January 20, 2010

Aku agak percaya pada 'instinct'.
Tapi ada antaranya tak bleh nak pakai.Kadang2 aku rasa' instinct' kuat.mungkin betul ni .But end up- aku yang buruk sangka dan salah sangka, setelah dipandu oleh 'instinct' tadi tu.
Setakat ni, memang ada yang betul2 membantu aku dalam melalui kehidupan harian..mungkin banyak membantu.

itulah 'instinct', kena pisahkan dengan 'hasutan setan'...sebab tu kena selalu berbaik sangka-nanti org lain pun akan berbaik sangka dgn kita. What you give - you get back, kan?

Lately, aku ada instinct yang bermacam2. semakin hari ia tak berkurang.hari2 ' pop up' dalam kepala dan hati..
aku tak tau apa yang aku boleh kata..tak semua yang ada dalam hati kita boleh di terjemahkan dengan tulisan mahupun kata2..tak semua mampu kita bicarakan secara terang2an..aku percaya setiap org memang ada 'sesuatu' yang disimpan keseorangan..kerana itu mungkin adalah lebih baik. Cumanya jangan sampai ia memudaratkan diri dan perlulah di handle dengan baik.senang kan nak tulis? nak buat tu- perlukan kekuatan sebetulnya.

Kitaran hidup sangat mengujakan. Kita dengan kesibukan kat kolumpo ni dah senak dengan perihal diri sendiri. Sempat ke nak ambik tau masalah orang lain.

Aku telefon mak minggu lepas. Dihujung talian ada getar pada suaranya..ada sesuatu yang mak pendamkan dan akhirnya terluah juga. Sapa sangka mak pun ada sesuatu yang ingin dikongsi dengan anaknya?sakit sakit yang dia rasa.. aku bersyukur Allah kurniakan 'instinct' itu. aku menalifon mak di saat2 dia betul2 perlukan anaknya utk teman bicara dan meluah rasa...aku gembira bila mak gembira..manusia itu tak mungkin akan sentiasa gembira..cuma bezanya bagaimana kita menzahirkan rasa gembira dan kecewa.

Satu lagi yang aku percaya,
kalau satu masa 'tetiba' aku teringat pada sesiapa, pada waktu itu dia yang aku' sedang' teringat itu pun rupanya sedang teringatkan aku.Mungkinkah mcm tu?

Sekadar omongan kosong.

3 comments:

  1. adakah kau mengingati diriku ketika ini..heheheheheh

    ReplyDelete
  2. kahkahkah..ya pojan, patutla daku sentiasa teringatkan dikau..

    ReplyDelete
  3. jiwang karat lak minah2 ni... hish!!

    ReplyDelete

Birdie say?