Cuba anak2 teka ini buah apa? |
Teka lagi? |
Ini pun sama.. |
Alhamdulillah, betul anak2..ini lah pokok delima.. |
Inilah pokok delima yang Abi kita tanam depan rumah kita.. |
Alhamdulillah, meriah hasilnya..setakat ni belum pernah putus hasilnya.. |
Delima sudah merekah siap sedia untuk di makan..
Ye, itulah pokok buah delima putih...
Delima ada tiga jenis, (merah/putih/ungu)
Ummi ingat lagi masa tu Abi balik dari kuliah, Abi kata nak cari pokok delima nak tanam depan rumah.
Dulu, bukan ke Abi beriya nak cari pokok buluh batang kecik wane kuning/ijau untuk di tanam kat depan. Tetiba dah ubah fikiran.serius pulak tu.
Satu hari tu, balik dari mana ntah tu, kita singgah la salah satu nurseri kat area Sg.Buloh ni. Kita pun belilah anak pokok delima yang masa tu halus lagi dalam beg hitam semaian. Balik rumah Abi terus tanam depan rumah. Senang gak nak jaga tak payah bela beriya ke apa. Diam tak diam, rupa2nya sekarang pokok nya dah lebih tinggi dari ummi yang memang tak brapa tinggi ni. Tak di sangka2 ada pulak mengeluarkan buah2 delima yang banyak dan gebu2..Alhamdulillah..(Subur tangan Abi ye).
Kenapa agaknya Abi berminat dengan pokok delima ni?
Ummi tak ingat sangatla macamana cerita Abi time tu, lebih kurang macam;
Kata Ustaz yg selalu bagi kuliah tu, tanamlah dekat rumah pokok2 seperti antaranya pokok delima..sebagai pengawal atau pendinding rumah dari ilmu hitam, sihir mahupun makhluk halus yang boleh mengganggu isi rumah tu.
Ummi tak sure lah ada hadith atau apa untuk jadikkan sandaran nantilah kalau ada jumpa ummi bagitau.Lupa nak tanya Abi.
Tapi ummi buat sikit bacaan, rupanya pokok delima ni memanglah antara buah2an yang ada disebut di dalam AlQuraan. 3 kali disebut dalam Al-Quran.
According to the Qur'an, pomegranates grow in the gardens of paradise (55:068).[68] The Qur'an also mentions pomegranates three times (6:99[71], 6:141[72], 55:68[68]) as examples of good things God creates.
Sebelum ni, Ummi pandang sebelah mata je dengan buah delima ni sebab tak berapa nak makan sangat.
rupanya khasiatnya teramat banyak samalah seperti buahan2 syurga lain yg disebut dalam Quran seperti Tamar, Zaitun dsb.Kajian saintifik berkenaan buah delima pun cukup mengkagumkan.
sekadar menyinggah beberapa pages.
dan banyak lagi.
Cuba google je khasiat delima, tentang delima dan sebagainya..macam2 ilmu berkenaan dengannya boleh dipelajari.Lebih penting untuk tujuan, kesuburan,kesihatan,kecantikan,anti oxidant, dll.Untung2 nanti bole jumpa batu delima plak dalam buah delima tu kan huhu..
iyman pon suka buah ni, bila kita picit, meletup air dalam mulut dia... aku pon tak biasa makan, so mmg kureng.. tapi mmg orang kata bagus makan ni, bijak.. hhehehe
ReplyDeletekenala try amalkan sama2 kita pasni ekk
ReplyDeleteMintak benih dia bleh? Aku tanam kat tanah sekangkang kera aku tu pun ok gak. Ada gak hadil kan
ReplyDeletenak buah tuuu.. tlg pos bleh???????????
ReplyDelete