April datang lagi.
Ada sesuatu yang terpahat dalam ingatan tiapkali datangnya April.
Kat sini bulan April akan diraikan perayaan Songkran..
Abi akan bercuti selama lebih kurang seminggu bermula minggu depan, manakala kakak dah pun mula bercuti sekolah bermula semalam selama 3 minggu..
Songkran ni festival air sempena musim summer@ musim panas kat sini..Harap ada kesempatan ummi rakamkan kemeriahannya.
Cuaca sekarang agak panas kering dan bahang.
Sejak Januari boleh dikira hujan yang turun tak melebihi 5-6 kali, dan setiap kali hujan tak melebihi 15 minit...Bila mana hujan turun ummi pulak terasa jakun nak menikmatinya.
Alhamdulillah..syukur yang tak terhingga..
Mak Long awak dah melahirkan anak ke 5 nya pada 3/4/2013, sempena pembubaran Parlimen..hihihi. sepupu awak dah bertambah, menjadikan cucu Atok dan Nenek kini 12..
Semoga semuanya sehat membesar dengan selamat..Tunggu nanti Mak Uda balik raya mak Uda belikan baju cantik2 ye..
Ummi baru balik dari kelas Ziyad.
Mencabar sungguh anak bujang ummi ni, mungkin sebab tak pernah sekolah bercampur dengan kawan ramai, tahap teruja dan jakun tu agak memenatkan ummi..
Kakak dulu seawal 2 bulan dah di hantar ke nursery, 2 tahun dah masuk sekolah Darul Hanan, pendedahan awal tu buatkan kakak lebih matang dan pemalu..
Mungkin jugak anak bujang ni lebih aktif dan lasak, dan sgt teruja sebab dapat keluar rumah, dok asek berkepit je kat rumah dengan ummi memanglah bosan kan sayang?
Harap adik lebih bersopan santun ye dik, siankan ummi jenuh penat kejo adik berlari2... nanti kita yang rugi tak dapat manfaatkan apa yang di ajar..
Mujurlah kelas cuma bawah rumah kalau jauh semput jugak nak melayankan..
Setakat ni adik belajar music, play n learn..art class belum sempat join lagi.
Harap membantu ummi dan Abi dengan kaedah yang di ajari.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Birdie say?