November 24, 2009

Setiap kali di anugerahkan 'ujian' mahupun mendengar 'ujian' Allah terhadap org-org lain- aku percaya pada 2 perkara pokok.
1. Ada hikmah yg tersembunyi mahupun nyata
2.Setiap manusia itu ada bahagian masing2 yg telah ditetapkanNya, yang kita mungkin tak nampak dari mata kasar kita..

Ianya musibah ataupun ujian? bukanlah kita yg layak untuk mengadilinya.
Maka jgnlah sesekali aku menghakimi setiap apa yg berlaku, malah dalam tenang cuba memandangnya dengan mata hati-insyaAllah.

Abang pernah menceritakan kisah yang berlaku pada zaman bila aku tak ingat..apabila seseorang bertanya, mengapa doa2 dan permintaan si dia tidak dimakbulkan oleh Allah.Sedangkan dia tak putus-putus berdoa,meminta dan mengharap tetapi masih belum berjawab.

jawapannya, Allah sangat suka melihat dia berdoa, merayu dan merintih..semakin lama penantiannya semakin banyak doa dan pengabdian dia kepada Allah.Allah biarkan dia meminta dan terus meminta.

Itu tak bermakna doanya menjadi sia-sia.
Kerana Allah telah menyediakan untuknya setiap apa yang dia pohon itu, lebih berganda2 di syurga.

Aku : maknanya dekat dunia belum tentula kita dapat apa yg kita nak?

Abang: Betul.Kat akhirat lebih banyak, lebih kekal.Balasan bagi doanya mmg ada, cuma bukan kat dunia.Cumanya-Allah suka pada hambanya yg tak putus berdoa dan berharap dan menyerahkan segala2 kepercayaan padaNya.(mcm tu la lebih kurang fahaman aku)

Hati aku jadi lapang sikit.

Lapang sebab aku tau, kalau apa yang aku mintak, belum dapat, aku tau kerana doa aku sebenarnya belum cukup.Doa aku yang tak bersungguh2 dan tak dengan sepenuh hati.
atau pun, kalau aku dapat benda tu, belum tentu ia baik utk aku-takut2 aku jadik 'lupa diri ' riak dan lupa nak bersyukur nanti.

Aku tau, dunia ni bukan pengakhiran kepada segala yang ada.
Aku lupa, kita ada buku kat kanan kiri yg catat segala amalan baik dan jahat.Semuanya akan dikira samada aku betul2 kaya atau defisit kat Akhirat nanti.Aku mmg lupa sama sekali dengan buku aku di kanan dan kiri ni.

Aku rasa, aku betul-betul defisit.nauzubillah.

No comments:

Post a Comment

Birdie say?