October 17, 2009

Bila baca entry Abi yg latest- harap dapat meringankan berat hati yang Abi rasa.

Bukan senang nak buat sesatu keputusan.lebih2 lagi kalau keputusan tu memberi impak pada orang lain-lebih2 lagi insan tersayang.

Sepatutnya pagi ni kita sekuarga tengah sibuk2 mengadakan & menjayakan pernikahan AYan dengan bakal suami dia.Dan sepatutnya hari ni, ada pertambahan ahli baru dalam keluarga kita Mierah.
Persiapan boleh kata 80% dah sedia..lagi 20% tu mungkin cuma jemputan je belum di hebah2kan sangat.
Betullah kita manusia ni cuma boleh merancang-Rancangla apapun.Allah jua yang menentukan segala2nya.

Ummi tau, AYan tak baca blog abi, dan mungkin tak mengerti apa yang Abi cuba sampaikan..tapi kalau sekiranya dia terbaca nanti-Ummi harap dia mengerti dan faham, betapa semua orang menyayangi dia, dan nakkan yang baik2 untuk dia..
Ummi boleh paham perasaan orang yang bercinta, dan boleh bayangkan betapa luluhnya orang yang hampir bernikah tetapi secara tiba2 hampir tak jadi semuanya.kesian tu memanglah ada.

Ummi pun tak berani nak cakap lebih2..this is not the end of the story.

Kalau dah Allah kata memang itu jodoh dia, di halang oleh Maharaja hebat mana pun-kalau dah tersurat itu jodoh dia, tetap akan bersama.Kata lainnya, Kalau dan jodoh takkan ke mana.
Tak perlu terburu2, lebih2 lagi tak ada 'urgency' untuk pernikahan ni...lainlah kalau seseorang itu mmg dah wajib nikah mengikut hukum syarak.
Makanya pada ummi ini cuma proses penangguhan sementara dan babak penutup bagi episod percintaan mereka-tak ada sapa pun yang tau, kecuali Allah.

Banyak sebenarnya yang dipertimbangkan. Asal usul & latarbelakang keluarganya yang tak diketahui, kemasukan ke sini tanpa apa-apa jaminan sampai bila boleh 'legally' berada kat sini, jaminan bahawa dia takkan memperolehi PR untuk satu jangkamasa yang amat panjang atas beberapa sebab tertentu,
jaminan kehidupan terhadap isteri dan anak2..ini bukan isu materialistik AYan.tapi isu yang realistik dan orang2 yang asyik bercinta mungkin tak 'foresee' keadaan2 ni..

Sebagai ahli keluarga, Abi dah buat mana yang terdaya.
So, don't worry Abi-sekurang2nya Abi & sedara mara kita telah berusaha.Kita tau semua orang mengambil berat tentang kita..Selebihnya kita serah kat Dia.

Don't worry AYan, jalan cerita kita atas dunia ni Allah dah tentukan.Berdoalah supaya segala urusan dipermudahkan, termasuk urusan jodoh..Kita semua tak pernah membenci dia, mahupun mencari 1000 alasan untuk memisahkan.Mungkin ini bahagian AYan dan ujian untuk keluarga kita, Allah menguji kasih sayang kita dalam berkeluarga.

** Restu Allah & Restu Ibu bapa mengatasi segala2nya dlm sesatu perhubungan mahupun ikatan perkahwinan..

1 comment:

Birdie say?