April 4, 2012



Evolusi berkenaan susu ibu dan penyusuan anak, dari zaman Nabi Muhammad SAW sehingga sekarang sangatlah menakjubkan.
Dalam Al Quran telah banyak disebut  hak seorang anak untuk disusukan sehingga usianya 2 tahun,  walapun ianya telah banyak diterjemahkan dan diinterpretasikan dalam pelbagai pandangan dan mazhab.

Ummi bukanlah pakar laktasi, hanya seorang ibu yang sedang berusaha dan belajar untuk menjadi  'ibu yang baik',  insyaAllah..

Memang tak mudah..sentiasa rasa serba kekurangan dan ke tak mampuan memberikan  yang terbaik..
Selalu berasa, alangkah indahnya jika dapat melihat anak-anak  membesar sepenuhnya di depan mata.. memberikan anak2 makan dan minum hanya dari air tangan umminya..
Semua itu walaupun payah dalam keadaan sekarang, namun ianya tidak mustahil.
 Ummi akan terus berharap dan berusaha lagi dan lagi..

Dalam banyak2 perkara, tanggungjawab menyusukan anak tidak akan ummi pandang remeh.
Ummi adalah antara ibu2 yang menyokong penuh usaha menyusukan anak dengan susu ibu.
Ummi belajar dari kesilapan dan kejahilan diri sendiri.
Ilmu mesti di cari, jangan berharap ianya akan datang sendiri.
Alhamdulillah, syukur atas kekuatan yang Allah beri.


Inilah antara hasil pumping seharian di ofis untuk Ziyad minum pada setiap keesokkan harinya.Memang tak sebanyak dan tak seberapa namun, ummi yakinkan diri banyak mana hasil yang ummi dapat, sebenarnya ia cukup untuk keperluan Ziyad ketika ummi bekerja.
 Malamnya ummi berikan susu secara terus.














                                         Antara susu-susu  setiap hari untuk di bawa pulang..

Kini, operasi pumping masih terus dan terus selagi ummi mampu.Semoga Allah capaikan hajat ummi dan berikan ummi kesihatan dan kekuatan untuk menyusukan semua anak2 ummi sehingga  2 tahun sekurang2nya..Amiin.


InsyaAllah, yakinlah, dimana ada kemahuan, di situ ada jalan.. 







2 comments:

  1. fuh sambil pam sambil fb yer. heheheh... go go caiyok! eh fs perlu service ke klu dah setahun? (ko kan duta fs, kena la tanya ko)

    ReplyDelete
  2. hehehe kui skang dah xleh nak fb bha..FS tu selagi xde problem and x de rosak pape tak perlu service..but if tetiba rasa suction dah low atau slow, bole try tukar parts maybe soft shield yg dah loose ke contohnya hehe go go chaiyok2 mama iyman!!

    ReplyDelete

Birdie say?