Sekarang ni banyak lagu2 patriotik dimainkan kat tv. Lebih2 lagi waktu pagi camni sambil2 buat keje, mulut mata telinga pun menyanyi sama..Gambo2 kat tv tu tunjuk2 tempat2 yang menggamit memori la pepagi ni..
Tak lama lagi raya.
Baju rayapun takde lagi ni. Pakai baju dulu2 ok gak kan..cuma tak sedondon laa pulak, tak syiokk hehe..Ada sekali kita tak tempah baju langsung, masa tu ummi preggykan ziyad, dan arwah Tok Mak baru meninggalkan kita-masa tu pagi raya kita pakai je apa yg ada..
Malam tadi tanya Abi kita balik Msia bila...18 hb Ogos tu pendaftaran sekolah baru kakak..so, tak dapatla beraya lama sob sob sob...
Puasa pun tak start lagi kan sibuk dah bayangkan suasana raya huhuhu...
Kali ni ummi nak tulis 3 tempat kat Malaysia yg ummi rindu nak pegi lagi.
3 je cukuplaa..Kalau ikutkan banyak, ini yg dikategorikan sebagai destinasi percutian dalam negeri la.Pemilihan dan pemarkahan tak bergantung kepada keindahan atau keunikan tempat tu, tapi di ukur melalui kenangan terindah ummi kat situ hehehe..
1. Cameron Highland
Kan..jiwang kan?tempat sesejuuk gitu...
Nak naik atas tu bercinta nak drive.Kalo cuti sekolah plak bercinta harung jem macam kekura...
Oleh sebab masa datang first time dulu masa inai merah dijari gitu..mestilah best bila terkenang2 balik kan...zaman muda remaja..pakai baju merah lagi you hehe...bestlaa...suasananya menggamit gitu..
2.Penang
Ni pun ummi suka pegi..
Ada jugak kenangan suka duka kat sini..Overall tak jemu lagi..Makanan pun best.Suasana pun best..
3.Terengganu
Pun ada banyak kenangan jugak..Sata kemaman tersedap. Kepok lekor Tok Beng ternikmat...Dan suasana kat situ pun rasa mendamaikan je kan..
Ni maksudnya apa ni..Nanti balik Malaysia Abi kena bawak kita pi berjalan ke sana lagi ok, insyaAllah..
Kadang2 takut nak membayangkan masa depan..
Segalanya tak terjangkau.
Rejab telah 6 hari berlalu..teruskan berdoa dengan segala hajat2 kita. # 3 bulan ke depan ini adalah sebagai pemberi semangat untuk berbuat kebaikan..Bukan bermakna bulan lain itu tak perlu, namun 3 bulan ini lebih istimewa lagi kan.InsyaAllah sesama mengingatkan diri sendiri.
#selamat memperingati pengorbanan guru2...
sedar tak sedar, 'pengalaman' adalah guru yang paling berharga, namun kita selalu melupakannya..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
penang tu dah dekat sgt la.. kena la singgah sg. petani.. hehehehehe
ReplyDelete