March 14, 2012

Ok.

Ada beberapa entry tertunda.
Sudah 3 hari ummi cuti.bukan bercuti.bukan cuti kecemasan sebab tak berapa cemas.bukan juga cuti rehat.bukan cuti saja2 tapi buat part time jadik nurse sementara hehehe..best best.

Alkisah Jumaat malam Sabtu tu Abi balik ofis dengan muka ala2 'weng'. 

Malamnya, kita dok panas nak ber aircond Abi plak sejuk semacam mcm menggigil.Ok, guna kipas perlahan je ok.

Pagi Sabtu kita apalagi ke klinik lah untuk dapatkan khidmat nasihat Doktor.

Sah demam.Dapat ubat sekian2.Ok Abi sila makan ubat sebab macam biasa kita ada plan2 yg nak di lakukan sebab Nazif and family dah plan nak dtg umah kita petangnya and kita pun nak gi bawak depa melawat  Ikea, Sogo, wedding luqman bla bla bla..

Malam tu, Abi gagahkan diri wp badan dah macam terawang2, tetamu dah berkumpul Nazif and family, Wan  & Pipah.
Malamnya, Abi golek2 tak bleh tido, Ummi pun sama sebab panas bahang,nak2 pulak anak2 tido ganasss.jam 4 pagi Abi kata ada bintik2 merah naik kat badan.


Oh tidak.....apakah ini denggi? ok, mari kita ke hospital.
Kali ni, Ummi plak yg berkemas beriya macam nak balik kampung gayanya. Dalam kepala ni dok pikir denggi jelah sebab dalam berita bgtau peratusan denggi kini membimbangkan haih extra seriau .So, kena bawak suma persiapan  siap pinggan mangkuk sudu baju suma siapp macam nak dok hospital sebulan.
Nasib baik ada Pipah apalagi kejut dia dan jam 5 kita bgegas ke KPJ DSH.


Abi dah menggigil kesejukan.
Amik tempreature, amik BP,makan panadol 2 bijik nak bagi panas surut.

Pastu baru jumpa Doc> dia gelak kecik and soh Abi bukak baju. dia kata oh this is chicken pox.
Apa?

Oh ok...
Bukan denggi ke Doctor?

Nope.Denggi lain symptomnya.

Oh ok.Angguk. Boleh buat blood test tak doktor.Brapa lama yer kalau buat?

Ok, kalau you nak buat boleh result dalam 1 hour.

Ok, kita buatlah ye Doktor? (nada memujuk sbb tak puas hati huhu)
(Abi dah tak cakap apa2 dah dok menggigil je)

-----Procedure-----

Ok, within 1 hour gitu,result kata negative denggi/ non reactive dengue gitu.
Alhamdulillah.

Kena warded ke Doktor?

Tak perlu.Boleh berehat di rumah.I bagi MC seminggu.kalau prolong datang semula kita akan review.Perlu kuarantin di rumah dan jgn keluar2lah tempat public ya.

Ok.Chicken pox di usia dewasa rupanya ada.
Mari kita pulang.terbayang beg berbondong yg dah siap packing tadi.Yahooo takyah dok hospital!

--------
hari ni dah masuk hari kelima.
Measels/Ruam merah kat badan Abi memang penuh kat badan.
Buat sikit bacaan, rasanya diagnosis melayu yang lebih tepat adalah measels = campak dan bukannya chicken pox = cengkering hehe memandai je.
Cengkering tu yg ada bintik besar2 gelembung dan berair.Gatal gila dan kalo pecah akan merebak.
Campak plak, bintik kecik2 memerah takde berair.Naik sekaligus.
Simptom lain, mata merah berair, demam kuat, sakit sendi, kepala berat dan beberapa tanda lain.meh tengok http://en.wikipedia.org/wiki/Measles 

Ok, buat masa ni makan ubat prescribed by Doctor.Selain bagi minum air kelapa, 100 plus, buahan2 kaya vitamin A dan C.
Daun semambu, tak jumpa lorr..dah tanya kat india depan surau tu dia pun tak tau mana ada kat sini.
InsyaAllah Abi cepat baik k sbb anak2 dah rindu nak peluk cium ABi niii!!

Ok, nak keje shift petang.
Bye.




2 comments:

Birdie say?