May 2, 2013

Mei ke 7.

Semalam cuti hari pekerja.Ummi tak sure negara mana lg selain Bkk dan Msia yang sambut 1 Mei sbg hari pekerja.
Kakak tetap sekolah macam biasa, abi yg dapat bercuti yeay!

Maka semalam seperti dirancang, ummi dan abi telah melawat sekolah Amierah untuk sessi persekolahan baru Ogos depan.
Kami berdua telah sepakat untuk pindahkan Amierah ke sekolah Islam Antarabangsa di Bangkok.
Walaupun sekolah agak jauh, dan tidak mewah seperti sekarang, Amierah perlu menaiki van setiap hari, dan tiada kawan rapat sepertimana sekolah sekarang, ummi perlu cekalkan hati dan kuatkan perasaan untuk kebaikan anak ummi.Adeh, ummi yg emos rupanya.
Amierah dah menyatakan keengganan berpindah, namun pilihan ini telah muktamad insyaAllah..

Banyak yg perlu difikirkan bila melibatkan keselamatan, silibus pendidikan, makanan halal, pergaulan dan rakan2, tenaga pengajar, didikan islam, amali solat dan bacaan quraan,keupayaan membaca, kebolehan berdikari, dana kewangan,dan beberapa lagi isu lain,yang tidak harus dipandang remeh...
semuanya telah ummi fikirkan knowing personaliti Amierah itu sendiri yang masih perlukan bimbingan erat,
Persiapkan dirimu kakak, cabaran untukmu dimasa depan sangat getir, ummi dan abi sedang berusaha menyediakan diri kakak melalui kehidupan yang lebih mencabar.Allah bersama kita insyaAllah..

Pada tengaharinya kami dapat menikmati ayam penyet dan indo menu di Rest. Rasa Khas bsama Mama Liza & suami di Sukhumvit 23. terubat rindu pada masakan indo ini termasuk gado2 yg mmg menjadi kegemaran ummi dan Abi sejak dulu lg.Alhamdulillah.

Bulan ini agak getir untuk ummi.Banyak persiapan perlu dilakukan, kakak akan mula bercuti hujung semester dan summer camp telah sedia menunggu. Ziyad juga perlu lebih berdikari dan ummi cuba untuk bercerai susu badan setelah kini usianya 2 tahun 4 bulan.Walaupun telah minum fresh milk, nampak gayanya masih dia perlukan ummi ketika malam dan waktu perlukan pujukan.Haih ini budak mmg nak kena gigit!

Dan ini Mei kali ke 7 buat ummi dan abi.
Ada apa dengan angka?

No comments:

Post a Comment

Birdie say?