March 28, 2012

 Jeng jeng jeng..
setelah pening-pening itu hari, akhirnya dapatlah cenderahati buat Abi sempena hari Tua Abi tahun ni.
Nape bila time besday kena bagi hadiah ek?patutnya kena bagi hadiah kat si emak sebab mengenang ulangtahun susahpayahnya  mak tu melahirkan si anak huhu..ok ok esok anak2 ummi,time besday awak, awak yang kena bagi hadiah kat ummi okey?


Ini bukan untuk melamar Abi atau apa..Sekadar mengimbas kenangan 3 tahun dulu, bagi menggantikan cincin nikah yang telah hilang...walaupun hanya cincin yang tak seberapa itu, Abi sudi pakai sampai sekarang. Nak disedapkan cerita, pagi 21hb tu time Abi tengah mandi, ummi ambik cincin tu senyap2 simpan. Tak sangka lak perbuatan itu telah spoiled mood Abi di pagi hari sebab dok tercari2 cincin dia dan akhirnya pi keje dgn muka yang muram..(sebab cincin azimat hari2 pakai dah hilang).

Tak cukup dengan tu, ummi dalam kesibukan pagi tu sempat amik sandal Abi kat rumah sumbat dalam keta bawak pi ofis.
Sampai ofis, amik la saiz sandal ni siap2 guna tali takut salah saiz kan. Haluuu  bukan senang nak carik barangan untuk lelaki ni, kang silap  saiz  ke kang  tak pun tak  berkenan ke kan..makluumla taste pempuan dgn lelaki ni banyak yg tak sama...sebab tu kena bawak tuan punya badan tapi tak seprais pulak kan..

Thanks to Rika & Tenet  yang jadik peneman merangkap bodyguard.(Jgn lupa ye part kita google siap hukum hakam perak suasa siap heheh dasyat)


Hope Abi suka..


Malamnya, kita pun pi lah makan tempat dekat2 je .

Plain water jek.

Spagetti Ummi share dengan anak2.



Irish Lamb Shank faveret Abi sentiasa.

Ini je makan bertiga pun tak habis..

Dan Ummi sempat pulak berpakat dengan waitress kat secret recipe tu untuk kasik surprise kat Abi masa serve makanan. Tak sangka dia siap la decorate pinggan dgn sugar icing bagai, so sweet hehe tengkiu adik manis..

Sib baik Abi buat2 terkejut..
Cincin ada dalam ni..
hehe muat..tak sia2 cilok cincin amik saiz..

Haa, yang ni pulak mastermind bagi cadangan nak pekena Abi.
Umi balut sandal tu dalam kotak simple jek pastu datang lak si Dira n Fara yang bagi idea tuk pekena Abi kononnya dapat lucky draw from Tupperware la pulak terus berkomplot pulak dgn Director Tupperware, Cipul tu hah..balut hadiah baekk punya nampak mcm real parcel yang di hantar oleh posmen, kan kan kan...

Bagi pendek cerita,bersama sedikit lakonan,  misi telah berjaya dan Abi mmg hampir2 percaya sandal itu adalah cabutan bertuah yang telah dimenanginya  hahaha teringat wajah blur Abi bila dapat hadiah tu kikiki..Apa yang buat kantoi adalah bila Abi tengok sampul parcel tu sama dengan sampul cincin hahah comel!Sorii Abi!

March 27, 2012

                                               Seafood Lantern Soup  Pn.Fatin
Roti Jala from Yana


Meatball bolognese from Nurul

Naget kiriman Maizan

Nasik Ayam Min & Ashidaa

From Che Mat n wife

Bread Puding Fara


uwaaa..tak sempat snap gambo, sekali tengok dah jadik camni!!!
My Seafood Lasagne.


Best ever Pavlovaaaaaaaaa......


Alala anak mummy

Thuraiya n Ameera with mummy!!
Sebahagian yang ado..

 Nak rasa? haha tengok je k?


Ape ajelah amanat si Dira kat Nik nih
Ni Big Boss kitorang nih....

Mak Dara...





Weeeee...

Hah gossip hape tuh???

Fir bapak mithali.seriously!! tengok towel kat bahu dia pun tau

sebahagian yg datang

Nik & wife..

Sluurrpppp..antara makanan..


Yummehhhhh

tu tudung pink hitam cik Sol tu organizer yg datang lambat whatt?
Isyk apesal aku mcm xkenyang..

Tu lah antara yang sempat di tangkap muat dalam sibuk2 hari  tu.Ramai yang tade dalam gambo sebab camera man busy bakar otak2, Foong, Che Mat, Solehah, dan family diorg masing2..Thanks la yang sudi datang ke Re Union Gathering utk Commercial Division,High Court KL ni. Lama tak kumpul2 mcm dolu2, masing2 dah kena transfer jadik  "Ma'am Besar"..Separuh lagi tak dapat datang masing2 terikat dengan komitmen lain. Otai2 mcm Muz, Ikin, Kak Ainy, Chi dll tu...Takpelaa tade hal cos kita akan teruskan buat makan2 pot luck camni lain kali sbb bestnya tuan rumah takyah masak banyak2 hahaha best2..

Ok,Tak lupa orang kuat pogram ni, Soleha,Nurul, Adira dll...Adira and Sol siap la sapu lantai, kemas rumah basuh pinggan bagai mop lantai je tak hahaha aduuhai..kalo macam ni harus la buat selalu kihkihkih..

Apapun, Ummi takkan lupa kenangan sepanjang bersama diorg suma mmg best ever, despite of rumah yang solok dgn tempat keje,have to  travel sesudah subuh hingga ke malam, deal dengan public dan cendawan2 upss cendikiawan2 kebanyakkannya, but, kerja kalau dengan environment yang best, team yg happening and sporting, staff yang baik, bukankah perlu sangat bersyukur?Alhamdulillah...






March 20, 2012

 1.35 tgh


A: Sehingga hari ni, Ummi tak tau nak bagi hadiah apa untuk Abi esok.

X: Apa la yang  dok susah sangat ummi.Abi tu tak kisah kut   pun kalau ummi tak bagi pape. Abi mana pernah mintak pape kan..Kalau ummi bagi pape pun nanti bila ummi dah tadek duit, ummi carik Abi jugek huhuhu

A: Takde la, tak best la kalo tak de pape langsung kan..namanya pun insan tersayang..walaupun dah  15 tahun selebret sama, soalan nak bagi hadiah apa ni tak pernah nya selesai...tiap2 tahun nak kena fikir, kan kan kan  hehehe...

X: Punyala banyak segala benda material dalam dunia ni,bagi jelah pape ummi oii..dah tau awak tu tak berapa nak berada sangat,buat la cara tak berada..yang penting ikhlas dari hati nurani jiwa raga lah..

A: Apa2 tulah masalahnya sbb kalo ikutkan hati ummi nak bagi hadiah IPAD ke IPHONE ke kat Abi..Itu je dalam kepala ummi sekarang nie..waaa  sapa nak bagi duit kat ummii bak siniii hehehe...Aduuh Abi, sebab Abi tak mintak pape lah ummi lagi pening skrg ni.. erkk, bajet ummi adalah sebanyak sekian sekian je ok hahahaha




Cuba anak2 teka ini buah apa?

Teka lagi?

Ini pun sama..

Alhamdulillah, betul anak2..ini lah pokok delima..

Inilah pokok delima yang Abi kita tanam depan rumah kita..

Alhamdulillah, meriah hasilnya..setakat ni belum pernah putus hasilnya..

       Delima sudah merekah siap sedia untuk di makan..

Ye, itulah pokok buah delima putih...
Delima ada tiga jenis, (merah/putih/ungu)
Ummi ingat lagi masa tu Abi balik dari kuliah, Abi kata nak cari pokok delima  nak tanam depan rumah.
Dulu, bukan ke Abi beriya nak cari pokok buluh batang kecik wane kuning/ijau untuk di tanam kat depan. Tetiba  dah ubah fikiran.serius pulak tu.

Satu hari tu, balik dari mana ntah tu, kita singgah la salah satu nurseri kat area Sg.Buloh ni. Kita pun belilah  anak pokok delima yang masa tu halus lagi dalam beg hitam semaian. Balik rumah Abi terus tanam depan rumah. Senang gak nak jaga tak payah bela beriya ke apa. Diam tak diam, rupa2nya sekarang pokok nya dah lebih tinggi dari ummi yang memang tak brapa tinggi ni. Tak di sangka2 ada pulak mengeluarkan buah2 delima yang banyak dan gebu2..Alhamdulillah..(Subur tangan Abi ye).

Kenapa agaknya Abi berminat dengan pokok delima ni?
Ummi tak ingat sangatla macamana cerita Abi time tu, lebih kurang macam;
Kata Ustaz yg selalu bagi kuliah tu, tanamlah dekat rumah pokok2 seperti antaranya pokok delima..sebagai pengawal atau pendinding rumah  dari ilmu hitam, sihir mahupun makhluk halus yang boleh mengganggu isi rumah tu.

Ummi tak sure lah ada hadith atau apa untuk jadikkan sandaran nantilah kalau ada jumpa ummi bagitau.Lupa nak tanya Abi.
Tapi ummi buat sikit bacaan, rupanya pokok delima ni memanglah antara buah2an yang ada disebut di dalam AlQuraan. 3 kali disebut dalam Al-Quran.

According to the Qur'an, pomegranates grow in the gardens of paradise (55:068).[68] The Qur'an also mentions pomegranates three times (6:99[71], 6:141[72], 55:68[68]) as examples of good things God creates.

Sebelum ni, Ummi pandang sebelah mata je dengan buah delima ni sebab tak berapa nak makan sangat.
rupanya khasiatnya teramat banyak samalah seperti buahan2 syurga lain yg disebut dalam Quran seperti Tamar, Zaitun dsb.Kajian saintifik berkenaan buah delima pun cukup mengkagumkan.

sekadar menyinggah beberapa pages.
dan banyak lagi.
Cuba google je khasiat delima, tentang delima dan sebagainya..macam2 ilmu berkenaan dengannya boleh dipelajari.Lebih penting untuk tujuan, kesuburan,kesihatan,kecantikan,anti oxidant, dll.Untung2 nanti bole  jumpa batu delima plak dalam buah delima tu kan huhu..



Afif, Ziyad & Eiman
Eiman Uqail


Muhammad Afif Fahri


Ziyad & Mama


3 budak belang


































                                        

Akhirnya dapat gak kumpulkan 3 beradik ni 2/3 minggu lepas.
Nak kumpul tu tak la payah sgt sebabnya tak jauh tapi tak de kesempatan nak relax2 camni.Ni pun babahnya Eiman tak ada, kalau tak dah plan nak buat photoshoot kat lake garden ke sambil picnic di pagi weekend.Bestnya.(dah terbayang bentang tikar sambil makan nasik lemak atas rumput.)Sib dekat umah Afif ada pool, mmg best lah menjunamkan diri dalam tu buat macam rumah sendiri kan..
Beza dak bertiga ni sebulan2 je, Ziyad (Dec) Afif (Jan),Eiman (Feb) tapi badan dah sama beso sama tinggi..
Semoga membesarlah anak2 dengan sehat dan baik..hubungan yang dibina ini akan berkekalan baik ke akhirnya..Amiin..









March 14, 2012

Ok.

Ada beberapa entry tertunda.
Sudah 3 hari ummi cuti.bukan bercuti.bukan cuti kecemasan sebab tak berapa cemas.bukan juga cuti rehat.bukan cuti saja2 tapi buat part time jadik nurse sementara hehehe..best best.

Alkisah Jumaat malam Sabtu tu Abi balik ofis dengan muka ala2 'weng'. 

Malamnya, kita dok panas nak ber aircond Abi plak sejuk semacam mcm menggigil.Ok, guna kipas perlahan je ok.

Pagi Sabtu kita apalagi ke klinik lah untuk dapatkan khidmat nasihat Doktor.

Sah demam.Dapat ubat sekian2.Ok Abi sila makan ubat sebab macam biasa kita ada plan2 yg nak di lakukan sebab Nazif and family dah plan nak dtg umah kita petangnya and kita pun nak gi bawak depa melawat  Ikea, Sogo, wedding luqman bla bla bla..

Malam tu, Abi gagahkan diri wp badan dah macam terawang2, tetamu dah berkumpul Nazif and family, Wan  & Pipah.
Malamnya, Abi golek2 tak bleh tido, Ummi pun sama sebab panas bahang,nak2 pulak anak2 tido ganasss.jam 4 pagi Abi kata ada bintik2 merah naik kat badan.


Oh tidak.....apakah ini denggi? ok, mari kita ke hospital.
Kali ni, Ummi plak yg berkemas beriya macam nak balik kampung gayanya. Dalam kepala ni dok pikir denggi jelah sebab dalam berita bgtau peratusan denggi kini membimbangkan haih extra seriau .So, kena bawak suma persiapan  siap pinggan mangkuk sudu baju suma siapp macam nak dok hospital sebulan.
Nasib baik ada Pipah apalagi kejut dia dan jam 5 kita bgegas ke KPJ DSH.


Abi dah menggigil kesejukan.
Amik tempreature, amik BP,makan panadol 2 bijik nak bagi panas surut.

Pastu baru jumpa Doc> dia gelak kecik and soh Abi bukak baju. dia kata oh this is chicken pox.
Apa?

Oh ok...
Bukan denggi ke Doctor?

Nope.Denggi lain symptomnya.

Oh ok.Angguk. Boleh buat blood test tak doktor.Brapa lama yer kalau buat?

Ok, kalau you nak buat boleh result dalam 1 hour.

Ok, kita buatlah ye Doktor? (nada memujuk sbb tak puas hati huhu)
(Abi dah tak cakap apa2 dah dok menggigil je)

-----Procedure-----

Ok, within 1 hour gitu,result kata negative denggi/ non reactive dengue gitu.
Alhamdulillah.

Kena warded ke Doktor?

Tak perlu.Boleh berehat di rumah.I bagi MC seminggu.kalau prolong datang semula kita akan review.Perlu kuarantin di rumah dan jgn keluar2lah tempat public ya.

Ok.Chicken pox di usia dewasa rupanya ada.
Mari kita pulang.terbayang beg berbondong yg dah siap packing tadi.Yahooo takyah dok hospital!

--------
hari ni dah masuk hari kelima.
Measels/Ruam merah kat badan Abi memang penuh kat badan.
Buat sikit bacaan, rasanya diagnosis melayu yang lebih tepat adalah measels = campak dan bukannya chicken pox = cengkering hehe memandai je.
Cengkering tu yg ada bintik besar2 gelembung dan berair.Gatal gila dan kalo pecah akan merebak.
Campak plak, bintik kecik2 memerah takde berair.Naik sekaligus.
Simptom lain, mata merah berair, demam kuat, sakit sendi, kepala berat dan beberapa tanda lain.meh tengok http://en.wikipedia.org/wiki/Measles 

Ok, buat masa ni makan ubat prescribed by Doctor.Selain bagi minum air kelapa, 100 plus, buahan2 kaya vitamin A dan C.
Daun semambu, tak jumpa lorr..dah tanya kat india depan surau tu dia pun tak tau mana ada kat sini.
InsyaAllah Abi cepat baik k sbb anak2 dah rindu nak peluk cium ABi niii!!

Ok, nak keje shift petang.
Bye.




March 1, 2012




Jom ikut kakak!





Melaram jadik pari2
sapa kata genting tade petik stoberi?

My sepupu.Room rates dpt special price hoyeh!



Dok nyanyi nak unicorn!hah main sampai puas!



Adik suka buli kakak yg cengeng!



Bagi chance la Abi main..


Itu tapawe2 bukan tuk men tapau..itu bubur n lauk tuk ziyad..

Tengok silap mata


Berapa kali main daaa..

Nak amik gambo ni kena bayar hokey!!

Pensan nak oiii..dari pagi sampai ke malam hahaha...