March 5, 2010

5 Mac 2010. Cepatnya dah masuk bulan Mac. Baru je haritu masuk tawun baru. ini plak dah 1/4 tahun. Kemajuan diri? belum nampak lagi..(harus kesal ni)

Dengan cuaca panas terik skrg- keadaan fizikal dan mental pun mmg terjejas. Berapa kali dah tanya org, ada tak rasa lain macam- cepat letih & ngantuk, bila bangun tido rasa berat mcm tanak bangun, tekak perit2, badan rasa tak fit.. ada la respon yg sama dari beberapa org yang mengesahkan ini mungkin disebabkan cuaca skrg.Alhamdulillah la sayur2 tetap berbuah dengan jayanya tapi belum kesempatan nak masak sayur2 hasil tanaman sendiri.terung buah sulong harap2 menjadik.

Dalam banyak2 siaran berdasarkan realiti tv, the Biggest Looser/ Biggest Looser Asia
satu2nya yang boleh buat aku terharu dan terpaku. yang aku rasa masuk akal dari segi tujuan penganjuran dan taklah menambah pembaziran, takyah membazir org2 yang suka mengeluarkan duit utk mengundi, takyah membazir penganjur nak sediakan makan sedap2, baju cantik2, stage yang besar2, iklan yang pelik2, cumanya... tang bukak baju sebelum naik timbangan depan orang ramai tuu mmg tak sepatutnya la kan..itu mungkin membuatkan wanita islam kena pikir sebelum nak join benda ni.
Anyway,manfaat yang 'real' dari rancangan ni adalah, sesungguhnya terbukti mmg takde yang mustahil dalam dunia ni, antaranya, dalam masa 2 bulan lebih David dah buang 51 kg OMG!!! hasil usahanya sendiri tanpa memerlukan undian sesapapun ok!!!dan yang lain2, yang membuat jiwa tersentuh dan tersentuh adalah bagaimana mereka survive, semangat pasukan dan macamana rancangan ni boleh mengubah diri mereka dan org lain.golongan2 begini mmg kuat semangat dan berhati kental!
ok- Carlo, i vote for u tak kiralah kau dari negara mana-proud of u bro!



Tak sabar nak tunggu weekend. itulah antara keterujaan aku yang masih ada dalam meneruskan kehidupan dalam dunia yg serba materialistik ni.Apa yang bestnya weekend?

1. Takyah rushing nak gi keje pagi2 bersiap itu ini..jumpa jem lagik..argghhh..pagi2 dah kena kejutan elektrik.

2. Boleh bersantai2 kat rumah, sarapan anak beranak, berebut suratkhabar dgn Abi, layan pokok2 kesayangan, OMG there's no place like home!!!


3. Pegi pasar kat K.S or P.J, pi jalan2 supermaket carik stok2 dapur dan rumah..balik umah susun2 and simpan barang hasil pengeluaran duit fuuhh... best tu..terapi..

4. Lipat kain yang berlonggok tak sempat nak di layan pada hari2 biasa...lipat kain pun my favourite.

5. kawan2 datang rumah, bergossip dan bertanya khabar bagi yang dah lama tak jumpa, buat aktiviti sama2..thanks to M & O yg sudi overnite last weekend!

6. Mengemas mencuci menyental berpeluh & bersenam dalam rumah..yang ini penat sikit kena bagi dua keje dgn Abi kalo tak boleh pengsan nanti!

7. Melupakan sekejap masalah2 pejabat dan politik dunia yang tak payah layan pun sebenarnya :) ngeee...

8.Melayan dan membelai si kenit yang sudah makin bijak kini..i love you honey!!i love when you talk talk talk!so sweet la you..

9. Ada masa untuk diri sendiri....
mmg nya MASA antara nikmat yang paling mahal dan tak dapat di beli.

Kualiti hidup akan dipertingkatkan.
Dikelilingi kasih sayang Abi dan Mierah,keluarga dan kawan2 dah cukup untuk buat diri tersenyum dan berlapang dada....
Cukup kita saling faham memahami pasti sebarang masalah dapat ditangani,setakat ni-alhamdulillah.

Jangan
meminta banyak sekiranya kita tak pernah memberi.





2 comments:

  1. haahlaaa nud.. mgg besh dok umah awak tu... kite ni plk kalo w/end jerrr tak senang dok umah... asik nak g umah org.. umah mak kite, umah mak acit and umah nenek... heheeh...

    agaknyer kene beli umah bwh jgklaa... baru kitorg dok diam kat umah jer.. heheheeh

    ReplyDelete
  2. thanx nadey.
    takpe jalan2 pun best apa..kita pun sbenonya kaki jalan gak..gatal je kaki kalo x pi bjalan ;)..

    ReplyDelete

Birdie say?