July 20, 2010

Menerima dua berita kepulangan 2 orang  hamba Allah ke pangkuanNya hari ini dengan tenang.

Perkhabaran dari A, seorang jiran merangkap sedaranya telah kembali ke rahmatullah hari ini kerana kanser payudara.Betapa keciknya dunia, rupanya aku adalah antara pengikut cum silent reader kepada blognya selama ini yang banyak memberi pengalaman dan kekuatan kepada pembaca-pembacanya.(www.onebreastbouncing.blogspot.com)

Perkhabaran dari Z, ayahanda kepada rakan sekelas kami, A telah juga meninggal dunia petang tadi kerana sakit.

Innalillahiwainnailaihi rajiuun. Telah sampai janjiNya.

Pemergian seseorang di ambang Ramadhan terasa memilukan dan lebih memberi kesan.Malahan saban tahun  pada waktu2 begini  juga hampir setiap hari ada perkhabaran seseorang dijemput pulang..

Alangkah bertuah bagi mereka-mereka yang telah bersedia bertemu Allah. Apalah nasib diri ini nanti apabila sampai saat itu adakah dalam keadaan bersedia atau bagaimana.

Hanya berdoa dan berharap supaya hari demi hari mampu menjadi hambaNya yang lebih baik.Berdoa supaya Abi tak jemu membimbing diri ini supaya sama-sama membaiki diri yang serba serbi kekurangan di sana sini.

Kelibat mak terbayang di mana-mana lebih2 lagi saat-saat akhir sebelum beliau 'pergi' meninggalkan kami.Bayang mak berjalan perlahan menaiki tangga rumah ini-berbaring di depan  dan menikmati sup kegemaran mak  ketika makan malam. Suara mak memanggil Mirah..Sakit bila ditinggalkan dengan banyak kenangan.Semoga kepedihan-kepedihan beransur hilang..

A.M menyampaikan kepada Abi satu perkhabaran yang membuatkan diri terdiam.Perbualan dengan A.M minggu  lepas mungkin menjadi nyata.
Redhalah wahai hati apapun ketentuannya walaupun hati ni belum sepenuh jiwa menerimanya.
Benarlah,memaafkan dan meminta maaf bukanlah semudah lakaran kata-kata. Berilah kami petunjuk dan kekuatan dalam melalui setiap detik kehidupan ini.

No comments:

Post a Comment

Birdie say?