Assalamualaikum.
Esok, genap sebulan kita di sini anak2ku.
Genap sebulan kakak bersekolah baru.
Genap sebulan adik tidak bergantung pada ebm.
Genap sebulan kita dengan kehidupan baru.
Bagaimana rasanya anak2 ummi?
Gembirakah kalian dengan suasana begini?
Rindukah kalian dengan rutin harian kita sebulan yang lalu...
Masihkah dapat diingati suasana ini satu masa nanti?
Dalam usia kalian yang masih kecil ini..
Kakak punya kawan baru.
Paling rapat dengan kakak adalah Camy. Kamilia namanya. Setiap pagi tekan loceng rumah ajak ke sekolah sama2.
Kakak ada kawan lain, ilmy,hanah,ilmam,khaleesa,balqis,danial,firas, dan adik2 kecil lain..tak tersebut ummi nama2nya.
semua tu anak2 kawan Abi dan Ummi.
Kakak ada kawan sekolah dari pelbagai negara.hari2 kakak sebut nama mereka.
Kalian cepat mesra.Pandai bawa diri.Syabas anakku.
Ummi dapat feedback dari teacher kakak.
Kakak pendiam. Jarang bertanya dengan teacher. Mungkin masalah bahasa.
Kakak memang pemalu.Ummi tau itu.
Kakak bila dengan Ummi dan Abi tak mcm tu..hehehe..tak apa kakak..biar kaya dgn sifat malu.
Malu pada tempatnya ya.
Teacher kata kakak berani.Bila swimming class, kakak tak takut air dan suka masuk pool.Kakak suka dan berani mencuba.Syabas anakku.
Adik?
Adik banyak ikut kakak.
Apa kakak buat,apa kakak ada, semua adik buat,semua adik hendak.
Adik dah pandai sebut 'kakak'.Adik cari kakak bila kakak tak ada.
Adik sayang kakak.Ummi tau tu. Ummi nampak dari mata adik 'perasaan' itu.
Kakak pun sayang adik.
Selalu ummi acah kakak nak bagi adik kat orang lain sebab kakak dan adik suka gaduh2 manja.Kesian kakak ummi selalu suruh mengalah..
Kakak akan menangis dan tak bagi ummi bagi adik pada orang.
Kakak terus janji tak nak gaduh dgn adik lagi.
Ateh dan Atam ada dengan kita..Ateh Atam datang sini untuk seminggu je.
Atok dan ummi hadiahkan diorg ke mari..sementara Atam bercuti sebelum balik Mesir Oktober ni dan Ateh berehat sebelum Graduation Day, November nanti.
Seronok rasanya bila ada orang datang.Meriah rumah kita Alhamdulillah.Abi pun dapat la makan sedap sikit ada yang rajin buat kek dan kuih macam2.Thanks Atam dan Ateh!
Ada peluang,ruang dan rezeki harap dapat datang lagi.seminggu tak puas rasanya jalan2 sebab Abi kerja,harapkan Ummi je tak dapatlah jalan ke mana2.
Tak apa, yg penting dapat melihat kehidupan kat tempat orang.
Sedih Atam dan Ateh nak balik dah isnin ni.
Semoga selamat semuanya, Allah peliharalah adik2ku ini, izinkan lah kami bersama lagi lebih lama dan berkasih sayang dalam hidup berkeluarga selamanya.Amiin.
No comments:
Post a Comment
Birdie say?