah mengikut khasiat dan gizi yang sepatutnya.Meluangkan masa 'mendidik' lebih banyak,dan memastikan gigi Mirah tak dimakan tikus lagi bila meningkat usia nanti..:)

Ketika mula-mula mendapat tau Mirah bakal mempunyai teman, hati ummi sayu sendiri.
dalam kegembiraan itu, ummi sebenarnya tak tau samada ummi mampu membahagikan kasih sayang yang selama ini untuk Mirah seorang.Ummi tak boleh membenarkan perasaan itu bertandang.Ummi tau Mirah pasti gembira dan kita akan sama-sama belajar berkongsi katil ya sayang!

Nanti ada adik baby, adik baby nak tido mana?
Tak muat lah katil ummi..

Siapa anak ummi?
Saya!!!

Siapa nama awak?
Amiah.

Miah sayang Ummi ke sayang Abi?
sayang Ummi sayang Abi.Sayang dua-dua.

Dalam usia 3 tahun sebulan, hampir semua percakapan ummi dan abi Mirah dah faham. banyak soalan2 Mirah tanyakan sampai ummi tak larat nak layan.
Selalu ummi tekankan dalam diri, tanggungjawab terbesar yang sangat mencabar bg kita adalah dalam 'membesarkan' seorang anak..
mengandungkan, melahirkan itu bukan
juga senang, tapi tak semudah membesarkan dia dari sebesar lengan hingga kini dah boleh berlari dan mengejar ummi.Melalui detik2 untuk sampai ke hari ini jika dikenang bukanlah satu masa yang mudah.

Ummi selalu berdoa, andai Allah ingin menduga dan menguji ummi, janganlah berlaku apa-apa terhadap Amierah seorang ini. Ummi sanggup menjadi gantinya.

Ummi kagumi pengorbanan insan-insan bergelar ibu, apatah lagi yang mampu membesarkan anak-anak dengan baik dan cemerlang dunia akhirat dalam suasana serba kekurangan dan penuh dugaan.ya bukan senang.Ummi yang kurang bersyukur kerana tak menghargai segala kenikmatan yang Allah kurniakan.Semoga ummi masih belum terlewat. Buat anakanda Mirah, ketahuilah bahawa kasih sayang ini tidak bertepi.Biarpun waktu dan usia membawa kita pergi semakin jauh, kenangan kita bersama ketika Mirah berusia sehari sehingga Mirah sudah begini besar-tak mungkin akan terpadam. Ummi sayang Mirah.

No comments:

Post a Comment

Birdie say?